Hospitalised





Assalamualaikum.


Just came back from Pantai Hospital yesterday. Around 12pm. Dijemput oleh bapak shayeee. Heee. Panjang cerita masuk hospital ni. I did not tell anyone before, except to close and important people in my life.


Last Sunday (January 8), I was just done with shower when I noticed my whole body had red dots all over. Satu body ok. Benda paling menakutkan yang pernah jadi kat badan aku. Even jatuh kaki berdarah dulu pun tak menakutkan macam ni. Sebenarnya dari pagi Sabtu sehari sebelum tu lagi aku dah rasa tak sihat tapi aku malas nak layankan sakit tu nanti memang tumbang haha. That Sunday night I was sweating like mad, walaupun baru mandi sebab nervous teruk. Dalam kepala ni omg omg am I dying?!! Gituh. Lepas tu cepat cepat bagitau bapak aku, lepas maghrib terus parents aku bawak ke Pantai bahagian emergency. This is my second time datang emergency room, pertama kali dulu masa bapak aku kena admitted. Hahaha adeii laa sekarang turn anak pulak.

Emergency room at that time, thank god, takde orang yang eksiden teruk macam ko tengok dalam movie, drama, etc. I know things happen, tapi nasib baik time aku masuk tu, cuma ada kes ringan ringan macam demam panas, baby kena nebulizer (kesian, just a tiny winy baby). Kalau tak, dari kes macam aku ni, tetiba jadi pengsan taknak bangun hahaha. Dapat katil kat ER tu, nurse suruh baring. Aku pun dengan tak laratnya, ikut jelah walaupun sebetulnya perasaan time tu adalah kebulor nak mateyyy. Weiii last makan hari tu adalah waktu lunch ye, pukul 2 ye. Pastu tido sampai ke waktu mandi tu haa so berapa jam dah tak makan. Aku bagitau mak aku, ma, lapar. Mak aku balik rumah ambik nasik lauk semua weh. Nak menangis je aku dah laa susahkan diorang, bagi risau pulak tu. Tapi tetap ku makan dengan lahap hahaha sorry lapar sangat dah kang takde energy nak kena cucuk. Bahaa :P

Kendian nurse nak cucuk kat tangan aku, untuk allow glucose drip tu. Medical term dia aku taktau la. Aku tau as cucuk jee hahha. Ko tahu kan jarum tu paling tebal compare dengan jarum cucuk yang biasa. Aku dah kecut dah...bapak tebal! Hahah kecut aje perut tu, in fact tak sakit pun cucuk cucuk ni. Sting sikit je alahhhh takyah mengada sangat. Heartbreak is more painful than this! So aku pun rilek jelah dua dua tangan kena cucuk. Hmm. BERANI WEH AKU, AKU PUN TAK SANGKA 😸

Lepas 2 jam tunggu kat ER, Dr. Wong yang in charge bahagian virus/denggi/sewaktu dengannya check aku. Suspect pertama adalah denggi, macam biasa. So kena tunggu result check darah yang baru ambik 1 hour lepas masuk ER tu, dan check lagi untuk hari seterusnya. Hari hari kauuuu kena ambik darah boleh kurus jugak aku TT Around 11pm, I went to my own room, naik wilca. Hahaha kayy wheelchairrrrr. A bit weird la. Bukan takleh jalan sendiri tapi dorang suruh jugak ok fine I duduk yeee. Best jugak lah orang tolong tolakkan macam pwincez youuu. Dah settle down kat wad (bilik 2 orang yang aku dapat. Wow shangaddd), aku suruh parents balik walaupun mak aku insisted dia nak tunggu, tido dengan aku. I know my mother, she cannot handle this sleeping in the hospital kind of thing sebab aku sendiri pun boleh rasa sakit apatah lagi mak aku kan. So aku tak bagi dia tunggu. They could come the next morning, aku yakinkan camtu la.

I survived night 1, that very cold night suhu aircond 25 darjah terasa macam 15 darjah. Menggigil aku macam tak percaya aku ni menggigil ke..atau kena serangan sawan? Hahaha. Serius teruk gigil malam tu ish.

