W21: Medan





Assalamualaikum.


Aku ni baru je balik dari Medan tiga hari lepas. Trip yang aku jadi penumpang taktau malu jeww hahah. Mak aku ada kerja, so dia cakap "along jom la pegi Medan teman mama kerja". Ah aku dah macam lapar dihidang donut pulak, aku okay-kan aje. Obviously I will kan. 4 months of working, pegi keje balik keje is just totally insane. I kenot lah. So this is the right chance for a short gateway. Alhamdulillah ada opportunity ni. Walaupun tumpang sekaki. Ihikss :P

Kitorang pegi untuk 4 hari 3 malam (Ahad - Rabu). Obviously aku ambik annual leave yang berapa kerat je tinggal tu. Sep untuk raya lagi. Isk. Penatnya hidup ini. Hahahah. Cuti dah dimintak sebulan sebelum pegi. Bukan apa, company aku ni tak boleh nak jangka, kang tetiba tak lepas sebab orang lain nak cuti jugak, tak pasai ja. Nasib baik cuti lepas. Kerja pun dilepaskan 4 hari ni. Iols sukaaa wiwiwi >.<

Disebabkan aku follow mak aku buat kerja, we basically don't really tour Medan all the time. Weii Danau Toba pun tak jejak tauu. Ikut dia ke sana ke sini buat kerja dia. Mak aku memang takkan tinggal aku sensorang kat hotel, sedia faham dah so aku pun tak kisah sangat. Asal boleh berjalan hehe.




Ahad (21/5/2017)

Kitorang ke airport dalam 10.30 pagi walaupun flight pukul 1 petang. Nasib baik mai awai, sebab ada isu sikit dengan luggage limit dan lain-lain. Bagi aku complicated gila kalau berjalan dalam group. Sorang tak lepas kalu, memang naya. Nasib baik semua lepas, takde yang kena blacklist sebab ptptn haha... sebab adeeee sorang ahli tuuuu ada potensi kena blacklist. Ahaks.

The flight was so short. Macam pegi KB je tak sempat aku nak lelap. Sampai je kat airport Kuala Namu di Medan tu, aku macam terkesima kejap. Eh not bad. Aiport dia ada wifi semua. I mean updated jugak lah. Ingatkan tak banyak kemudahan, just a small airport like K.Kinabalu sana tu. Heee. Mian mian. Dah keluar airport, kitorang disambut sekumpulan pelajar Universitas Sumatera Utara (USU) yang terlibat dengan perbincangan dua hala ni. Ekceli aku tak tahu pun ape purpose ke USU ni hahah. Redah aje lerrrr. Kepala group tu, Pak Wajio (I think??) bawak kitorang makan tengahari dulu sebelum ke hotel memasing. Perjalanan nak ke hotel tu sangat mencabar wei. Jalan raya dorang sangt teruk nak pitam aku rasa tahan muntah. Teruk di sini ialah sesak okai!! Aku ni dah lah tak tahan sesak sesak ni. Mula la time tu perut nak meragam time tu nak rasa loya. I is stress ok! Nasib baik tido tido kejap otw tu kalau tak ade jugak membuang kat tengah jalan. Kah!

Sesampai di Hotel Aryaduta, lagi terkesima sebab hotel diaaaa mewaaaah gillllaaaaaa. Lima bintang kut, nak expect ape kan. Semua lengkap, wifi merata. Wifi tu penting yew. Hahaha. Bilik kitorang pun selesa untuk dua orang, spacious lagi. We had few hours only before dinner, so kitorang rehat sekejap, beli kopi and all dekat kafe bawah hotel. Convenient gila, itu la tempat kitorang breakfast hari hari hahha sebab roti dia murah sangattt about RM4 je! Sape taknak kan. Hahah.

That night, the boys brought us to Merdeka Walk, ada dalam 10 minit je dari hotel. Nak jalan kaki, memang tak la kan dah semua rombongan orang berusia. Aku dengan Emi je tak berusia hahha. Walaupun dekat, aku rasa jauh jugak sebab jem teruk tak kira siang malam. Aku makan nasi ayam penyet, ingat nak merasa lah kan signature dish dorang. Tapi so so je rasa dia. Sambal dia tak kena dengan tekak aku, prefer sambal ibu pecel relau lagi. Pedas hangattttt. Tempat ni tak sesuai untuk the aunties dan uncles, orang muda muda boleh lah sebab loud gila ada music semua. Tapi ikut ajelah mana yang depa bawak kan. Tak manis pulak nanti. Sini baru aku nampak yang despite of the hard life in Medan, ada warganya yang senang lenang, atau lepaskan stress beban hidup tu kat sini dengan melepak dan face off dan sebagainya.












Murah ajaaa dong. 40000 rupiah sama dengan RM12 +. Sedap pulak tuu.


Bebudak baru nak up di kota Medan. Aku tak berapa pandai benda benda ni tapi tengok face off ni tak menarik dengan aku sekali turned off hahahha. Layankan ajelah culture orang muda ni kan.




Isnin (22/5/2017)

Day 2 is the most boring. Sebabnya kami yang anak-anak ni kena ikut parents pegi bentang paper or whatever. Whatever sebab aku tak tau ape nama kerja dorang ni hahha. Kitorang masuk sekali dalam bilik seminar tu tapi duduk kat belakang sekali coz we couldn't be bothered so much about it :P Time ni lah aku ambik masa untuk kenal Emi, anak Dr. Nik, kawan mak aku. Semalam kat airport tengok dia macam kerek sombong jeww sekaliiii dia sekepala dengan aku daaaa. Sepanjang 10 pagi hingga 5 petang tu, kitorang gilir gilir tido. Dia tido, aku jaga. Dia jaga, aku tido. Ada jugak sama tertido bila nak petang tu hahah. YOU CAN IMAGINE HOW BORING IT WAS KAN!

By the time sampai hotel, terus solat dan tunggu untuk dinner. Plannya ialah untuk dinner dengan Senator ke apa entah. Ada jawatan besar dalam masyarakat lah kiranya. Muda lagi, nampak macam 30-an. Kitorang dibawak ke Restoran Garuda yang agak mewah dan selesa sikit. Garuda ni ada banyak, bersepah kat Medan I think (based on google search) so yang cawangan ni ada aircond, ada tempat khas untuk pelanggan berkumpulan. Kat sini lah pertama kali aku merasa nasi padang. Baru aku tahu yang stail dia ialah hidang banyak banyak lauk at the same time, pastu kita bukan makan semua tapi makan ape yang nak je, dan dorang akan caj lauk yang kita usik saje. Convenient, if you ask me. Yelah takyah nak pegi ambik lauk dah. Pastu takdelah mahal sangat aku rasa sebab bukan semua lauk kita bedal. Nanti kat Penang, aku ingat nak cari nasi padang nak try compare.

Balik tu semua dah capek, so tido awal untuk esok hari yang saaaaangatttt panjang.


Our breakfast. Memasing tak makan lagi (aku & Emi) so bila dapat box ni terus segar mata kahkah >.<


Our lunch. Sedaappppppppp! Got a bit of tempe (1 ketui hahha), and daging (2 ketui hhahahahha)


Barisan aunties dan uncles.


Pak Yuri tangkap gambar fuhhhhh gegirls nampak mengancam XD


Just d'avocat yang famous sangat kat Medan ni. Dia adalah campuran avocado dan chocolate maka jadilah ejaannya sebegitu. Dalam bahasa kampong ialah avokat sajew. Everywhere I can see people drinking this so aku pun try order. Fuh. TAK SEDAP. Aunties sekalian lah yang suggest so aku terpaksa cakap sedap. There's  no second time for this, nasib baikkkk.


If you don't go crazy over THIS, I don't know what does.




Selasa (23/5/2017)

Lepas breakfast kat kafe Maxx Coffee, kitorang gerak ke tempat untuk beli kain dan souvenir. Aku tak pasti pulak apa nama tempat tu. Convenient, dia ada semua benda setempat. Kau kena rajin jalan je. Yang penting takyah pegi banyak spot untuk cari barang. So mak aku dengan kawan-kawan dia set untuk beli kain kat satu kedai je sebab tak larat nak jalan jauh. Haaaaa tahu pun penat! Aku yang menunggu dan angkat barang pun apatah lagi kan. So ok lah, setempat ajelah kite ye. Kat sini aku ada beli sikit untuk colleague, member member, diri sendiri. Ada beli kain lace sikit untuk wedding orang. Amboi wedding orang nak pakai lace kan. Eh biarlah hahah. Cantik wei. Atas pakai lace, kain bawah pakai batik Indonesia. Batik dia fuh. Kasi drooling wei. Tak mahal sangat kalau ambik yang macam ni, ada dalam RM90+ dah boleh dapat kain full body wei. Crazy cheap huh kat Malaysia ni memang tak dapat la kann. Beratuih ratuihh dekat Jakel nuh padahal kita tau dia mesti ada ambik kat Indonesia jugak.

Masa pilih kain dalam kedai yang open tu (takde pintu takde dinding) kitorang dikerumuni para penjual barang. Aku bukan apa, boleh la nak beli dari satu dua orang tapi kalau semua pun nak beli, jenuh jugak. Kadang bengang jugak aku sebab dorang dok tunggu aje kat tepi kedai, so bila kitorang keluar dorang akan terus kejar. Kita pun jadi rimas la kan tapi nak buat camna, cara dorang camni untuk cari duit. Aku pun buat taktau ajelah.


Emi dan photog Emi yang extra comel haritu walaupun kulit kering mekap pun takmau lekap hahah. Rasa ada allergi ni sebab kering plus merah. Oh btw Emi ni nama sebenar dia ialah Amalina. Sebab barista Maxx Coffe letak nama dia Emi, so panggil Emi jelah senang hidup aku hahaha. Dia bawah aku 2 tahun tapi loqlaq takleh nak habaq. Cantik orangnya. Sape nak berkenalan tolong pm tepi iols boleh pas nombor. Iols agent dia. KAH! 😆


NASI PADANG TWIME. Another Restoran Garuda dekat area tempat beli kain. This one is really really nice wei kalau compare dengan yang semalam. Kena jalan sikit dalam 10 minit lalu tepi jalan saiko dibuatnya. Kereta motor punya banyak macam nak lutu kita je tepi tepi tu tskk. Memang kena hati hati walaupun dorang ni nampak je bawak kenderaan camtu tapi kereta sikit pun takde langgar benda or bercalar. Crazy kan.


Nasi ayam penyet di mall sebelah hotel yang sendu. Ada berapa kerat je kedai yang bukak hahha lagi teruk ke-downscale-nya dari Kompleks Bukit Jambul. Nasib baik ada dua tiga kedai makan bukak kat tingat atas sekali so kitorang tapau dinner siap sebab malam ni aunties uncles pegi makan dengan pihak USU. YASSSSS. Tinggal sensorang kat hotel I loike! Sambal dia so-so je aku tak suka sebab manis. Amende sambal manis manis kan ish tak kena dengan tekak iols. Tapi nasib baik ada tempe mengubati kemarahan jugaklah hahha.


Lepas mak aku chow pegi dinner, terus iols makan nasi then turun pegi beli chox ice blended kat Maxx Coffee (lagi!) pakai camni je wei hahah. Ni la baju untuk tido, ni la baju untuk turun beli ice blended. Sengal takkk. Biasa kalau tido hotel memang aku pakai camni (bersweater) sebab tak tahan sejuk. Kadang hotel pulak takleh ejas suhu aircond dia, so tido lah ko dalam toilet which is the only warm spot in the room. Haha dah kena sekali so tiada lageyyy.


Beli chox ice blended untuk Emi sekali pastu singgah ke bilik dia. Pastu dia ajak jom lah turun dia pun boring duduk dalam bilik so nah, berjimba pulak dekat pool ni. Pilih pool sebab nyaman. Dan ada wifi. Bahahhaa. So kitorang duduk sini, sembang pasal life, pasal boys, pasal USU boys pun hado jugak kahkah dasar gossipers terhangat masa kini ><



Rabu (24/5/2017)

Hari terakhir di bumi Medan ni, rasa sebek sikit. Aku memang camtu mula nak rasa nostalgia time hari last padahal takde benda yang nostalgic pun hahahha. Perasaan je semua tu. Mak mak semua pegi balik tempat beli kain semalam sebab mak aku ada list of people yang dia tak beli souvenir lagi. Aku geleng kepala je hahah. Memang tak lah nak kembali ke tempat tu kan so aku ikut Dr. Nik dan Emi pegi lawat tempat menarik. Takdelah menarik sangat tapi boleh lah untuk jadikan kenangan last day tu. Pemandu kali ni adalah Yaser dan membernya entah apa nama dia, bawak kitorang semua dalam satu kereta. Pastu split, yang nak beli kain, kitorang turunkan dulu pastu kitorang ke Bolu Meranti. Bebudak ni lah yang suggest sebab memang femes pun bolu ni. Bolu izzz kek lapis ye kengkawan. Aku takdelah berahi sangat dengan kek lapis so memang tak beli ape pun kat sini.

Then kitorang ke Masjid Raya kat tengah kota. Besar gila masjid ni. Tapi takdan nak baca history dia hahha. Aku frust lah jugak kan tapi ape boleh buat, masa tak mengizinkan. Bergambar dan menjadi tukang ambik gamber je banyakkk. Pastu bebudak ni bawak pegi Istana Maimun. Dengar macam gempak sangat kan tapi takde benda pun kat sini hahaha. Hadoi laaaa. Ada lah satu singgahsana, pastu dorang bukak satu rumah untuk pamer barang diraja. Takat tu jelah, bosan jugak haha. Takpelah, untuk rasa pengalaman kan nasib baik tiket tak mahal, 5000 rupiah jeww.

Dah setel semua, kitorang patah balik ke tempa jual kain tu untuk ambik mak aku and gang. Hujan lebat pulak time tu so memang jem teruk. Dah janji nak ambik 11.30 tapi terlajak jadi 12.30 fuh aku boleh bayang mak aku punya risau kat tepi jalan tu mesti dia banyak mengomel hahaha. Sampai je hotel terus siap dan solat sebelum gerak ke airport. Otw ke airport pun jem wei dengan aku sekali jem sebab tempat duduk kat belakang sekali dah lah tak selesa, sakit bontot aku wei berhimpit tiga orang dengan Emi dan kawan mak aku. Lepas dua jam tahan sakit bontot dan tido, akhirnya sampai jugak airport Kuala Namu. Terus kitorang turun, tunggu kereta yang lain sebelum masuk untuk check-in. Before masuk tu, sempat lah bergambar dulu dengan semua orang. Rindu pulak nanti. Sebab serious dorang ni walaupun sibuk dengan kerja dan kuliah, tetap datang hantar kitorang wei. Bukan dekat tau, jauh gila. So terharu sangat dengan kebaikan dorang semua. Dah lah cakap pun lembut je, eh culture shock jugak aku. Macam budak Ghifar ni gaduh dengan member dia. Kita tahu dia gaduh dengan member tu tapi tak cakap dalam nada kasar langsung. Maybe sebab bahasa dorang memang camtu kut. Seronok jugak kan kalau gaduh cakap lembut lembut. Lembut je hati. Eh boleh digunapakai lepas kawen ni. Kah! ><








Emi sebagai Puteri Medan celup. Hahaha. Gigih wei budak ni gi bayor semata nak pakai baju panas ni. Euuu tak sanggup lah akuuu.


Ini tempatnya khas untuk prince shayaaa. Orang lain gak bisa boleh duduk. Eh goli dennn 😅

Berat turun so hampir terbang ditiup angin. Lawak ujang kan 😆


Nindia Pak Yuri kesukaan Emi!!! Yassssss. Pak Yuri ni boleh kita kata henseng la, ada lesung pipit sama macam Emi. Eh macam pinang dibelah belah pulakk dorang dua ekoq niii 💓


Ni la Emi fav shayeeee 💖💖💖 Baru jumpa tapi rasa macam dah lama kenal si sengal ni hahah.


Iya bapak bapak ibu ibu, ini Ghifar ya. Umur 21. Rasanya masih single. Siapa mahu boleh berhubung dengan saya, kita boleh ejas. Hahahha. Balik dari Medan ni terus jadi tukang jodoh khauuuu :P


Emi and the boys




Sampai Penang dalam 8 malam macam tu, terus disambut bapak aku. Amboi dia peluk peluk kami haaa. Tu nasib tak nangis je tu hahah. Bapak aku memang penuh dengan emosi orangnya cuma tak pandai luah hehe. Sebab lapar sangat, kitorang pegi Line Clear kat airport bawah tu untuk bedal nasi kandaq. Fuh. Jiwa penang ku kembali bertaut I MISS YOUU. Hahaha ayat cam tahiii. Balik rumah terus punggah barang, basuh baju, then tido. Esok keje beb kang lembik pulak dah lah ada intern baru. Kena jaga air muka seminggu dua minggu ni ok. Minggu ketiga lantak pi laaa. Hahahhaha.

Kebetulan pulak W balik Penang hari ni, so esoknya kitorang plan untuk jumpa kat rumah dia untuk makan makan. Lepas makan, aku mintak dia time off kejap untuk gi dating hahha. Eii mestilah nak dating since dapat jumpa sekali dalam dua tiga bulan kan. Gila takmauuu. Rindu gila ouuh. Paling dekat dengan rumah dia is Ivory. Awww. Tempat jatuh lagi dikenang kan. Restoran kat situ semua dah berubah, ada yang jadi makin tak sedap macam kedai kedai tomyam. Beza gila dengan time aku U dulu. Tapi takpe, since dah makan nasi kitorang nak makan ringan ringan je: meatballs 6 ketui sorang jahahahha! TEMPTING SANGAT THE WORD MEATBALLS TU! Tapi serius sedap, I like it alot. Kalau korang nak pi, boleh try kedai kat Ivory yang ada apartment atas dia tu, pegi ke kedai hujung kanan sekali, yang ada jual Borders Tea. Haa itu diaaa. Ada lagi menu lain, boleh lah try kalau nak. Nanti nak pegi lagi dengan member aku pulak yeayyy.

The next day (Friday), jumpa mamat ni lagi. Kat rumah dia lagi hahah. Tak, tak bosan. Aku sukaaa. Serius! Dapat makan nasi daging mak dia masak untuk lunch which was soooo deliziussssss. Sebelum naik, dia tunggu kat parking lot dengan t-shirt dan pelekat. OMG boleh tak jangan cute sangat aku nak penyet je dia sumbat dalam beg ni hahha. SERIUS. CUTE. First time nampak pakai pelekat rasa macam jatuh hati balik. Eh tapi kan hari hari pun jatuh hati ekceli buehehe. Lepas sudah makan tu, dia gegas nak ke masjid untuk solat Jumaat pulak. Pakai kopiah pulak dahhh. Macam macam hal. Satu hari nak kena jatuh hati berapa kali ni?? Payah aaa cenggini. Payah sebab tak boleh nak penyet bawak balik. Payah sebab kena simpan rindu sekali lagi. Uwuwu 😞

Serius bunyi macam aku ni mintak penampor dari pihak public hahha. Peduli pulakk iols.


Baby hiiii :)




All in all, I love travelling to Medan but staying for so long here is not preferred. Haha. Belajar culture orang, belajar cara hidup dorang, agak mencabar dan fun at the same time. Dalam tu ada selit selit jugak kalau lah boleh balik Penang sekarang. Haaa homesick pulak dahhh memang lawak jenaka sungguhhh. Ape ape pun nanti nak datang lagi dengan adik beradik pulak cari baju kawen dorang. Aku takyah, aku beli je ape ada kat sini nak sep cost. Hahaha.

Thank you Medan, see you again next time!



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment