The Worst of The Worst

Assalamualaikum.

Dua malam yang lepas, betul betul malam yang paling buruk dalam sejarah hidup aku. Serious, paling buruk antara yang terburuk.


Aku takde alahan dengan makanan biasanya. Ape je yang ada, aku makan. Melainkan memang makanan tu aku tak suka macam ulam dan lain-lain. Tapi lain pulak halnya Ahad yang lepas. Mungkin sebab aku makan lewat sangat, lepas tu makan ramyun pedas tu pulak, malamnya aku jatuh sakit start dengan pening kepala, mula tak sedap badan dan sakit perut. Heran pun ada, sebab selama dok makan ramyun tu, takde pulak jatuh sakit.

Sakit perut biasa, takde hal untuk aku. Setakat duduk lama dalam toilet tu, is not the worst case for me. Tapi kali ni worst sebab diarrhea sekali dengan muntah muntah. Muntah sekali takpe lagi. Ni tiga kali satu malam, apecer kan? Malam Ahad tu, dari pukul 12am sampai 4am aku dah lalui tiga sesi muntah. Habis toilet rumah banjir dengan muntah sebab tak dan nak muntah dalam sinki. Muntah pulak berbau ramyun pedas tu, omg. Laagi tambah loya memang tak tahan lepas tu laagi aku muntah. Hahaha. Aduhhh. Gila betul.

Semalam, tak pegi kerja sebab tak larat sungguh nak berdiri atau duduk pun. Tiba-tiba kena demam pulak. Haru kan? Seharian aku tido kat bilik bawah tu, dari pagi lepas pegi klinik sampailah 11.30 malam, sebelum sambung sesi tido kat bilik sendiri pulak. Dalam 2.30 tengahari, aku bangun kejap untuk makan nasi, makan ubat. Tak sampai 2 minit telan ubat, muntah lagi. Muntah hitam pulak tu hahaha hadoiii la. Hitam tu sebab doktor bagi medicinal charcoal. Habis lantai bilik, seluar tido kena charcoal. Tak senang nak hilang pulak tu kesan charcoalnye. Stress sungguh. Dengan sakit sakit, nak kena mop pulak lantai. Aku bertabah, fikir lepas kemas kemas boleh sambung tido. Tu je sumber motivasi hahah.

Hari ni, rasa better sikit. Alhamdulillah, walaupun tak better sepenuhnya. Asal boleh bukak mata dan berjalan, ok dah kiranya. Terima kasih sangat kat parents yang jaga aku siang dan malam, ambik angin dari badan ni, paksa minum air, paksa makan nasi, paksa segalanyalah. Walaupun mak aku bebel, aku dengar macam muzik. Serious serious. Hahaha. Tobat lepas ni tak makan dah benda alah tu, tak makan lewat lewat dah. Tobatttt T.T




UPDATE 20/7/2016:

So hari ni, felt better than yesterday jalan pun takde terbongkok bongkok tahan sakit badan. Semalam bongkok sembilan. Hahah. Ah, and a miracle happened this morning: BOLEH BUANG AIR BESAR. Yeaayyy! Ingat mak mak je ke ada perasaan pasal isu air besar ni. Orang sakit pun ada tau. Dua hari dah tak jalan so perut tak selesa and so on, tambah loya lagi. Risau la kan kot makan charcoal tu efeknya buat jadi sembelit ke apa. Alhamdulillah. Bahahahaa :P


UPDATE 21/7/2016:

Bangun dengan ceria. Yakin gila dah, ok hari ni lagi baik dari semalam. So I went to work happily. Makan kek sebagai breakfast, kita buat benda in unconventional way. Semua berjalan lancar...sampai lah lepas lunch hour, perut rasa pedih sikit dan gassy. Uh ohhhhh. Macam kenal je perasaan ni. Yang efek dia muntah hijau tu. Yang start rasa lapar je memanjang. Uh oh. GASTRIC IS COMING. Alahai. Semua food poisoning, lead ke gastrik pulak dah. Sabau ajelah Yam.

On the other note, dagu takde lapisan kedua dah. Hahahaha. Dalam duka ada suka. Hehehehehe :P


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment