W3 + W4: Simfoni







Assalamualaikum.

Sebulan berlalu. Rasa macam dah 10 bulan. Penat, tadak life, dan lain lain walaupun orang kata duit masuk. Sebabkan semua tu, memang sekarang aku berkira kira dalam berbelanja. Takkan aku bazirkan dengan sia sia walau sesen pun melainkan berkenaan makanan, yang tu aku tak elak sebab makan kan hobi aku. Ha ha. Weyyy perfume Beyonce 'Midnight Heat' sempena birthday dan result pun aku tak jadi beli tau gara gara fikir berbaloi atau idak. Takpa takpa belajar pelan pelan.

Tapi aku syukur, kerja tak susah mana banding dengan orang lain terutama orang tua. Dorang kerja panas terik, sakit sakit lagi, tapi boleh lagi senyum, bagi salam. Makan berkira tapi nampak puas sebab cari sendiri duit halal. Insaf gila masa aku tengok satu orang tua ni dekat USM sem lepas. Baju dah kelabu, beli nasi dengan ikan separuh dan kuah saja. Aku tengok je dari jauh, antara nak bayarkan dan bubuh lauk sikit atau tidak. Akhirnya tak jadi sebab ramai orang, takut dia segan dan etc. Dia pi satu sudut, bawak keluar spek mata dan baca The Star walaupun tak beli. Jadi aku fikir, Tuhan rahmati pakcik ni walau dia tak berapa berduit banyak dengan beri pendidikan dan kudrat yang baik. Pakcik ni la pembakar semangat aku untuk terus bekerja. May Allah bless you pakcik.

Sat macam dah cerita je kat ampa. Eh ke belum? Eh yeke?! Ha ha lupa dah aku.

Hidup bekerja buat aku berfikir banyak benda. Lepas ni apa langkah aku. Kerja terus? Berumahtangga? Sambung belajar? Ah sakit kepala bila runsingkan benda benda macam ni. Nak kerja, rasa nak belajar pulak. Nak kahwin, caca merba lagi aku ni. Nak belajar, aku takmau dah susahkan mak ayah aku walaupun aku tau kalau suarakan kebimbangan aku ni, mesti dorang marah aku balik dan cakap dorang mampu tanggung. Wadduhh gimana seyh! Ha ha ha.

Anyway result peperiksaan baru keluar semalam. Biasa biasa saja. Biasa macam mana, taknak diberitahu supaya tak ada sesiapa yang sakit hati, dengki atau apa apa. Hidup dalam komuniti biar aman workeyy. Result tu setakat di universiti saja bagi aku. Apedehal. Dah keluar, masuk beg jugak  pointer tu kalau tak reti bercakap, tak ada skil yang baik. Tengok aku, belajar saja tinggi tapi boleh pulak tadi pegi tanya "Why we price the domain name RM39.90? Not RM40?" Ngong kan aku padahal dah tahu jawapan dia. Omk. Bos aku tengok macam aku ni budak tak reti segala benda dan cliche dengan title aku produk USM. *facepalm* Aku buat derk sebab aku fikir masa intern ni, berkesan buat buat bengap kalau nak serap segala ilmu yang ada. Alhamdulillah colleagues semua membantu walaupun kadang dorang bengkek jugaklah sebab aku asyik tanya tu ini. Aku memang cepat lupa ha ha. Takpa janji aku paling comel dalam ofis. Kikikii. Kaitan takdeeeeee :P

Oh ya hari jadi aku jatuh pada hari Jumaat. Tak ada hadiah hadiah dah tua tua ni, melainkan bagi kat diri sendiri dan itu yang aku selalu buat sejak masuk 20an ni. Aku pegi mall, habiskan satu amaun duit (rahsia) dan jalan jalan. Umur penting bagi aku, sebab aku tengok pencapaian hidup aku takat mana. 13, aku hingusan, pakai tudung pun tak reti, ikut ja telunjuk kawan kawan. 23 ni, kena independent. Kena tahu segala benda kat dunia ni. Kena hati hati dalam setiap benda yang aku buat, dalam berkawan.

23, simfoni nada dan rasa. Thank you Allah. I feel blessed.



Kemas lebih sikit hari kejadian tu. Wiwiwiwiwi  >.<




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

2 comments: