W36: Langkawi

Ya all must be thinking, Langkawi againnn??..but I don't mind! Hiksss I love Langkawi. I love all islands!



Assalamualaikum nyuhuuu!

Bertemu lagi ittew untuk W34. Macam biasa, hidup diteruskan lepas colleague (tetiba ada sorang lagi join) resign, walaupun rasa taknak kerja taknak buat ape ape pun nak mereput dalam bilik tengok Naruto je. Ah...kalaulah boleh, kalaulah takde bil tertunggak yang kena dibayar tiap bulan, kalaulah tak payah jadi orang dewasa! TAKNAK JADI DEWASA BOLEH TAKKKKK. NAK PEGI SEKOLAH BALIK BOLEH TAKKKK.

BOO TABULEYYYY BOOO.


Kay moving on. Aku cuti lama minggu ni. Cuti saja saja takda event apa pun. Dari hari Merdeka hari tu, sambung ke raya haji hari esoknya, sampaiiiii lah Isnin. Haaaa engko. Ni paling lama aku cuti untuk tahun 2017. Raya puasa hari tu pun takde lama gini. Bapak aku laa satu malam tu dia tetiba cakap, "Along tolong tengok tiket flight Langkawi sehari lepas raya haji ni". Ahah. Memang aku laaa tukang membeli tiket flight dalam setahun ni. Beli tiket je kan? Eleh kacang pis jew. Kay, ternyata silap. Disuruhnye aku book hotel sekali. Okei hotel hotel ni aku lemah sikit. Kalau ikutkan hati, hotel biasa biasa sudeh la sebab balik hotel pun nak tido je kan. Tapi sebab ada parents aku, rasa kena amik hotel yang lagi selesa la yelah dorang pun nak rehat ape semua kan. So lepas 2 jam survey, bergocoh anak beranak, dapat laa Adya Hotel. Senang dah location tu dekat sangat dengan segala kedai coklat dan souvenir.

Okei setel masalah.

Our AirAsia flight on Saturday 2nd was wonderful and smooth-sailing, Alhamdulillah. Takde gegerrrr. Takde budak meragam. I got to sleep nicely, all tucked-in the seat (kah! Like that happened! The seat was terrible, sakit tengkok). Dah sampai airport Langkawi, ambik pulak airport taxi shuttle yang ada dalam RM45.00 je. Murah lah kiranya sebab ambik van. Pakcik teksi tu baik sangat, sembang semua bagai dengan parents aku. So parents aku on the spot decided untuk ambik teksi dia untuk kitorang jalan jalan esok. RM140 for the first 4 hours, and RM30.00 for the next 1 hour. Again, the price is very reasonable sebab dia bawak 5 orang dalam satu van, and it was for 4 hours. SO WORTH IT.

Adya Hotel for me, is quite good. The amenities, especially the women-only pool was the highlight. Member aku, Mira kerja kat sini so dia lah yang habaq ada pool untuk pompuan saja. Aku apa lagiiiiii mestilah menyebarkan berita gembira ni kat adik beradik aku. Hahahahha. Kitorang siap bawak baju renang lagi haaa tambah goggle dan cap. Orang lain pakai t-shirt je hahhaha terasa over pulak. Tapi biarlah, takde pun kitorang kacau orang, asal kitorang happy dalam pool sudeh. We were, indeed. Staf hotel pun baik belaka, pakat bagi salam setiap kali kitorang lalu depan dorang. Budi bahasa budaya kita okeiiii.

On the other side, the service was kinda slow for almost everything. Masa nak check-in (kitorang book kat Booking.com), took us half an hour untuk setel semua. Padahal bapak aku je kat kaunter tu hahahha lain laaa kalau ada dua tiga customer lain sebelum bapak aku tu. Kemudian lepas setel check-in, kitorang pi makan kat dalam hotel sebab time tu dah kebulor sangat since tak lunch lagi. Haila. Ada jugak tunggu 30-40 minit untuk semua complete.

At night, coz of exhaustion (of doing what, I had no idea *roll eyes*) we dined in at their restaurant again and had steamboat (also suggested by my friend). You can see my honest comment below.


Dinner for Day 1. Too bad, I think it was quite bad. The portion was unthinkable, banyak gila. Kitorang kan ramai perempuan mana lah makan banyak sangat ponnn. Bapak aku pun terkujat kujat nak menghabiskan, dia lagi laa, dah berusia mana lah makan banyak. And the marinate, biasa biasa je. Macam pakai serbuk kari je. The crab, was not fresh. Lemahhh je aku tengok. Haa engko. Panjang aku komen untuk steamboat Adya yeee. They have so much to improve here, hope something will be done about it.




Pagi tu, kitorang breakfast di hotel. Mmmmmm breakfast buffet diaaaa banyak gila pilihan. Rambang mata! Sedap pulak tu. Croissant dia lah paling tak menahan, sedap sungguh sampai berapa kali family aku pi ambik. Heheheh. Adik bongsu aku lagi lah, dia piled up pinggan pastu struggle nak habiskan hahhaha padan uke dieee. Dah setel breakfast, kitorang tunggu pakcik teksi. Ekceli dia yang tunggu kitorang hahahha kitorang kalo lepas breakfast memang jadi selowwww. At 9.45am, off we went to the first spot, Wildlife Park Langkawi which was the best place we had ever been to! Sumpah bestttt. Dari luar nampak kecik, aku siap pandang lekeh lagi hahah sebab kecik sangat. But! IT. WAS. HUGE! Banyak gila binatang macam buaya tembaga, ular (euwww), memacam jenis mammals yang aku tak tahu namanya.


Such beautiful creatures trying to rest while hoomans kacau depa. Kekeke. Nampak takkk dorang dah angkat satu kaki. Hamboiiii. Nak tunjuk ringan kerrrrrr 😏


Dalam banyak banyak binatang, my heart went for this guy here. Sedih sangat keadaannya. Macam takut, macam stress. Asyik duduk je dekat penjuru box tu with the head like that. Maybe he's not feeling well, idk.


Why you so schmollllllll. Tak ingat apa nama dia. Bukan kancil kalau tak salah. Baiikkkk sangat, bila orang datang dengan makanan, dia approach kita tanpa teragak agak.


Pertama kali bagi makan burung. It doesn't hurt, but the cengkaman kaki dorang kat tapak tangan dan jari aku terasa alien sangat hahhaha. Kuku boleh tahan tajam ouuh. You can see how scared I was here, coz I WAS scared!


My bapak was trying hard to be brave here 😂


Dia ni kalau boleh nak turun pi feed antelope jugak. Hahahha. Semua geleng kepala ja.







Lepas dah main dengan animals, kitorang pegi naik cable car pulak. Jauhh. Sampai je kat kaki bukit, terus pegi beli tiket kat kaunter. Fuh. Beli tiket pun mencabar sebab ramai gila manusia, tua muda kecik besar semua ada. Then kena beratur nak naik cable car lagi. Kalau ikutkan kepala aku ni memang hangin la. Iols tak suka benda beratur beratur ni. Tapi mengingatkan bapak aku dah bayar tiket RM40 sekepala, dan kitorang tak pernah naik lagi, telan jelah. Masa sampai turn, kitorang berempat (mak aku tak naik) masuk sekali dengan one stranger. Tetiba je hujan lebat gila hahaha spoil sungguh. Tak dapek nak nengok view bawah. Pastu gegar gegar pulak cable car nye fuh scary gila. Bapak aku dah duduk tercegat tak begerak so boleh bayangkan tak betapa takutnya kitorang berempat. Bahahahhhah 😂 Lepas lebih 10 minit camtu, kitorang sampai puncak tapi tak turun punnnnnn sebab berkabus sangat tambah hujan lagi. Orang lain semua pakat turun, betapa malasnya kitorang nak layan benda benda gini ni hhahahaha. Takpelah, asal dapat merasa naik cable car sudehh.



Muka pompuan ni memang tak boleh belahh HAHAHHA


Dua ni steady ja. Hehhhhh *dalam hati ada raungan*



Turun dari cable car, terus kitorang ke Underwater World (laaaagiii). Think this might be the last visit to Underwater World sebab macam dah tak menarik dah. Semua benda kena bayar padahal kita dah bayar untuk entrance fee tu. Boleh pulak dorang buat section by section kan. Koserrrr. Lepas tengok semua aquatic creatures kat situ, rehat jap kat Marrybrown. Ah, the worst fast food restaurant I've ever been to which happened to be in Langkawi. Order lambat, nak ambik bayaran kitorang pun lambat, semua lambat lah. Kata fast food kannn. Or is it our family yang suka nak cepattt je. Hemmmm 


You smiled at meee baby..err..not-so-baby?


Geli tapi cantik.


Geli jugak tapi unik.


Kawaii angaddddd.

My greatest shot of the day. Kononnnnnnn. But it was beautiful. Malu pulak dia nak turun ke center tu ishh.



The last spot will be HIG Complex. Dulu kecik je tempatnya. Deretan kedai je. Tapi sekarang dah ada bangunan sendiri, ada hotel lagi youuuu. So shocking but intriguing! Rambang mata gila tengok coklat kat bawah ni hahahhahaha my eyes got hurt ok! Lepas dah pilih pilih coklat carefully untuk elak pembaziran duit yang banyak memandangkan debit card ni punca duit melayang, I happily (and reluctantly) paid for my basket full of chocs. Tu semua aku punya weii tak tipuuu. Ada lahhh satu dua nak bagi kat orang. Kekekekekke :P 'Tamak haloba' is my middle name gais 😂😂😂

At night, we had a good rest after ayam penyet dinner, then struggled with our purchases (nak sumbat masuk luggage tanpa rosakkan coklat terutamanya yang jenis papan macam kat bawah ni), then went to sleep. I tell you, twas such an exhausting day but a happening one.

Thank you abah sebab bawak kami semua jenjalan untuk hilangkan stress kehidupan ni!



My heart, goes awooooooo.


This costed me RM130+. Hahahahaha. Nampak je sikit tu tapi banyak lagi kat bawah bawah raga tuu. I went a lil crazy hikss >< Twix kat sana murah sangat, aku rasa nak menggila kejap. Lately ni gila Twix. Ni suma salah adik aku lah hahaha dia lah memperkenalkan benda sinful niiiiiii.


The night before we headed home. Nasi ayam penyet dia sedapp dooooo. Kedai dia kat dalam mall yang 5 minit jalan kaki je dari Hotel Adya. Parents aku suka gila sambal dorang. PEDASSSSSS.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment