W11: Berpisah





Assalamualaikum.

Haaaa engkoo tajuk macam apa dah hahaha. Takdelah berpisah bopreng gepreng eu takde la kisah macam tu (setakat ni). Ni cerita member aku Ika, ahli geng jemah yang tersadai kat Penang ni. Aku dulu selalu bajet la okay semua 5 orang ni memang akan kekal tersadai kat sini. Hu ha hu ha (beringat dunia kayy) tanpa fikir nobody is gonna leave this island. Ever. Tapi sayangnya not happening la nampaknya. Ika nak balik Perak semula duduk dengan husband dia. Eyy orang ada laki, kena la duduk dengan laki kan. Orang takde laki, duduk diam diam mereput kan. Hahahaha.

Anyway, Rabu lepas aku tengah tekun buat kerja kat ofis. Tetiba Shu telefon "Yam hang free tak malam ni jom pi tolong Ika angkat barang". I iz exzited you know. Sebab ni first time aku tolong member nak pindah pindah ni. At the same time, sedih jugak sebab aku ada firasat macam lepas ni lama lagi baru nak jumpa Ika. Entah entah lepas aku kahwin takkk (entah tahun bila lettew 😏).

Dah balik rumah tu, aku mandi, tengok drama kejap, terus aku pegi amek Shu kat QB lepas Maghrib. Perjalanan nak ke flat sewa Ika ni mencabar motor skill aku weh. Tangan tu kena cepat pulas stereng sana sini. Dah la masuk area bandar pulak tu. Engkorang tahu la kan aku dengan town ni bukan in best term. Aku laaa paling benci masuk bandar even nak pegi Gurney itu hari pun aku rasa duhhhh serabut duhhh duhh. Tapi demi member aku ni aku redah drive ke town memalam haa punya sayang member khauuu (eeekk tamaluuu). Lepas dapat live guide dan melalui segala liku liku jalan yang sempit lah banyak kereta banyak motor banyak pejalan kaki, akhirnya sampai jugak rumahnya. Then kitorang terus angkut barang semua letak depan lif, so ada 15 minit jugak lif tu kitorang je pakai hahah (munasabah takkk flat ni ada satu lif je ish!)

Lepas dah angkut susun barang dalam kereta Ika, dia ajak pegi makan. Aku pun kebetulan kebulor. Balik dari kerja sebelum tu aku jamah nasi sikit je dengan sup ayam sebab dah lewat. Tahu sebab apa lewat? Sebab ralit tengok Bok Joo haha. Haa padan la muka engko Yam ralit sangattt. So seperti mendapat durian runtuh (yeke peribahasa ni??) aku pun okay jommm. Tengok tengok kedai Tomyam depan jalan sana katup, so Ika pun "Wei jom aku bawak makan dengan kereta". Aku ikut jelah haha walaupun macam ermmm wei aku pakai baju kelab USM je weiii macam cabuk gila hahahah. Eh aku suarakan okeiii, pastu dorang cakap alahh kitorang pun cabuk. Hmmkayy cabuk bershama. Ahahahah! 😭

Dah order makanan semua, kitorang settle down kat meja yang ada 3 kerusi, sembang lah ape yang patut sebagai sesi sembang lama yang terakhir untuk tahun ni mungkin (uwuwu TT). Aku tak tahu lah dorang rasa apa tapi aku rasa syukur ada member member macam ni. Yang boleh rely on each other. Girlfriends kan, kena la support men-support. Syukur jugak kenal si Ika ni. Baik orangnya walaupun ada jugak main cakap lepas ja hahaha.

Wei Ika terima kasih jadi member aku, walaupun rasanya dengan aku paling lewat hang berkawan ahakss. Aku harap hang dengan baby sihat selalu. Semoga dipermudahkan urusan kerja, urusan hidup hang lepas ni tambah tambah ada member baru ni. Nanti kami mai jenguk baby InsyaAllah kita beronggeng duduk Ipoh. Ipoh maju! *tetiba*




Area Kampung Dodol yang tak pernah aku jejak selama niii



Our last makan makan together TT


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment