Assalamualaikum.
Mesti ada orang tertanya (tak ada
pun, tanya jugak. Hee), macam manalah kisah aku dan roommate 3rd
year. A bliss.
Nama roommate aku Noor Aznira.
Nama ayah harus dirahsiakan bimbang orang guna untuk sihir. Ha ha gosip betul
sihir sihir ni :P Kak Ira roommate aku yang kedua. Sebab ini baru yang kedua,
aku teruja. Roommate baru ni baik ke tak? Ada perangai/ritual pelik? Umur? Neat
freak (aku tak boleh hidup dengan neat freak. Sebab aku tak neat kahkah!)?
JAWAPAN: Semuanya memuaskan. Heh.
Aku tak pernah jumpa Kak Ira ni
selama hidup dengan SOM. Bila soal siasat, rupanya senior marketing. Hampeh.
Beliau tak popular atau aku tak peduli? Aku pilih beliau tak popular ha ha! Kak
Ira ni lasak dan selalu sibuk dengan aktiviti kelab dan lain-lain. Aku rasa
selesa sebab waktu siang, memang aku selalu tempek kat bilik sorang sorang.
Malam baru dia balik, so waktu tu je kitorang ada untuk beramah mesra.
Kebetulan yang agak best bagi aku. Jujur ni. Ha ha. Fizikal lasak, mental pun
boleh tahan lasak. Kuasa kuda 400. Tapi lumrah perempuan, kuat di luar tapi
hati menangis. Eh aku tahulah sebab aku pun wanita ok walaupun hati boleh
potong diamond. Ha ha ha.
Hidup beroommate, mana ada selalu
happy. Ada jugak waktu yang tak best dan berbalah pendapat. Tapi kitorang cool,
boleh tolerate. Aku tak sukalah nak gaduh je lagi lagi bila dah sebilik. Dah
berapa tahun dah hidup beroommate, jadi tetap tolerate walaupun aku bukan jenis
yang boleh telan je apa orang lain buat. Dua tahun pertama, memang bergelora sebab
kanak kanak lagi. Tapi 3rd year, aku dah mahir sikit. So, for a
record, not bad.
Kak Ira jugak yang galakkan aku
dalami ilmu agama. Tak maksudkan dia dan aku dah boleh jadi ustajah atau apa.
Cuma aku rasa cetek betul pengetahuan dan amalan bila tengok dia. Sebab dia
transform dari tak bertudung kepada bertudung, dan paling dekat dengan aku,
rasa sikit jahil sebab roommate aku memang betul betul cari ilmu dan jalan
untuk drift di jalan yang betul. Aku yang dari mula baligh bertudung ni, dah
tahu ke apa yang aku cari dan memang cukup semua dah? Macam itulah perasaannya.
Jadi betul kata orang, kita bergaul dengan orang yang baik, kita pun akan jadi
baik insyaAllah. Syukur ada roommate yang macam ni.
Tujuan aku taip post super panjang
ni adalah sebab aku dan Kak Ira dah bawa haluan masing-masing. Dan aku rindu hari
hari di F4-5. Kak Ira bukan lagi roommate aku 27 Jun yang lepas, tapi masih
roommate yang paling aku sayang. Aku tak reti lah nak cakap depan depan (kau
gila? Drop my waterface lah hahaha!). Jadi blog ni penggantinya.
Akak, semoga akak bahagia dunia
akhirat dengan keluarga dan jadi wanita solehah. Harap akak berjaya dalam kerja
yang akak minat gila tu. Lepas tu kawen nanti mohon support roommate punya
transportation dan jemput dekat stesen bas ok, baru kita mengaku roommate hehe.
Oh lagi satu, tolong bawak motor pelan pelan. Akak tu kering, takut dengan tuan
motor pun melayang sekali nanti. Ha ha ha ha.
p/s: siapalah roommate aku sem
depan.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
greetings senior! cool blog
ReplyDeleteselamat berpuasa n happy holidays.
thank you. but senior ape ek?
ReplyDeleteselamat berpuasa n happy hols too.
senior SOM la kot. SOM kan? haha.
ReplyDeleteoh. so major ape?
ReplyDeletefinance :). che yam major marketing kan? azmil satu batch dengan kimi, fareez n radiah
ReplyDeletetiga2 marketing kan? ooooh. sori la tak kenal junior finance. aha
ReplyDeletesokay, kami pun berapa kerat ja dak finance. yang len suma ca ya nun alep. haha
ReplyDeleteanyway, keep on writing. i'll visit from time to time :)
tau. competition tinggi kan. goodluck eh
ReplyDeletemestilah tulis. my hobby after all :)