Gurl lalu jappp |
Assalamualaikum semua!
Ke udara lagi kita tahun ni, buat ketiga kalinya ahahahha. Bukan apa, takde masa pun ye, malas pun ye. Hidup ada baby ni cenggini lah kot, you just don’t have time for yourself. Everything is about your kid.
Anyway my kid over here has reached 6 months today. Sangat berbangga sebab dia survive hidup dengan mak dia ni selama 6 bulan. Mak dia pun tak sangka ok! I mean, sape sangka aku akan ada anak, jaga anak (surirumah, and I am proud of my status). Aku ni dari dulu memang tak suka dengar baby keriau. Cukup tak suka. Suka budak yang baik baik comel comel gelak gelak aje. Kalau anak orang lain nangis, aku pulangkan. Ni anak aku nangis, nak pulang kat sapa kan hahahhaha. Hadap ajelah dah nama pun anak sendiri, walaupun aku masih tak suka dengar anak aku nangis. Jadi hangin kadang tu I don’t understand myself either please don’t bash me 😂
Azalea dah mula makan, awal seminggu dari tarikh genap 6 bulan. Sebab rasa dia dah cukup ready. Orang dok makan, dia dok cupcap mulut sambil hulur tangan. Kepohci kan. Pastu leher tegak, dah boleh duduk sikit walaupun tak stabil. Ah aku nak tunggu ape lagi kan, she is more than ready dah ni. Mak dia pun tak sabaq nak masak masak hahahha ada hatiiii. Masak kat laki bini pun kadang tak ngedannn 😂 Nasib baik masak moi ni tak susah mana. Harap tabah lah untuk godek resepi baby. Jenuh jugak nak control bahan, tengok allergi, takda garam dan gula bagai ha. A new thing for this new momma.
Milestones baby setakat ni, dia pandai interact dah. Kita sembang dengan dia, dia respon. Respon pulak bukan beshe beshe dah weii bukan setakat cooing. Dah mula babbles. I like thattttttt very the cute you knowwwww. Lepas tu tak larat layan, aku biarkan dia feeling sensorang kat playmat dia hahahhaha mak pun perlu turun ke dapur nakkk. Budak ni suka sangat mandi, suka betul nak berkubang lama lama kat dalam tub dia, biasa aku bagi dia enjoy air dalam 5 minit. Besar sikit esok mama bagi awak kubang lama lama sikit eaa. Kemudian anakku ni buas jugak weh. Aku bimbang sikit bab ni. Time nak pakai baju, buas tak hingattt. Meronta ronta ok! Pakai baju je dah 10 minit, belum lagi nak sarung seluar tu! Sakit pinggang aku tunduk lama lama adehh. Kadang nak ambik krim ke apa ke, pusing kat dia semula, aik dah beralih tempat. Bahaya sebab aku still pakaikan baju atas katil kitorang. Mungkin dah tiba masa buat semua atas lantai memandangkan budak dah buas. Pastu makin pandai berguling. Risau weii haritu kepala masuk bawah sofa dah nasib baik aku ni jenis memasak, mesti nak tengok anak tiap 2-3 minit sekali. Dengar senyap je rupanya kejadian dah berlaku. Tu pasal selalu lambat siap masak hahahha.
Alaaaa...bila tulis balik semua tu, memang terasa dah dia makin besar. Makin dewasa. This never fails in making me feel sad and nostalgic over the pass months. Serius rasa dia baru lahir semalam, baru rasa macam dok ulang alik pi nursery kat hospital tu pasai dia kena jaundice. Nanti takde dah yang nak kepit bawah ketiak mama, ngempeng lama lama, tengok mama tiap kali rentap lepas minum susu sambil gelak.
*jap gi nangis jap
Aku syukur anak kami ni hidup dengan baik setakat ni. Diberi kesihatan yang baik, murah dengan senyuman, selera makan sedang molek je dengan saiz dia yang sedang molek jugak. Sebagai mak, aku tak harap ape ape. Nak dia membesar dengan sihat je. Sorry ye anak, yang mama dan baba tak dapat bagi kemewahan. Hidup kita tak mewah tapi cukup la apa kita ada sekarang. Nanti mama usahakan lagi cari kerja ok. Sementara tu, biarlah mama enjoy motherhood dan tengok awak membesar, sebab yang ni takde galang gantinya. Mama anggap ni rezeki yang tertulis untuk mama. Jaga awak sepenuhnya dan dapat breastfeed awak, kan rezeki jugak tu. God knows what is best for me.
Happy 6 months young, my firstborn, my love. Mama sayang awak sangat sangat 😘
ABOUT THE AUTHOR
Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible
0 comments:
Post a Comment