Bukan ini caranya
Assalamualaikum.
Aku terbaca (ter. dan menyesal sungguh dengan perkataan 'ter' tu) Metro semalam yang paparkan Asyraf Muslim bernikah kali kedua di Siam. Masa tu aku tengah renew passport dengan family. Bila dah baca, terus mintak abah simpan balik paper tu dalam beg dia. Angkara Asyraf Muslim. Ya dia.
Pertama, kerana dia nikahi isteri baru tanpa pengetahuan isteri dan keluarga isteri. Murahnya cara. Aku faham, mungkin dia nak sangat bernikah dengan si bini baru untuk halalkan hubungan, tapi caranya tak mencerminkan betapa reliable dia sebagai seorang suami. Setiap perbuatan ada cara, prosedur tertentu. Kau nak poligami, hantar permohonan, tunggu diluluskan. Isteri tak benarkan, terangkan dengan baik tapi cuba jugak faham kenapa isteri tak bagi. Dan percaya pada isteri, instinct wanita sangat kuat. Mungkin dia rasa, kau takkan stick dengan dia lagi kalau dibenarkan poligami sebab itu isteri tak beri green light.
Kedua, bernikah lain lepas baru dua tahun kahwin. Apa, sangap dah? Dua tahun tu bukan dua puluh tahun, macam perkahwinan mak ayah aku. Dua tahun tak punya anak, fikir perasaan orang lain yang berbelas tahun masih menunggu tapi setia dengan pasangan masing-masing. Anak tu rezeki yang Allah bagi sebagai penyambung zuriat, penyeri hidup. Tapi fikir, tak ada anak pun, kalau kahwin atas dasar cinta, takkan buat cinta tu mudah pudar.
Kedua, bernikah lain lepas baru dua tahun kahwin. Apa, sangap dah? Dua tahun tu bukan dua puluh tahun, macam perkahwinan mak ayah aku. Dua tahun tak punya anak, fikir perasaan orang lain yang berbelas tahun masih menunggu tapi setia dengan pasangan masing-masing. Anak tu rezeki yang Allah bagi sebagai penyambung zuriat, penyeri hidup. Tapi fikir, tak ada anak pun, kalau kahwin atas dasar cinta, takkan buat cinta tu mudah pudar.
Ketiga, kenapa mesti ke siam nuh? Apa, nikah kat Malaysia ni kena bayar mahal?
Keempat, gagal jaga perasaan isteri, keluarga isteri dan keluarga sendiri. Macam mana nak jadi imam pada anak-anak kau nanti kalau dorang pun tahu kau melukakan hati ibu dorang. Macam mana nak dapat respect dari zuriat kau. Kalau kau tiba-tiba susah, apa kau tak payah minta bantuan dari keluarga mentua dan keluarga sendiri?
Sigh. Tak mahu bongkak dengan mengatakan aku anti poligami. Tapi tak bermaksud jugak aku boleh terima. Cuma biarlah semuanya berlaku dengan teratur dan cara biar kena dan padan dengan kemampuan. Aku memang tak faham situasi sebenar, tapi aku faham perasaan si isteri kerana aku perempuan jugak yang ada hati perempuan. Tabah di luar, tak bermaksud tabah di dalam. Aku selalu berdoa supaya suami nanti hanya ada aku dalam hati, tak ada duanya. Walaupun tak ada jaminan yang pasti, I'm afraid. Tapi yang pasti, persepsi aku terhadap lelaki dah berubah sama sekali.
p/s: perkahwinan tu hubungan yang suci. aku memang loqlaq sebelum kahwin. but I respect marriage.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
Huuu...saya stuju jugak dengan pendpat awak semua ni...kadang2 kita kna letak diri kita kat tempat isteri prtama dia tu..wanita mmg nmpk tabah tapi hati kat dalam tade siapa yang tau..huu
ReplyDeleteanyway salam perknalan dan follow awak =D
aha. pendapat amatur aje tu. terima kasih sudi follow haha :)
DeleteI agreed! mmg poligami tu halal, but tolong la jaga hati semua pihak right, and isteri kedua tu pun, dah tau lelaki tu dah kawin, jangan layan at the first place...! geram2! :p
ReplyDeletelogik tak nak cakap mungkin isteri kedua tak tau lelaki tu dah kawen? hahaha
Delete