New 2017

Assalamualaikum.

Sebagai satu manusia yang amat lemah semangatnya, aku rasa aku kena renew balik segala azam yang aku dah buat sebelum ni. Bukan takat renew, refurbish, refurnish, segala re- la hahahha. Sebab rasa cam banyak gila aku tertinggal, banyak benda yang aku nak buat tapi tak buat buat hareyyy sungguh lah kau yam. Cergas sikit!

Niway, aku nak start tahun yang baru ni dengan saving balik. Sebab lama gila tinggal amalan yang mulia ini. Asyik buat amalan tak mulia yakni membazir jew. Aku pun tak tau mana pi la semua money tu hahahha. Tau jeee tapi nak deny bahaa. Tengok sekarang trend laa orang dok savings sikit demi sikit pakai tabung botol besar lah, tupperware lah. Memacam. Tergerak hati jugak ni. Setakat ni aku ada tabung syiling je which is like berapa det je ada dalam tu hahah omg boleh takkkk gigih sikit menyimpan tu! Tapi ok lah, boleh upgrade ke tabung lain. Setakat ni, ada satu tabung gedabak dah so yessss tunggu gajiiiiii kita start menyimpan yeww. Pastu beli rumah.

Ekau tak habis habis dengan rumah dah berzaman dah ceritanya yamm 😏

Secondly, of course, cari kerja baru untuk bagi ruang save duit hari hari. Kalau aku duduk kat tempat kerja sekarang ni, alamat tak menyimpan lah akuuu hahaha. Bukan tak syukur weh, tapi ada reason lain jugak. Aku sekarang cam dahagakan industrial knowledge. Entah pasepa ada semangat tu. Maybe sebab aku muda lagi so semangat tu hado. Ok aaa tu jangan non hado sudah. Hahaha. Selagi muda ni, belajar je apa yang boleh. The whole 2016, I was so relaxed in searching for jobs. Kadang tu je cari. Most of the time, tak. Hahaha. Now semangat ada balik, I wanna get out of my current job. Moga moga ade la company yang nak ambik tuuu issskk Amin!!

Thirdly, nak cari cinta hahha. Omg sangat wishlist 2017 aku yang ni. Tapi betul lah aku rasa 2016 tu bukan rezeki aku gamaknya so takpe kita drive ke 2017. Relaks relaks jew drive sambil amik angin kereta belakang hon pun biarkan jew asal aku drive dengan baik takde lutu orang etc. Aku selalu fikir maybe aku ni tak cukup baguih la untuk orang kan tapi nah letih lah camtu. That is like self dissing myself. You tak love yourself, layak ke you nak love somebody else? Camtu la pada fikiran aku. Tak cukup baik, so? Improve la bagi better. Bukan forever kita nak dok kat level 9 kan. Mesti lif naik level 100 jugak nanti. Gitchuu. Tapi kalau takde tahun 2017 ni, takpe kita head to 2018 no rush bebbbss.

Another thing is..I just want to love without conditions. Waktu sekarang, aku rasa aku jenis love with conditions: I wanna feel loved back. Aku rasa semua nak rasa camni. Semua nak disayangi, diberi perhatian. But it is a bit tiring to keep giving conditions to people: people just won't do it no matter what if they are not willing to. Ko sapa nak paksa kan. Gitu. End up aku jugak yang sakit hati sensorang tu. Wtfish sangat. So. I will just do my best in finding and giving love.

Yeah. Do my very best when my heart allows to.

Keempat, is like the last thing I'd ever do for myself: eksesais. Omg sangat figure tu aku pun naik takut hahaha. I mean, aku muda lagi tapi macam tu dah ghopenye. So emmmm. Kena start eksesais for my health untuk kurus, untuk fit, untuk sihat. I don't prefer to spend money on gym, so sudahlah, gym kat rumah jahh. Dah mula pelan pelan, very frickin tiring I tell you, tapi kayuh aaa. Tak eksesais, tak slim you. Tak sihat you. Centuu.


Ok 2017. Fighting!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment