W19: Hai Anaqi!





Assalamualaikum and haiiiii.


Bersiaran kembali iols untuk minggu ni. W19 ni berlalu dengan pantas, entah kenapa. Tapi sehari tu rasa macam lama sangat lagi lagi kalau masa kerja. Sendu je aku rasa hahha. Hari hari menyendu depan komputer tak tahu nak buat ape nak fikir ape. Pelik jugak kadang tu, mood ni mesti datang setiap bulan, tak pernah miss. My only motivation is our trip to Tikam Batu today, that's it.

Weekend kali ni, kitorang ahli persatuan manusia tersadai di Penang (MTDP) pegi visit ahli yang sorang lagi, Efa. Aku rasa dah banyak kali lah aku mention Efa. Efa kahwin lah, Efa di kapitan lah, ape lah. Banyak gambar dengan member USM pun ada si Efa ni. So tak perlu diperkenalkan lagi lah kan sape member aku nan satu ni hahah sebab aku malazzz hahahha.

Efa dah selamat bersalin minggu lepas bertarikh 5 May. Cantik gilssss tarikh wei. Besday mak 1 May, selang 4 hari lepas tu anak dia pulak tak cute ke tuuu. Aku siap save dalam phone sebab yelah, anak menakan first kan. Pepandai je anak menakan hahahha. So sempena dapat baby baru, kitorang aunties nak jenguk mak dan baby, tapi fokus utama kepada baby la of course hahaha. Kita semua tahu fakta tu bueheheh. Rabu lepas aku dengan Wani keluar geder geder pegi cari hadiah baby. Aku ni lemah sikit bab hadiah ni. Nanti overthinking: mak dia tak suka kang, anak dia tak suka kang, baby cepat besar, mak dia sure dah beli ni, dan maciam maciam lagi jenuh gak shopping dengan aku. Haha. Lepas round entah berapa kali, kitorang bersepakat untuk beli baby bag untuk bapak Anaqi. Eh mestilah bapak dia yang akan bawak beg tu takkan mak dia nak bawak bag corak askar kan. Hahahah.

Hmmm Anaqi. Sedap sungguh nama. Aku ada member laki, kakak dia nama Anaqi. Comel gilss letak kat perempuan emmmm.

Ok back to story.

Kitorang bertiga (aku, Wani dan Shu) bertolak ke Sg Petani dalam 10 pagi. Perjalanan smooth sailing, takde yang nak terberak atau termuntah (merujuk kepada si perut bermasalah ni: aku. Kahkah) memandangkan aku yang drive so aku dah buang segala isi perut sebelum bertolak. Sampai sampai tu terus terjah cakkk baby haiii cikyam datang niiii. Tak malu gila kan? Hahah. Aku tak nampak ape dah, terus eh mana baby mana baby! Aku kalau bab baby ni memang lemah sikit. Lemah lutut lemah hati lemah segalanya. Bila nampak baby kat ruang tamu, aku rasa macam..wow. Baby Efa. Depan mata. Tak percaya je weh sebab Efa dulu suka berdandan, pakai kasut tinggi tinggi berapa inci entah, bercelak bagai haa. Tup tup dah jadi mak. Sebak lah iols pun. Semua status dah berubah. Gembira tu of course ada, sentiasa aku doakan kebahagiaan kawan kawan aku.

Seeing Anaqi makes me bursts with happiness and love. Aku tenung je dia. Usik usik lutut kecik dia. OMG tecikkk sangat okeii, lutut aku berjuta kali ganda besar hahahah. Lembut je kulit dia, pipi dia, mulut dia eeee dok nyonyot apetuu. Hahaha. Comellah segalanya. Mittens tu pun aku rasa nak gigit gigit tau. Bahagia rupanya ada anak ni. Tengok, bukan anak aku tu pun aku rasa okei I'm over the moon already. Bayangkan perasaan mak dia. Haaa. Idk, just feel amazed and amazing.

They also say having a baby is bittersweet. You love your baby, but you don't love the pain of birth and the aftermath: staying up late. Hahaha. Camtu lah keadaan kawan aku ni, kurang tido. Kesian dia penat. Tapi aku doakan semua baik baik belaka sebab aku percaya anak tu pemberi rezeki. InsyaAllah her life will be better.

Tahniah Efa dan Wan! Nantikan kemunculan anak anak weols pulak okeis! Besties forever ><






Comel kan! Geeewaam!


Kacau dia tido!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment