That 'Tercabut' Moment




Assalamualaikum and yuhuuuu.

So dah masuk puasa hari keempat. Masih kuat semangatnya, takde lemah lemah (lagi) setakat ni. Masih boleh fokus buat kerja walaupun ada laaa setiap 20 minit aku stop tengok yahoo.com. Hahahahaha. Well, mana ada orang terus terusan fokus kan, minda pun kena rehat jugak righttt.

Righttttttt (cubaan meyakinkan diri).

Nak cerita pasal kejadian hari ni. Pagi ni dalam terkocoh nak keluar pegi keja, sempat aku bukak almari kasut kat luar rumah tu. Satu baris penuh dengan kasut aku sorang hahahhaa. Biasa satu pair of heels aku akan letak kat luar dari almari sebab senang, keluar rumah terus pakai takyah cari cari dah. Tapi malam semalam sebab aku dah taruk kasut tu masuk almari, maka takde kasut di luar untuk hari ni. Okay, ku bukak almari itu, capai satu kasut yang tak penah aku pakai dalam masa dua tahun ni (beli masa memula keja dulu geeeeeeee). Wauuu. Muat. Dulu tak muat kini dah muat apacer kan (harapan kaki mengecut sempena bulan puasa ni. Kah!). Mula lah aku excited, strutted along the porch rasa macam wauu diva nyerrr pompuan ni padahal dekat porch je pun. Hahaha biasa la kami dengan wedges memang camtu rasa kewanitaan sangattt. Then capai kunci kereta, off to work.

Dah selesai buat kerja masa lunch hour, ingat nak turun lah kan pegi toilet, jalan jalan sikit sebab letih. Straight tengok komputer for hours does no good to my body: sakitttttt. So aku turun tangga instead of ambik lif. Biasanya guna lif sebab..you know..posa. Hahaha. Entah angin kus kus mana entah, I chose you, tangga. TANGGA okei. Banyak flight, bukan sikit. 4 tingkat okei. Dah first half tangga aku turun, tetiba rasa semacam di kaki ini. Eh? Apsal rasa nak terjatuh ni? Terus aku stop untuk check.

Mak aih weiii tapak kasut kiri aku tercabut haaa. The whole tapak of that wedge! Ah sudah sikit lagi dah nak sampai level 10 tu. Aku fikir okay since benda ni boleh lekat, aku cuba lekapkan balik la kan. Ternyata palsu impian ku itew. Hahahaha. TAK LEKAT! HANAT!! So aku pun mengorak langkah naik semula. Bapakkk ahh. Dengan sebelah kaki boleh jalan macam biasa, sebelah lagi terhincut sebab pendek. Hahah. Pastu tetiba dengar ade orang otw turun. Aku stop. Aku pasang balik tapak tu ke kasut. Berdiri sambil main fon. Kat tengah tengah tangga. KO GILA APA HAHAHHA. Nasib baik itu perkara normal, untuk stop di mana saja untuk check fon. Dah clear sikit, aku cepat cepat naik, mengah jugak aku wei walaupun berat dah turun 1kg 3 hari ni.

Masuk je ofis aku mintak intern baru tolong belikan selipar sebab memang nak terkencing sangat. Jah. Aku pakai punyaaa helokk dari kepala sampai kaki, sekali pakai selipar pulaks. Very fashion terrorist tau. Tapi takde pilihan walaupun aku cukup tak suka pakai selipar, memang takde spare kasut dalam ofis ni, ada pun dalam kereta. Iskk. Terkocoh kocoh lah intern aku turun pegi beli nasib baik mall dekat je dengan ofis. Dapatlah satu fipper black yang super cool itew. Bagi matching dengan seluar iols kan. Dapat je terus aku pakai, turun gi toilet, melepas segalah lelah di bladder hahah. Rasa sangat selekeh tapi takpelah, manusia lain tak memahami kondisi aku. Biarlah aku sorang yang menyimpan memori pahit ini #padanmuka 😂😂😂😂


Nasib baiklah selipar mahal tu boleh bawak pegi terawikh. Aih.


Moral of the story: simpan kasut spare dalam ofis, Yam.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment