Raya 2017


Alhamdulillah, bukan raya terakhir dengan adik-beradikku shayanggg #tangisandalamkegembiraan




Assalamualaikum yuhuuu.

Bertemu lagi kita selepas beberapa minggu weekly post menyepi. Kahkah famousnyeeeee youuu menyepi bagai 😂 Iols busy sikit bulan puasa ni. Busy kurangkan kesosialan di media, banyakkan buat benda yang lagi berfaedah. Berfaedahhh laa sangat hehe.

Puasa itu hari menyaksikan adik beradik semua pakat balik rumah, bergilir. Hari pertama puasa, si bongsu balik. Hujung minggu pertama tu jugak, yang tengah balik. Fuh. Boleh kata first week tu memang best lah. Masak untuk bukak puasa pun beria sikit which is good untuk aku dan bapak aku hahah. Beria di sini bermaksud banyak sikit lauk. Kalau tak, ada lah 2 je. Ayam dan sayur. Ikan dan sayur. Daging dan sayur. Dinamik angattt. Yelah tak ramai dalam rumah, buat apa nak masak banyak jenis kan. Gitu lah keadaan rumahku itu kalau duduk bertiga. Ni ramai sikit, ada lah sikit variety. 

Okay, below are what happen during puasa dan raya. Elaborate kat gambar jelah ya. Kemalasan sudah hehe.



Muh gurls. Berbuka dan terawikh sama-sama tu start jadi kemestian bulan puasa sejak tahun lepas. Entah napa lewat sangat tuu. Mungkin sebab dah makin tua makin value friendship. Congrats to all of my friends here, ada pencapaian hidup memasing. Sheri with a baby coming (yeay heyy!), Afiqa having someone in mind for life, Mon being happy as she is no matter in what condition, I'm blessed.



Sempat jugak rembat ni. Hahahha my purse criedd TT Tapi aku memang dah niat nak beli satu benda makeup, kebetulan tak pernah ada foundation so aku beli ni satu. Fuh. Rasa macam tak pakai ape pun kat muka. Serious! Lima ⭐⭐⭐⭐⭐ Nora bagi!



#ecoworld #hangatgilababeng #wheremyeyesat 👀


Jemahs in the houzzz


Bukak posa dengan Shu kat Ivory. Banyak kedai katup so makan western jelah walaupun ngidam tomyam sebenarnya. Wuwuwu TT Anyway kedai ni not bad lah. Sebelah Nazri Tomyam je. Pizza pun sedap. Lamb chop pun lembut, gravy dia walahhhh. Paling sedap aku pernah rasa. Shud try this guys.


Muka gembira tengok pizza tuu tak tahan tuu 😂



Raya kali ni kitorang balik KB naik kereta. Adik aku Mecarah memang dah ada sana so kami berempat je dalam kereta. My carsickness level masa balik kampong ni, aku boleh kata so-so je. Tak pening sangat which is Alhamdulillah, syukur gila. Trafik lancar je sepanjang perjalanan, tak jem sebab tu cukup cukup 6 jam dah sampai rumah nenek aku. Sampai je terus melepet atas katil sebab penat gils. Penat merap dalam kereta tu kira penat yang legit kay. Hahaha. Betul betul sebelum bukak posa, ayah chik (abang mak aku) sampai dengan family dia. Masuk rumah terus berbuka pokoknya huyy untunggggg. Malam  tu, buat rutin biasa iaitu isi kuih raya dalam balang dengan sepupu. Tu jelah haa aktiviti raya kitorang hahah I knowww bosan namateyy. Tak berapa meriah tahun ni sebab sepupu sulung takde balik Peghelih. Sad.



Moga moga tahun tahun akan datang bapakku ada geng lelaki.


Bapak aku request nak bergambar individual dengan setiap anak-anak.
Mak aku tak buat, sebab sibuk melayan tetamu hahah.



Pegi rumah sepupu mak aku dekat KB. Fuh bersepah kucingnye. Kucing berbaka pulak tu. Comel pulak tu. Aku yang penakut kucing pun rasa nak terkam nak gomol hahahaha. So aku beranikan diri, mintak adik aku letak si kemek ni atas riba. Wow. Dia beristirehat punya lama kat situ sampai nak balik pun dia tak angkat bontot lagi hahah hamboih! Aku kidnap kang cute sangat ni!



Gegadisssss #cousins



Sebab eye palette aku dah lama sangat dan rasanya dah expired, aku decide untuk buang dan beli yang baru. Set ni tak murah, tapi murah lagi dari NAKED palette which is RM199.00 dan warna semua nak sama je. Eeeeeeh tak reti lah aku pun. Better ambik yang ada warna lain sikit so aku beli yang ini. Consider cheap, warna pulak banyak yang aku minat. Huyy. Nasib baik expired lagi 3 tahun youuuu selamat duit laki aku nantiii.



Second udon of my life. Yang pertama, kat Korea katenye Seming. Seingat aku lah tak pernah aku merasa udon weh tapi dah dia cakap camtu, ikut jepp. Yang ada nasi tu, sangat sedap dan kenyang. Silap aku amek dua ni sekali hahaha TAPI habis jugakkkssss :P


Tak kuruzz kan kaktonnn TT




Hari raya ketujuh pulak, beraya dengan my baby love. Hujan lebat gila pun tetap ku redah weiiii. Untuk merasa masakan dia which dia cakap khas dimasak untuk orang special. Emmm serius rasa special buehehhe. Sedap gilsss gulai kambing yang dia masak wei! Eh yeke gulai hahha. Pokoknya dok ulang tambah lauk la kiterrr. Pastu dapat tengok gambar dia masa kecik kecik. Awwwss. Sho cute! Tembam comel je. Hehehehe. Kecik comel, besar pun comel, acano???! Masalah besar ni!

Bahaaa. Dasar gedik.


The only picture yang ada kitorang berdua. Love you :)


Open house kat rumah Efa. Anaqi tembun tuuu asyik tiiiidooo je seb bek comel.


Open house colleague kita pulakk. Actually aku dengan Kirah main crash je rumah akak hahahha. Sempat dia masak bihun singapore, sedap gilsss (rahsianya extra sos tiram).


I know, fat. Gahahah.


So begitulah cerita raya tahun ni. Tak ada ape yang significant sangat tapi terasa extra bermakna. I couldn't be more grateful than this. Selamat hari raya to all. Minta maaf banyak banyak kalau ada terbuat salah dengan uols. Kepada yang iols tak dapat nak  maafkan tahun ni, tahun depan cuba lagi kay uols.

*krik krik* *sapa taktau uols itew* 😂


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment