W13: Alkisahnya Kerja

Assalamualaikum.

Sejak keluar 'sekolah', hidup aku cuma ada kerja. Hmm hmm. Aku mengaku, agak terkejut beruk masa mula kerja dulu. Bukan aku tak biasa, pernah je jadi buruh, tapi beza gila yang dulu dengan yang sekarang. Kerja arkeologi dulu, aku seronok sangat dapat datang hari hari. Urus batu hari hari pun, tak kisah. Sebab tak terperuk dalam ofis tengok laptop, boleh makan minum sambil kerja, tapi kerja tetap siap. Sebab hati senang. Serius rindu batu batu tu...huwaaaaa T.T

Aku dah pernah kata, kerja pejabat bukan 'my thangg' (my thing). Sampai hari ni, fakta tu tak berubah. Tak pernah langsung aku terfikir nak jadi hamba kepada kerja. Melainkan masa depan nanti, aku jadi pekerja tetap ke, naik pangkat ke, dan lain lain. Hngghh memang berangan tapi aku suka. Sebab ni jela sumber motivasi aku setakat ni. Hahaha!

Ni pun sumber motivasi aku jugak. Sanggup tew balut tangan takut minyak mercik. Haha!


Tempat kerja aku ni pelik sikit. Ada hari semua staf kerja dengan semangat yang tinggi menjulang. Tapi kebanyakan hari kita semua down la. Ha ha. Kerja memang banyak, tak pernah habis. Lepas satu kerja, ada lagi kerja yang akan menyusul. Walaupun macam tu, tetap sempat aku online, tengok isu isu semasa, Ashraf Muslim dapat baby girl comel...errrr.

Sejak ada projek baru ni, hidup aku makin sibuk. Tapi syukur tak payah bawak balik kerja dan buat kat rumah. Walaupun manager aku cucuk cucuk suruh buat sikit, tapi aku buat pekak je. Ada beberapa sebab aku takkan buat kerja kat rumah. Antaranya:

  1. Aku dah dedikasikan 8 jam sehari untuk syarikat. Hari minggu, hari untuk keluarga dan diri sendiri pun syarikat ambik. Tak cukup lagi? Aku tak rasa langsung hari minggu tu wujud dalam hidup aku lepas mula intern.
  2. Aku rosakkan mata dengan tengok komputer 8 jam sehari. Memang rosak. Mata kering, sakit, badan dan leher pun sakit. Siang hari tengok komputer, malam pun nak kena tengok ke? Oii idak la. Ni kalau rosak la mata aku, memang aku tuntut pampasan suruh ganti balik. Hngghh -..-
  3. Multitasking tahap maksimum. Aku intern yang terakhir. Padahal ramai gila mintak, siap telefon ofis lagi. Sakit jiwa aku. Semua kerja dari hal admin, jawab email, jawab phone call, urus order, projek follow-up, pembaharuan hosting, website, itu ini inu, aku dengan lagi dua staf tetap yang buat. Mana tak lembik kalau setiap hari pun macam tu. Makin turun tahap motivasi aku dari hari ke hari. Jadi bila balik, aku nak rehat je. Relaks.

Tak nafi yang kerja tu penting, untuk belanja harian kita jugak. Tapi masalah besar bila orang tak reti bezakan taraf kita dalam hierarki syarikat. Dorang ni lupa langsung, yang aku ni budak intern saje.

Serius wa boleh gila lagi sikit lagi -..-'




...takkan gila melainkan intern dengan Google.
Arghh teringin!




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments:

  1. haha..saya paham rasanya bekerja dlm ofis.mmg bukan jiwa.rasa macm terkurung.xde kebebasan.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi! boleh dilanda kemarahan kan kak tira. huhh. kalo akak ada kerja yang best dari kerja ofis, sila maklumkan. heee :)

      Delete