First Roadtrip with Colleague

Olohhh halus halus pengantinnya. Pengapit kiri kanan tu lagi besor lollllzzz

Assalamualaikum.

Siang Sabtu yang lepas, aku dan colleague, F ke Sg. Petani untuk attend kenduri ex housemate dia. Cam pelik pulak tetiba je aku munculkan diri kat kenduri entah shiapa la tu aku pun tak kenal. Tapi takpalah, since colleague aku ajak pegi sekali dan aku pun takdelah busy pun tengahari tu, ku poloww aje.

Ah sebelum tu nak cerita, hari tu hari yang agak odd. Bangunan office kitorang takde eletrik untuk weekend ni so kitorang tak boleh nak kerja macam biasa. Biasa maksud aku tu is, buat kerja kat ofis dengan tenang, goyang kaki. Tapi bos aku still nak kitorang keja no matter in what condition, ok so marilah kita discuss port mana nak lepak sambil on laptop sambil setel kerja yang tak berapa ada. Jumaatnya tu lepas discuss punya discuss, ok semua setuju untuk kerja dari rumah asalkan semua on skype dan buat kerja. Aku no hal, tapi agak skeptikal dengan orang yang suggestkan tu iaitu partner aku. Sebab aku tau cara kerja dia. At the same time, thankful jugak sebab dia suggestkan, maka semua yang kena kerja tu bersenang lenang di rumah wheeeeee. 

Tutup cerita pagi tu, lepas kerja F ambik aku then kitorang gerak ke SP. Aku kan seorang yang lemah dengan carsickness lah apelah. So aku mintak dia belikan asam masa singgah kat shell, of course I madam, so jaga kereta. Hahahaha. Lega gila sebab colleague aku ni bawak kereta agak ganas la kalo takdelah asam tu, aku rasa dah lama aku mun mun. Seb baikkk.

Disebabkan boring jugak nak menghadap jalan raya untuk 1 jam tambah dengan kereta banyak so perjalanan jadi slow sikit, kitorang dengar mp3 pendrive F sebab aku tak tahan lah nak dengar lagu karatzzz Cool FM tu haa (F suka Cool FM hahhaha). Sebab ni 1st time roadtrippin' dengan colleague aku ni, aku mintak izin dia untuk record a video of us. Ajet ajet vlogger lah yeeeee hahah nope I am far from vlogger. Tapi seronok lah. It was crazy inside the car I tell you. And loud hahahhaa. Last last lepas entah berapa lagu dah kitorang karok, sampai jugak destinasi rumah pengantin. Time sapedek (makan) semua pening dah tak ingat, lapar punya pasal. Yelah ko bayang eh 1 jam dalam kereta time waktu lunch, is pretty insane and full of hunger. So aku mintak budak yang jaga makanan tu letakkan satu paha ayam yang besar, makan dengan nasik panas panas fuhhh thizz izzz heavenn.

Waktu makan tu, hujan start renyai dah. Then sedang elok habis makan, tetiba je hujan lebat. Lebat yang sampai banjir tenggelam platform kasut aku ok habis lencun baju semua hahah. Nasib baik F bawak payung kalau tak memang duduk kat meja tu tak bersalam dengan pengantin (rumah pengantin ada dalam 5 tapak dari khemah). Rasanya ni first time kut aku pegi kenduri dalam hujan lebat camni sekali. Not a very nice experience, sejuk, basah, tak selesa jugak. Tapi yelah mana kita nak tau weather jadi cemtu, so takpalah next time bawak payung sepsiap. Dah sudah bergambar, kitorang gerak balik tapi cari surau dulu untuk solat dan rest kejap. Lega dapat lunjur kaki kat surau, keringkan tudung semua bawah kipas. I mean aku duduk la kat bawah kipas tuuu. Brrr sejuk. Colleague aku sampai tukar baju, pakai seluar dengan t-shirt I was like..whaaaattttt tak bagitau pun plan nak tukar baju hahha. Jealous gila boleh tukar pakai seluarrr TT So next time, bawak extra baju. Coz such case happens. Ahaha.






Ok dah habis rehat? Moh sambung karok lagi otw balik bahaa. Insane karaokers in the houzzz :P



Before lencun: Semua helokk. After lencun: Selekeh baq ang XD


Joyah nak menari inang jap. Kahkah :P



All in all, I had a fun roadtrip with F. Think the best kot kalau yang berdua ni. Eh pernah ke berdua? Eh pernah la dengan mak aku hahaha. Thank you colleague shayyyangg sebab bawak jenjalan kalau tak terperuk duduk rumah tengok kdrama oh please Yam geddalaiffff. HAHAHA. Gomawo!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment