Happiness, Anyone?


Officially taken my friend sorang ni :')




Assalamualaikum,

Sabtu lepas aku dan the gals pegi Ipoh untuk attend wedding Ika, coursemate kitorang yang jugak kebetulan tersadai kat pulau ni macam kitorang hahaha. Aku consider kitorang yang tersadai ni sebagai kawan yang agak baik walaupun dah melepasi zaman hingusan di universiti. Yelah bila semua dah pakat bawak haluan masing masing, yang baik pun boleh jadi macam orang asing. Sedih kan? But that's how life works, unfortunately.

Kitorang gerak lepas Zohor lepas dah ready packing semua. Aku sebagai drebar bertauliah, Wani sebagai co-driver (in case my energy depletes too soon hahah) dan Shu sebagai passenger. Seronok lah travel dengan my gals. Terisi sikit masa lapang yang ada dengan benda berfaedah kalau tak dok melepet depan TV tengok kartun taknak keluar rumah. Heheheh.

Kenduri tu semalam 1 Oktober (Ahad), dan plan asal ialah pegi terus ke Teluk Intan tanpa stay kat Ipoh. Pastu mak aku cakap, capek lah camtu kang pegi balik dah 6, 7 jam. Aku fikir, aku ni takdok suami yang boleh paksa jadi drebar (bahaaah!) sah sah la aku yang drive dan aku yang akan penat nanti. So ok, kita pi awai pastu tido semalaman kat Ipoh why not kann. Boleh jenjalan Ipoh yeayyyyyy I izzz happyzzzz XD

Satunya yang aku suka pasal Ipoh ni, sebab Ipoh aman damaiii je bila hari minggu (from my own POV). Tak sesak. Pastu banyak kafe yang kita boleh try, tak macam kat Penang ni. Banyak jugak tapi banyak yang tak halal langsung. But Ipoh has plenty of cafes. So memandangkan kita dah mai ni kena lah pekena Konda Kondi Cafe famous yang adik aku suggest tuari. Sedap katanya.

Serious weh, memang sedap dan murah.

Lepas makan meal besar, makan aiskrim pulak. Alah dorang bukak stall tepi cafe ni je. Freddo namanya. You know, yang aiskrim gulung gulung yang dok naik sekarang tuuu. Sedap gilsss murah gilssss! RM4.50 is acceptable. Ko boleh pilih 2 lagi condiments nak letak atas aiskrim tu tau haa murah tak murah. Memandangkan perut dah kenyang, moh jalan jalan di Kinta Riverfront. Aku siap search lagi tempat menarik kat Ipoh ni hahaha. Yang ada tinggal Kinta Riverfront, tempat lain elok pegi waktu siang. Kinta Riverfront ni boleh tahan ok la, ada kedai kat tepi tepi sungai. Tapi yang paling penting! Ada basikal. Aku teringin gila nak naik so ajak dorang amik basikal yang 3 seater. Sewa RM15 untuk setengah jam + RM10 deposit, mahal la bagi aku tapi redah je pasni tak naik dah haha. Pertama kali kitorang semua naik 3 seater, sangat mencabar fizikal hokey. Aku ni dah la tak reti balance, so aku duduk belakang or tengah (gilir dengan Shu). Wani permanently duduk depan sebab dia paling reti dan paling kuat sekali ahaha. Kena kat aku kalu, tak bergerak ler kiterrr bahaa XD Jangan main main dengan 3 seater ni. Ko kayuh 30 minit, ko akan rasa lapar dahaga semua, siap berpeluh macam work out abs Jillian Michaels (hamboih!).












Tido atas beskal ke maklonggg :P


The next day, kitorang gerak ke Teluk Intan dalam pukul 10 pagi. Sampai sampai je kampung Ika, kitorang terus masuk rumah jumpa pengantin. Talk about 'tak reti bawak bertenang minum ayaq dulu lepas sampai' huh. Hahahhaa! Lawa sungguh pengantin kita ni. Biasa orang akan kata sebab mekap seseorang tu boleh lawa kan. Nonono bukan suma camtu. Memang dia berseri masa jumpa nak ambik kad jemputan kahwin itu hari. Senyuman tu, tak pernah lekang dari muka dari waktu mekap sampai la bersanding. Awwww. Happy. Bahagia. I can feel love is in the air. I feel that she has found her life. And I feel absolute happiness for them both.

To my friend, Ika Sunar, congratulations on getting hitched. Akhirnya ko bahagia jugak nyah lepas ape yang ko dah lalui dulu. Semoga dikurnia bahagia di samping suami, jauh dari gangguan orang yang iri dan hidup aman damai selalu :)


Spending time with those who give me strength and positive vibes is just an unbelievably happy moment. Syukur ada kawan kawan yang ada untuk support aku, dan untuk aku support dorang. Only happiness I wish for these people.

Ah! Oktober dah weh. Tazzabar nak tunggu tahun depan. Wheeeeeee *menari nari*


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment