2021

Assalamualaikum!


Diriku sedang gigih blogging walaupun kain baju bertimbun, tunggu tuan melipat. Tuan tuan dia, ada yang tidur, ada yang main game, ada yang blogging. Hahahaha. Malas belaka! But you know what, it's Saturday so Imma chill about it dan biarkan dia membiak dengan jayanya hahahahahah.

Chilllllll esok kita pulonnnnnn.

Anyway dah masuk Jun dah kita eh. Cepat betul 2021 berlalu, dah setengah tahun dah. Tak lama lagi nak masuk 2022, masuk umur 31 dah. Allahu seremmmm. Hahahaha. Seram lah wei, lagi tua kita, lagi struggle nak handle anak sebab dia makin aktif. Even sekarang pun aku rasa penat gila layan anak, tapi in an enjoyable way punya penat lah kan. Tapi serius lah anak aku tu tenaga dia boleh tahannnn. Kita orang tua yang penat dulu dari dia hahaha. Very cute hor, buli mak bapak >.<

Tujuan aku blogging hari ni adalah untuk selit 1 memori hidup aku. Berkaitan dengan hidup lepas berkahwin, lepas beranak ni. Tidaklah struggle macam orang lain tapi besar la kesan dia untuk diri aku yang kerdil ni ha.

Macam semua orang sedia maklum, lepas kahwin kan aku pregnant, lepas tu menganggur lamaaaa gila. Down gila wei sebab orang taknak terima kerja masa pregnant, dah bersalin, pun orang taknak. Anak dah besar dalam 1 tahun 5 bulan, aku decide untuk all out cari kerja. Dapatlah satu kerja di Concentrix ni sebagai Customer Service Associate (alah, nama kampung dia Customer Support lahh), di mana aku betul betul enjoy dengan kerja dia, dengan colleagues yang ada (kecuali Team Leader sebab TL aku buruk perangai dan aku tak belajar apa pun dari dia. Nama dia Yamuna. Sebab dia, team berpecah teruk ooooo so biaqpi la aku reveal nama hahahaha :P). Walaupun aku kena kerja malam, tapi aku suka. Tidaklah suka 100%, ada lah pros cons dia. Pros dia, masyuk wehh since ada elaun shift dan attendance. Tinggi la jugak bagi aku insan kerdil ni haha. Kerja pulak best, senang sangat. Jawab emel je weiii tak payah gaduh buat benda lain, tak gaduh kena jawab telefon apa semua. Nak keluar gi mana pun, pegi jelah sebab takda jaga time pun. Very carefree I tell you. Tapi cons dia, masa aku sangat kurang dengan keluarga. Part ni aku paling tak suka. Bayangkan eh anak & laki ada kat rumah pun start pukul 6.30pm, aku pegi kerja 9pm. The next morning pukul 8 aku balik rumah, diorang pulak pegi kerja & tadika. Bilanya aku dapat spend time dengan depa? Memang takda weh. Harap kat weekend je. Tu ponnnn orang tak faham, sibuk nak datang rumah aku time weekend padahal kita nak rehat, kita nak spend time dengan keluarga, nak masak masak. Macam-macam kan.

Mujur Concentrix ambik kerja under kontrak 5 bulan je. Aku tak sanggup la tiap hari shift malam walaupun diorang ni cakap rotating shift (3 bulan ooo straight kerja malam). Rasa macam bukan manusia tau. Aku pun cepat penat je. So habis kontrak bulan Januari 2021, diorang dah takmau renew kontrak aku (walaupun beberapa bulan lepas tu, Concentrix ada call aku invite masuk project yang sama ni iaitu Oculus). Tapi takpelah, aku taknak. Aku decide pegang balik jawatan surirumah sepenuh masa.

In a new way.

New way sebab beza sikit dengan jadi surirumah sebelum mula bekerja dengan Concentrix. Sebelum tu, aku surirumah tapi anak ada dengan aku sepanjang hari sebab dia tak pegi tadika. Kali ni, aku teruskan hantar dia ke tadika sebab sayang la kan kita dah bayar yuran tahunan apa semua, lepas tu dia pun dah syok pegi school dah ada make lots of friends, so takpelah bayar dan hantar jelah. Aku duduk rumah relaks bermalas-malasan ajelah. Ada hari kerja rumah memang banyak, ada hari relaks berlingkar depan TV. Memang best jadi surirumah bila anak pi school hahahaha. Aku enjoy je 4 bulan menganggur ni sebab tahu lepas ni susah dapat dah. Sebab apa susah dapat? Sebab aku memang nak kembali bekerja. Kira macam ni cuti vacation lah kan, tanpa gaji of course hahaha.

But you know what? Mei lepas, aku dapat kerja semula. Life is even more fun at this point.

Aku tak expect langsung dapat kerja dalam masa terdekat. Expect dalam 6-7 bulan lagi, atau 1 tahun baru dapat kerja baru. Yelah competition kat KL ni tinggi woii sebab semua orang pun terer, banyak pengalaman. Tapi ni lah rezeki orang kata. Syukur. Semua ni terjadi sebab sepupu ipar aku tolong forward resume kat TL dia. Aku rasa terhutang budi sangat dengan Kak Riz sebab tanpa dia, memang resume aku takkan sampai kat TL dan aku takkan terpilih sebagai trainee baru. Aku sorang je okei yang diorang hire hahahha. Jemmmm. Jangan expectation tinggi melangit sudahlah.

Sebagai trainee, aku rileks je sekarang ni. Best. Tak perlu angkat call apa semua. Jawab emel pun dalam 2-3 emel je sehari, yang simple simple. Enjoy je selagi ada, kata colleagues aku haha. Dan ya aku enjoy walapun bosan, sebab sedar nanti dah angkat phone memang takkan sempat bosan dah haha. Paling best, balik awal sikit dari semua orang so tak payah hadap jem teruk. Keluar awal pagi pun takpelah janji balik awal, dapat masak untuk family dan tidur malam sekali. Serius banyak masa dengan keluarga weh, aku suka sangat rutin ni.

Paaaaling penting sekali, TL aku baik. TL perempuan atau lelaki, doesn't really matter actually. Peribadi tu yang matter. Dia lelaki tapi baik setakat ni. Kak Riz pun selalu puji je TL kami ni hahha. It means, he is likeable and reliable. Bukan lah macam orang lain tuuuuu. Benda ni penting ye untuk kesihatan mental. Biarlah kerja sampai habis tempoh, taknak lah sangkut tengah jalan just sebab tak selesa, mental affected, etc.

Korang tengok perjalanan karier aku macam apa ja, mesti serabut kan haha. Ada jugak aku rasa serabut memula dulu tapi lama lama jadi positif. Walapun kerja kontrak ni takde jaminan ape ape, tapi it's okay (buat masa ni la). Aku terima je kalau ditentukan karier aku begini. Malas nak fikir banyak sampai serabut, aku just anggap rezeki aku yang ada time dapat kerja, ada time dapat jadi surirumah, ada time takde gaji, ada time ada gaji. You know, it suits me. Lagipun nak lompat kerja pun senang bila kau kerja kontrak. Takdelah sampai kena kasi 3 bulan notis (gila ape bagi 3 bulan notis, sape nak tunggu dooooh??), so 1 bulan notis tu very acceptable dah. Malah kalau aku nak ganti 1 bulan bayar kat company pun aku mampu je, takde masalah. 3 bulan tu takleh lah, mau berbelas K weii ahahadoii. Satu lagi, bila dapat lompat kerja, nak naikkan gaji pun senang berlaku tak kisahlah naik RM200-RM300 pun, janji naik kan. Lepas tu sah sah lah skill dan expertise pun bertambah. Lagi naiklah value kau dan orang berebut nak kau. Gitu lah konsep kerja kontrak ni, di sisi yang positif.

Tengok yang positif, positif lah dia.

Tengok yang negatif, negatif lah dia.


Ok lah sampai sini jelah update life aku sebab takat ni je ada masa haha. See you next time whenever I am alone with my laptop, InsyaAllah, soon.

Toodles!


Gambar sekitar bulan March hari tu, masa dah hampir
putus asa nak cari kerja. Saja melawa cari kerja, ambik mood kohkoh


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment