W32: Moving Forward

Assalamualaikum.


Minggu ni on dan off demam. Memang minggu yang tak berapa baik. Demam selesema sejak Isnin siang pastu dok melarat sampai lani. Aku pun taktau nak buat camna lagi dengan kahak ni sampai terganggu emosi iols tskkk.

Btw minggu lepas aku dapat filter baru untuk VSCO. Intern aku la cakap yang kat twitter ada orang jual servis camni. Unbelievable kan? Aku takleh bayang ada eh jugak bisnes jual filter VSCO. So aku try, sebab memang curious sesangat. Disebabkan aku takde contact orang tu, aku mintak intern aku berurusan dengan dia hahha senang hidup aku haaa. Bayar je RM20.00, dalam sehari boleh dapat dah semua filters VSCO. 50 filters okeiii. Kira murah sebab kalau beli direct dengan VSCO, mahal gila. Dah dapat tu, aku try la semua filters yang ada, akhirnya satu je yang aku suka ahahha. Useless gilaaaaaaa.

Eh tapi bawah ni semua pakai VSCO. Golap gila 😂








Last  Sunday aku bertugas untuk masak lunch. Aku ni takdelah reti masak macam mak aku, macam mak W tapi kalau under supervision mak aku, emmm boleh laa tara nak bagi perut kenyang hahha. Extra kena marah lagi tuuu. Hahahha besa laaa kalau tak kena marah mana nak pandai masak kan katerr nak kawen. Ihikk >.<   Ni first time masak siakap sweet n sour, nervous jugak aku tapi Alhamdulillah menjadi yasssss. Sedap pulak tu memang sebijik cam mak aku masak *proud* Ok lah, lepas lah satu menu untuk hari minggu suami iols ehekk :P







Isnin pulak, aku dengan colleague pegi makan kat Sushi B'rito. Gossip time uolssss! Banyak la cerita yang keluar pasal resignation salah sorang colleague aku ni. Alaaa yang aku cerita last week tuuu. Rasa tak puas hati jugak sebab company treat orang berbeza beza. Kalau ikut kelayakan pun, budak tu diploma je weh. And ko bayangkan eh, aku yang kerja lama dari budak tu pun, takde pun dapat offer naik gaji. Tapi company offer kat dia gaji yang setara dengan aku sebab nak dia stay. Ko ghase aku ghase ape?? Aku rasa bodoh gila, rasa penat gila. Terasa sia sia weh kerja hempas pulas balik lewat gila sampai pukul 7 petang. Lepas dah dengar cerita, aku mula endah tak endah je buat kerja. Entah lah, takde feel nak terus komited macam dulu. Coz kita tau takde point pun keja keras cam nak gila. Gaji tetap tak naik. Takpelah, fikir sangat pasal ni pun fakta tetap tak berubah so aku buat derk je setakat yang mampu. Aku yakin kat luar tu ada yang lagi baik dari company ni. Tak sabar nak pindah keluar. Harap cepat dapat keja baru. Harap colleague aku K ni pun dapat kerja baru yang lagi better.

FIGHTING TO US!







Khamis pulak, aku, Sheri, Intan dan Mon keluar tengok wayang dengan colleagues Mon. Aku memang tau dah nak tengok Annabelle, ahahaha. Cari bala bila takda bala weiii. Tapi aku try gagahkan diri biar nampak macho sikit. Turned out masa tengok tu memang teruk condition aku hahah. Tudung tu nasib baik panjang boleh aku cover mata which works wonderfully 😂 Yang tak tahan tu colleague Mon pun penakut nak mati cam aku je tapi sebelum tu dia kata 'I memang bernafsu tengok cerita hantu ni'. KAH! Dia paling teruk cover mata aku gelak je dalam hati ohoho. Tula ekauuu cakap bosarrrr ekau paling takut haaa 😂😂






Cakap pasal intern pulak, internship dia habis minggu ni. Sedih pulak tetiba. Aku kan dah 8 bulan ada intern yang tolong dalam hal hal kerja, tetiba dah takde intern. Takde dah teman nak buat kerja, teman gossip. Uwuwu TT Takpelah aku harap ada lah sikit pengalaman yang dorang semua dapat walaupun tak banyak mana pun. Selamat maju jaya eh korang!




Visit Zulaika dan baby kejap semalam. Kecikkk bulat je anaknya ish geram rasa nak picit pipi. Tak sabar nak anak sendiri pulak. Buehehhe.




Tengok art performance dekat Dewan Sri Pinang semalam petang.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment