Assalamualaikum.
Sebelum tu, nak cerita yang Pana geng marketing merangkap setiausaha geng dah selamat lahirkan baby girl, Aisya Humaira 6 Ogos lepas, dua hari sebelum raya. Si mak gigih mesej berita gembira ni beberapa jam lepas bersalin, lepas aku bersahur. Haila anak, comel sungguh. Moga jadi anak solehah ye. Nanti acik datang jenguk cha cha ok. Walaupun acik pentakut nak naik bas. Uhuu.
anyonyooooo mulut dieee |
Ok sambung cerita.
Raya tahun ni, aku tak rasa excited mana pun. Duit raya pun aku tak kira lagi sampai sekarang, tak ada mood gempak punya pasal. Rasa macam balik kampung waktu selain raya, bezanya cuma ada makanan extra banyak dan sedap, oh ya dan baju raya berpasang pasang tak sempat nak disarung. Sebab tak ada tempat untuk aku melaram. Orang yang berpusu datang ke rumah nenek aku. Sudahnya, aku duduk kat dapur dan bilik je. Berbajukan t-shirt. Haih.
Bosan nak mampos.
Hari raya ketiga, meriah la sikit. Meriah in the sense of dapat keluar rumah. Gila tak kesian?? Ha ha. Beraya kejap dekat Wadi Sofia International School. Depa semua dah pernah datang, aku je tak pernah jejak kaki. Makanya jakun sekejap dengan tempat ni. Kelas jah. Terjatuh cinta pulak dengan sekolah ni, lagi lagi bila dapat tahu hostel berhawa dingin. Gila best tu! Nanti boleh la masukkan anak-anak kat sini. Walaupun gaya sekolah ni macam boleh buat aku muflis. Yap pasti muflis.
Aku balik kampung kali ni dengan flight. Sebab kereta penuh dengan barang masak, periuk, kuih raya, macam macam lagi lah. Gembira aku tau bila dengar kitorang adik beradik balik kampung dengan kapal terbang. I sukaaaaa kapal terbang! No lah suka airport je. Ha ha. Feeling overseas walaupun domestik je.
Masa flight balik Penang, perkara menggembirakan berlaku walaupun kecut perut masa berlepas. Pilot baca doa wey. Kau ingat senang ke pilot untuk short-distance flight nak baca doa? Tak pernah lagi la. Sejuk hati aku dengar. Lalu tido kembali dan masih tak lalu nak jamah beverage dan kek mini.
Segala kenderaan pun nak mabuk. Masaelah, masaelah.
Balik kampung, aku paling menyampah dengan muka ni. Naik segala macam saiz jerawat. Sebab biologi atau keadaan air yang tak berapa jernih dan bersih, aku pun tak pasti. Yang pasti, AKU BERAYA DENGAN JERAWAT YANG GILA VISIBLE. Penangan warna kulit bak salju kan. Balik rumah, terus aku buat facial. Segala benda asing, aku cuba nyahkan dari muka. Masih boleh diselamatkan. Fuhh. Suamiku masih pandang pipi ni. Ehhh gapo.
Orang minyak~ |
Oh nah. Rumusannya, masih tak kurus sejak bulan peperiksaan tempoh hari. Dah kata, tak glemer. Nasib baik chubby dan chomel.
Sheeesh.
Ok selamat hari raya.
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
haha..anyway selamat hari raya kay =D
ReplyDeleteselamat hari raya. duit raya takmau hulur? haha
Delete