Nurses kept coming to our room to monitor our body temperature and pressure. Oh, orang katil sebelah, aunty cina tu kena denggi entah berapa lama dia duduk situ. Aku tak menyembang sangat sebab fokus nak bagi baik so..tido jew lew. Even tengah malam buta pun dorang datang check. My fever was on and off. Boleh gila aku. 1 hour aku ceria, happy. The next hour, berkelubung atas katil tu, all balled up. Sakit betul lah hahah. Lagi stress, waktu nak maghrib. Time tu laaa aku akan demam. Mesti punya. Pelik kan?

Niway, Day 1 (Isnin) takde perubahan apa. Bintik tetap ada macam hari sebelumnya, demam kebah pastu datang balik. Dr kata negatif denggi. Alhamdulillah. Selera makan turun, banyak food dorang bagi yang aku tak usik sebab sumpah tak lalu. Cold, I was always cold. Dan aku cuba biasakan diri bawak iv drip tu merata rata (toilet mostly). Dah la berat, leceh pulakkkk. SAPA DIA YANG CIPTA MENDA ALAH NI??!

Day 2 (Selasa) pun sama macam Day 1, negatif denggi jugak. Tetap badan lembik hahah. Cuma bezanya, colleagues aku (Foong dan Kirah) datang visit. Aku tak bagitau pun duduk kat wad mana, tapi dia dapat info dari Pantai sendiri which I think was a bit dangerous and raised privacy concern. I mean, ko hospital private, patut lagi private la kan. Ini boleh je bagi kat entah siapa. Kang kena kidnap, camna? Huhh -.- Tapi grateful la, yang dorang datang jugak visit walaupun yang sorang cuti, dan yang sorang lagi kerja sampai maghrib tapi datang jugak. Forever grateful coz I feel I have a small part in their life. Gituhh.

Day 3 (Rabu) menyaksikan aku dah takde demam. Ada sekali je waktu pagi. It's like I was at the peak of demam chart sebelum dia nak turun terus. Dr cakap I had viral infection, confirm bukan denggi. ALHAMDULILLAH! Petang tu, Dayah, member sekolah rendah aku datang dengan mengejut. Apsal aaa dorang ni suka datang mengejut hahah. Sembang lama gila, lama tak jumpa dia then tetiba jumpa dalam keadaan aku yang camni. Sedihnya lahai hahah. Then malamnya tu, Sheri dan Jan pulak datang visit. Actually aku tak bagitau sebab taknak lah susahkan orang kan, lagipun sakit biasa je bukan sakit operate or what. Tapi dah ter-tahu, ter-susahkan dorang pulak. Oh well. Sekali sekala susahkan korang takpe kot kan :P

Oh. Mak aku datang bawak KFC chicken wings. Ku nikmati sambil tonton Disney channel pukul 11 malam. Serius best melangut tengok kartun sambil ratah wingsssss hahahhahaha!

Dr. Wong cakap boleh discharged kalau takde demam Khamis esoknya tu. Yesss. Memang takde sampai ke sudah! So pagi Khamis, Dr bagi surat pelepasan balik, MC, dan surat untuk follow up nanti. Aku kemas katil pagi tu, kemas barang, mandi of the day (bau macam apa daaaaah hahahha 😂), pakai baju baru. Pastu keluar dari wad tu, say bye to one of the nurses yang pernah jaga aku. Siap pesan kat aku "jaga diri baik baik na". Eh sedih pulak hati ni tapi no, takkan datang lagi hahaha. Cukup lah sekali ni masuk hospital swasta. I will come back bila beranak je nanti (Amin! Aminkan gaiss!) sebab bil macam apa dah ahaha.

Psss...masuk wad beranak Pantai ni, bil dia adalah RM7k paling busuk pun. Hahahha matilamakkk nakkkkkkkk 😭


Felt so so much better after 4 days berkelubung dalam selimut.
Redness has faded a bit too.


Terima kasih kepada semua member, sanak saudara yang doakan kesihatan aku dan datang visit. Tak terbalas jasa kalian.

Tapi, paling berterima kasih kat parents aku yang berhempas pulas demi nak tengok anak dia yang mengada tak demam lepas dapat tengok depa ja. Eiiii perangaiiii ko yammmmm TT

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment