Envious

Assalamualaikum.

Aku memang tak suka kalau terdetik rasa 'envy' kat seseorang. Tapi lama dah lah aku tak rasa perasaan ni sebab life setakat ni takde benda nak compare dengan orang lain. Sama saja. Cari makan, balik rumah, tido, cari makan sekali lagi. Taklah perfect tapi taklah imperfect jugak sampai nak compare dengan orang. I love what I have now.

Cuma. Bila bab kerja, fail sikit lah. Hahaha. Much to my annoyance, senang sangat aku envy orang yang ada better job than I do. Tak kisah lah bidang ape pun. Because my current job shucks 100%. Hahahaha. You all pun tahu kan how much I hate my job no matter berapa kali cuba nak ikhlaskan hati, bersyukur lah ko ada kerja ada orang lain takda kerja wei, dan lain-lain. I JUST CANNOT.

Hari ni dapat berita junior aku dari department lain dapat kerja dekat Dell. I mean..DELL kutttttt. Siapa takmau kan! MNC! Gaji tinggi! Banyak benefits! Fuh. Kecur air liur jahh. Aku memang tumpang happy lah, sebab dia dapat yang better dari sekarang. Tapi sebenarnya at the same time, rasa upset. Ok lah, hiba lah. Haaa hiba okayssss. Takde reason lain dah, aku envy colleague aku tu. Setakat ni entah berpuluh dah job yang aku cari. Tak pernah lekat satu pun. So bayangkan lah eh, dia kerja lagi sekejap dari aku tapi dia dapat job baru dulu. Dapat tinggalkan company ni dulu. Siapa tak upset kan. Itulah dia, rezeki kata orang. Walaupun dia chinese, tapi tu rezeki dia. Sat ja upset pun, ada half day jugak hahah.

Macam ni gaya, kena tingkatkan usaha cari kerja dan update Jobstreet. Upset upset pun, kena bertabah ye dok. Sedih tapi tak buat apa pun, mintak kecam jugak. Haha. Ape ape pun Yam, chayok!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment