W20: Sepetang di Pantai




Assalamualaikum.

Wabbit in the houzzzzz. Agagagaga XD





Hari minggu kali ni, aku habiskan dekat rumah Wani. Aku dah excited dah siangnya tadi. Teringat kat trip ke rumah Wani aje haa ko bayang excited tu level berapa dah. Sebelum tu tengahari lepas kerja tadi aku sempat pegi makan pecal ayam ibu kat Relau. A must have kalau kakak tempat kerja aku shift Sabtu siang, aku pun tak tahu kenapa dah hahahaha. Ini kira last merasa pecal ibu sebab lepas ni diorang nak tutup kedai, holiday sempena puasa dan raya. Setiap tahun pun macam tu ibu ni aku dah faham sangat dah. So kena matikan rasa teringin tu dengan makan puas puas for the last time. Alhamdulillah, guwe puas hati bangatttt *double thumbs up*

Nahhh terimalah gambarnyaaaaa. Mengubat rindu orang yang mengidam tu. Jangan jealous iols dah bedal sepinggan. Kah! 😈

Ibuuuu terima kasih untuk pecal ayam tersedap di duniaaa! GO. MA. WO!



Lepas makan, aku balik rumah tunggu mak bapak aku balik dari Gurney. Depa pi dating weii tak bawak anak pun sampai hati subsss TT Kadang rasa lawak pulak bila dorang keluar berdua. Mesti mak aku excited aku pun tak tahu nape hahaha. Macam hari tu kan, mak aku cerita dengan penuh semangat kesukanan, dorang pegi makan lunch berdua kat mall. Rasa macam dating lah, baru kahwin lah ape lah. Hahahah. Alahlahh. Tak boleh go lah cute tu. Cute shangaddd.

Hmmm I wonder how will W and I be in another 30 years?


Lepas Asar, aku dengan mak aku gerak ke Teluk Kumbar. Wani ajak mak aku datang rumah sebab tu mak aku tagged along. Kalau tak aku pegi sorang je. Heyy YOLO kayy. Hah! Takde kaitan -.- Ni first time aku pegi area sana, sebelum ni sampai kat Teluk Tempoyak saja. Fuh. Aku rasa mencabar gila jalan nak ke Teluk Kumbar ni. Banyak kereta even hari minggu pun! So ko bayang weekdays dia macam mana. Dah lah jauh pulak tu, ada 20 nak 30 minit jugak. Aku ingatkan sekangkang kera aje jauhnya. Hahahha. Ku underestimate sudahh. Lepas calling calling tanya direction dan Wani ambik kitorang dari certain landmark, kitorang pun sampai rumah dia. Iols happy gilsssss. Smpai jugak rumah Wani. Pastu dapat pulak makan cakoi nyumzzzzzz.

Kitorang stay ada nak 15 minit camtu sebelum Wani bawak kitorang pegi makan laksa tempurung famous. Sebab aku tak makan laksa (masih lagi pure Penang hmmkay), aku amik cendol pulut. Pulut dia so-so, keras sikit so aku tak berapa berkenan. But it's okay! Ada char koey teow sedap! Pisang goreng sedap! And pantai!! YASSSSS! Rasa tenang je, orang pun tak ramai sangat. Hilang stress seminggu yang lepas wei. Ingat nak datang sini lagi selalu tapi mengenangkan jalannya penuh liku onak dan duri, ku datang sekali sekala lah nampaknya hahahha.

Terima kasih cik Wani dan family bagi layanan tiptopsss nanti kami mai lagi makan cakoi. Ihikk ><






Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment