Europe, Here I Come! - Part 3: England





Assalamualaikum.

Hari Sabtu 20 Ogos, hari kitorang tinggalkan Amsterdam (dengan hati yang hiba I is rindu Amsterdammmm TT). Bapak aku beli tiket Eurostar dari Central Station masa hari kedua holiday. Ada nak lebih 100 Euro jugak untuk satu kepala sebab masuk England. Aku sabor je taknak convert convert haha buat sakit hati. Nasib baik bapak aku memang dah letak dalam bajet dia siap siap, so expense untuk Eurostar ni memang expected dah.

Dari Central Station tu, family semua nampak tenang tenang aje sebab still pagi, orang pun takdelah ramai sangat nak naik train tu so takde renyah renyah. Train berenti kat Rosendaal, kemudian naik train lain stop dekat Brussels station. Station dia besar gila serious boleh sesat hahaha nasib baik ada navigator aka bapak aku :P Kat Brussels, ada satu area khas untuk Eurostar passengers. Sebelum masuk area tu kena go through imigresen, spot check luggage, etc, macam yang kita kena kat airport selalunya. Sama je prosedur dia cuma end up kita akan naik train, bukan airplane.

Eurostar sangatlah panjang, aku rasa ada lebih dari 10 koc kut? Selesa, ada wifi, ada orang tolak troli jual jajan dan minuman. Ramai jugak naik Eurostar, semua pakat turun kat London. On the way tu, ada lalu France, menurut kata kapten lah. Sepanjang kat France tu, nampak ladang kering je hahaha. Tapi menarik sebab rumput kering tu dia roll sampai jadi besar. Something new to be seen.


See that tripod stand on my left shoulder? Jenuh dok bawak akhirnya tak pakai pun. It's like bringing a gun, hopefully people don't see it as a gun hahahaha




First vegetarian food of my life, had it in Europe how cool is that ><










Day 2

Woke up with the semangat to meet the Queen. Bahaaa as if she's my friend who I can meet whenever I want kan :P We had (first and last) breakfast first at the hotel (which I don't really encourage to do so unless your stay includes breakfast. Ours was not, unfortunately). Big breakfast for big tummy, they say. Hahahha. Pastu bapak aku sebagai nahkoda kapal G.O (stands for Girls Only *chuckled*) pegi cari kedai untuk beli kad bas merah double decker tu. Alah sistem sini pun lebih kurang macam Amsterdam, kena beli kad dulu, dan boleh pilih nak per trip ke, per day ke, others. Bapak aku amik per week teroih dia memang tak suka benda renyah renyah ni. Senang gila travel dengan bapak aku nan sorang ni.

Kitorang takde itinerary langsung sebenarnya untuk trip EU ni especially UK. The day before baru bapak aku announce ok gais besok kita nak pegi ke tempat ni. Aku pun takdelah risau sangat pasal planning sebab dorang lagi tau area UK since pernah duduk sini. So wat lek wat peace jew.

Anyhoo, hari ni bapak aku bawak kitorang pegi Buckingham Palace dulu pepagi buta ni (pukul 8.30 is pagi buta hemmkayy). Sebab ada upacara Change of Guard, kita expect ramai tourists. On a Sunday. Jangan ingat semua orang sibuk jaga anak bagai. Tourists masih bersepah sepah kat England ni even berasak-asak depan gate palace ni omg berpeluh ketiak hahaha. I think because it is summer. Supposed sejuk gila tapi panas sebab berhimpit dengan orang. Mat salleh ni memang banyak haba I kenotttt.

Lepas dah tengok upacara tu, kitorang gerak ke tempat lain tanpa arah tuju. Berjalan menonong je ke arah Victoria Station. Saja nak tengok London kan. Ko naik bas aje, ape je ko nampak kan so kena jalan sikit. Pastu bapak aku ajak pegi Madame Tussauds kat Marylebone Road. Tempat ni..emm camna nak kata ye. Sesak memang sesak. Kena beratur lagi untuk beli tiket untuk orang yang takde buat online booking. Pastu nak tangkap gambar dengan wax figures yang famous famous pun, agak payah ko kena bertolak bertepis bagai dan kena cepat, takleh lembab lembab je respon ko. Tapi seronok sebab in the end ada tour pakai keretapi mini. Hahaha. Bapak aku pun macam tak jangka. Dia mula tu rasa bosan la hekeleh ada wax je ke akhirnya terkesima dengan tour keretapi tu. Once in a lifetime pegi Madame Tussauds. Tak pegi dah lepas ni even kat negara lain pun hahaha. Not totally worth it for the second time.

We ended our day with Madame Tussauds. Penat sungguh, by time balik petang tu, kena naik cab sebab nak balik cepat hahaha camni la travel dengan family I niii semua cepat letih. Lepas dah rehat petang tu, kitorang adik beradik gerak ke Bayswater (jalan kaki) untuk jumpa dengan amoi cantik ni, Jessie. Kebetulan jugak Jessie bawak family dia jalan jalan kat London ni, so Joanne, adik dia ada sekali dan kawan dengan adik bongsu aku. Jauh gilsss reunion kitorang kan. Only in London. Hahahaks :P So kitorang pegi cari cafe untuk minum, makan kek. Mula nak pegi Starbucks. Tapi Starbucks Bayswater ni agak menyedihkan. Kecik gila dan ramai orang. Sangat tak convenient. So kitorang jalan atas sikit, jumpa satu kafe yang tak ramai orang. Seronok dapat catch up dengan Jessie. Rasa dah setahun lebih tak jumpa sebab dia further Masters kat Oxford.
























Macam mimpi jadi realiti untuk bapak aku. Happy gila dapat bergambar kat sini hahah. Balik rumah sambung tengok Jamie XD








See that queue!




Tak kenal dorang berdua belakang tu, pastu bapak & adik beradik aku marah sebab tak kenal atlet famous. Hahah sori lerrr I reti kpop jewwww


Misi adik aku mencari Zayn terhenti di sini. Oh please tak sama pun Zayn tipu dengan Zayn betul hahahhaha!


Bapak likes Beatles the most here :)


Tak bawak baju lebih untuk Riri. Nampak macam sejuk je :P


First subway experience, at Baker Station. First and last sebenarnya hahahha


Amoi and I :))


Day 3

Intention ke England ni pun sebenarnya sebab mak aku nak setel kerja dia. Pagi ni, kitorang gerak ke Imperial War Museum London. Kitorang separate dengan mak aku, dia pegi bahagian office or library untuk buat kerja, so kitorang ambik peluang ni untuk tour muzium. Besar baq ang. Dan banyak gila benda menarik ko boleh tengok dan tahu kat sini. Aku suka gila muzium ni sebab interactive. Ada benda yang boleh touch, boleh cuba, boleh ukur, etc. At least takdelah bosan sangat asyik nak kena baca reading materials je kan. This is something that our museums can try to improve number of visits.

Lepas tour muzium, kitorang ke London Bridge. Naik bas sekejap, pastu kena jalan kaki supaya dapat tengok bridge dengan lagi dekat. Ah..tercapai hasrat. The bridge is such an amazing monument. Beautiful and scenic, tak tau nak kata camna lagi hahah. Then kitorang turun sampai hujung sana, untuk tengok bridge dari side lain. Again, amazing.

By time patah balik ke muzium tu dah petang, sudahnya kitorang tunggu mak aku habis keja dia sambil makan roti, ice cream, tengok movie, etc dekat taman muzium tu. Banyak sungguh visitors yang bawak anjing jalan jalan kat taman tu haha haku stress je. Takut kena gigit kang celah mana nak cari sabun samak tu kan. Tskkk. Tapi anjing dorang semua baik baik. Siap makan ice cream lagi hahah. Kita tak kacau dorang, takde la dorang nak kacau kita. Siap eye-to-eye lagi dengan satu dog tu sebab baikk gila. Lepas mak aku keluar dari muzium, kitorang gerak ke Bayswater dengan naik black cab. Aku rasa ada lebih 4 kali dah naik cab setakat ni hahhaa sebab jenuh lah nak naik bas, kena berjalan lagi pegi stesen dia. Tak convenient especially untuk parents aku. Letih oih. So black cab lah solution kitorang. Memang agak costly, tapi banding dengan penat tu nanti, cost tu takde ape pun. Gitulah pemikiran kitorang satu family. Bapak aku ajak makan fish n chips yang wajib try dah alang alang ada kat UK. UK kan famous dengan fish n chips. Di Bayswater ada satu restoran arab yang jual fish n chips, of course tak original macam kedai yang old school tu tapi this is acceptable. Kata nak yang halal kannnn. Tapi sedap lah fish n chips dorang, besar gila ikan. 2 ketul pulak tu. Chips dia, takyah cakap, lagi lebar dari jari aku yang lebar ni. Dan ni jugak first time aku merasa mustard. Aku suka!! Spicy dan shedappp.

After we had our lunch, we went back to the hotel and conked out. Yes, the right word to describe our state after walking for so many 'miles'. Buahahah. Maleh bona nak jalan yo :P




They said this was used during war. It was put in a secure room, people hid inside to avoid from stricken by bombs. So sad.














Day 4

Day 4 was pretty magical. Hahaha gedik en magical bagai. Tapi aku suka, sebab banyak buat aktiviti hari ni. After breakfast, we headed to London Eye near Parliament Square. Near to Big Ben too. Parents aku tak ikut naik sebab scary bagi dorang. Kitorang rilek jee hahaha. Mungkin sebab muda lagi so takde rasa apa. Tiket tu agak mahal, between 15-20 pound tak silap sebab nak fast track punya queue. The line was crazy long, tak sanggup lah aku nak tunggu line biasa tu so bila masuk fast track, we saved a lot of time. Masa naik tu, ada dalam setengah jam la stuck di udara. Rotation dia slow je haha haku pun boring. Takde benda pun atas tu. Setakat nak merasa the hype of London Eye je. Gambar kitorang adik beradik ni ditangkap by a gentleman. Gentleman di sini bermaksud orang tua ya. Idk, orang tua mat saleh yang aku penah jumpa semua polite. Suka tolong walaupun dengan foreigners. So jadi bersemangat sikit nak travel tu. Haaha entah ape ape engko yamm.

Dah turun dari London Eye tu, kitorang gerak ke Sea Life London Aquarium. Jalan kaki je dalam 2 minit dah sampai memandangkan sebelah menyebelah. Harga tiket ada dalam 20 pound sekepala. Mahai kannnn. Akuarium bagi aku, mana mana pun sama je. Ikan, haiwan laut, tumbuhan laut, etc. Itu jelah hahah. Tapi boleh lahh, dapat merasa the hype tu dengan family. Yang paling aku suka, stingrays. Omg boleh takk cute sangattttt. Aku taktau lah stingray ni memang mulut dia camtu ke, itu perasaan aku je ke, ape. Yelah takde pulak aku nak kaji rupa normal stingray time tu. But I swear, stingray tu senyum kat kitorang gahahahah. Tak lokek pulak tu. Gwiyowooooo...walaupun ada possibility tu memang rupa dorang bahaaa  >.<

Sebelum balik, parents aku bawak ke British Museum. Sekali lagi, naik black cab hahahah eeeei pemalas la kitorang suma niii ;P Ni muzium paaaaling besar aku pernah visit, serius! Sempat cover bahagian Egypt je, tu pun takdan nak habiskan sebab dua level kalau tak silap haha hadoi jenuh laaa. Kalau nak spend masa kat sini, I think it would be good if you use half, or a day at least. Great things about history is..history is interesting. Walaupun parents aku aliran sejarah, dan aku ni tersasar jauh, tapi aku suka gila dengan sejarah. Tengok History channel kat TV pun aku boleh spend berjam jam just untuk sejara China, terracotta especially. Definitely coming back to this place. InsyaAllah.













Tak dok diam lah baby ray ni orang nak tangkap gambar pun payah


Fatties!


Ni sebenarnya skrin. Kolam tu memang ada tapi bears tu 3D ke apa, aku pun taktau nak cakap macam mana haha. Pokoknya pakai teknologi lah.












Mah baby boo, got it from the aquarium gift shop. Haha so buncit so bulat so gemuk so gwiyowo >.<



Day 5

Semua bangun dengan penuh semangat kesukanan, again. Setiap hari pun semangat kesukanan tinggi ahahahah. Parents aku dah warning awal awal yang hari ni akan jadi hari yang panjang, indeed it was. Kitorang bangun awal gila lepas subuh memang tak tido dah. Btw subuh dorang pukul 4 PAGI okeiii hahaha jenuh bangun laloq laloq. Lepas breakfast roti yang mak aku masakkan dan bekalkan, kitorang tunggu kat hotel depan hotel kitorang ni sebab bas akan ambik orang yang join package tour Bath kat sini. Lepas semua dah naik bas, turun pulak kat tempat lain, which I don't know what's the name of it hahah tak membantu langsung itinerary aku ni bahaa :P Macam port untuk bas tour la lebih kurang. Then, kitorang gerak ke Bath. Ambik masa nak dekat 3 jam weh jangan main main..jauh gilssss. Dah masuk jam kedua, aku dah gerun dah sebab dah mula bussick omg I feel so weak hahaha. Bussick pun hado ke Yammm TT Sudahnya most of the time aku terpaksa tidurkan diri. Dah jejak tanah Bath tu baru la rasa segar. Ehhhhh mengada ngattt -..-'

Sepanjang perjalanan tu, dapat jugak tengok pemandangan countryside. Biasanya tengok kat TLC, kali ni dapat tengok sendiri. Their countryside is so so so so so beautiful. Tak terkata cantik dia. I mean..padang, ladang, rumah buruk je pun tapi cantik la bagi aku. I've been wanting to see countryside mat saleh ni, hasrat tercapai jugak.

Boleh takkk rasa nak pindah migrate la la tu jugak. Haha gedekk.

Dah sampai kat Bath, Nigel, tour guide kitorang bawak ke Roman Baths. Admission fee tu dah termasuk dalam pakej tour so takyah bayar dah. Dorang bagi satu phone, boleh dengar explanation untuk setiap bahan tinggalan dalam Roman Baths tu. Semua tinggalan tu ada nombor sendiri. So ko tekan nombor kat phone, ko akan dapat explanation untuk nombor tu. Baguih kannn. Roman Baths ni agak menarik. Takde benda pun, setakat kolam je tapi ada la tinggalan zaman dulu macam batu bata, air, etc. Takleh bayang mandi bugin ramai ramai kat sini eeek I izz shy even dengan perempuan. Tapi seronok la, something new to be seen and learnt here.

Lepas dah tour Roman Baths, kitorang jalan ke Circus, kemudian ke Royal Crescent. Jalan kaki je area ni memandangkan semua tourist spot pun dekat dekat. All in all, Bath is such an amazing place. Banyak tempat yang still untouched, aman damai je. Semua benda ada kat sini walaupun nampak macam desa gila hahaha. Jangan pandang rendahhh.

Our last stop before headed back to hotel was Wiltshire, England where we saw Stonehenge, a mysterious monument must be seen before you die. For me la haha. Aku jangka batu batu tu besar la kan, sebab dalam gambar semua nampak besar. Sekali tengok..eh kecik ni je? Hekeleh. But somehow, I wanted to know what happened to these people who built the Stonehenge. Where were they buried? How did they live and survived this secluded place. Gersang weh. Takde ape pun. Just satu padang yang sangat luas, takes miles kut.

And my curiosity died there, lepas balik tak ambik tahu dah ahahah. Nanti lah dah free nak buat research sikit. Ouiiii I likeee :)

Dah setel tengok Stonehenge dan beli souvenirs, kitorang gerak balik ke hotel. Again, 3 hours so I basically died in the bus, tahan muntah bagai. Hahahaha. Redho je la aku pun.


Roman Baths




Nah koser pulak aku nak pegang hahah






See this odd-looking houses. They said long time ago the royals needed money from the people for their expenditure, so they charged tax on windows. WINDOWS OK! So that's why quite a few houses had windows but then closed them with bricks.


Circus






Day 6

Hari terakhir ni, mak aku decide untuk buat kerja dia sikit dekat Oxford. Dah alang alang tu, jenjalan sekali lah. Kitorang gerak ke stesen bas Bayswater, then gerak ke London Paddington untuk naik train. Kat railway station Paddington ni, kena beli tiket train GRW kalau nak ke luar London. Per head aku tak ingat berapa pound. The train was cramped with hoomans. Ramai gila! Kitorang takde tempat nak duduk pun for the first 30-40 minutes sebab penuh eh lenguh jugaklah kaki aku weh. Lepas tu ramai start turun untuk ke station lain (agaknya lah) cepat cepat kitorang sep tempat. Lega sekali dehh. Sempat tengok pemandangan desa di England. Cantik, serius cantik boleh nangis tauu TT

Sampai kat Oxford tu, kitorang naik bas menuju ke Bodleain Library. It was a huge library tak pernah pernah aku tengok lib sebesar ni. Then kitorang tinggalkan mak aku untuk buat kerja, headed to buy hop-on-hop-off ticket, seperti biasa lah. Senang nak tour city. Oxford ni bagi aku takde benda sangat pun. Ada Jessie je. Hahaha oh yaaa Jessie kawan aku tu, dia study kat sini laaa. Anyway, Oxford tak macam London, tak bingit dengan kenderaan, sunyi je. I like it alot aku boleh bayang dah tua nanti duduk kat Oxford jew. Amboih cita-cita nak jugak tinggi tara tu kan hahaha. Aku suruh bapak aku duduk sini dah bersara nanti, dia kata first week je dah habis duit simpanan hidup dia ahahah. Paham lah, mahal kalau duduk England ni.




See? Very the sesuai untuk pesara. Hahaha






Day 7

Last day is also our departure day to Malaysia. Again, bangun pagi untuk check barang, takut tertinggal. Lepas bersiap, naik black cab (again) untuk ke Heathrow Airport. Yang agak jauh dari hotel ughhhh ape pasal lah semua tempat jauh jauh niii TT  Before we departed, we had breakfast at one of the cafe. Makan roti jee alah untuk alas perut. Aku tanya kat kaunter, roti sekian sekian ni ada lard atau pork ke. Sebab ko tau lah kan dorang ni besa guna lard nak bagi sedap lah ape lah. Laki tu pandang aku pelik je hahaha peduli pulak haku asal dapat makan dengan selamat sudehhh. Anyway this airport is kinda strict, lagi lagi masa nak check-in. Berapa puluh kali aku bukak tali pinggang hahaha hadoi lah. Even rantai pun kena bukak kut. Kesian satu mak arab tu semua accesories kena tanggalkan. Kesimpulannya kalau travel, tak usahlah pakai beria sangat. Simple shirt and jeans dah cukup dah untuk long flight. Selesa pun selesa, convenient pun convenient.








England is much better, pricewise. But Amsterdam dominates when it comes to beauty. All in all, we enjoyed our holiday. Letih camna sekali pun, sama sama sebagai satu keluarga so takpalah, kowtim lah. Hahaah. Hope dapat datang lagi, cuma pegi ke tempat lain pulak lah kan. Bosan jugak datang tempat sama je hahah. See you again Amsterdam & England!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment