Over Food

Assalamualaikum.

Ummmmmmmmm. Aku pun tak sangka diriku begini. Hahahaha. Tapi semalam, pertama kali dalam sejarah hidup 'cry over food'. Macam...tak patut tapi yeah, memang menangis sebab makanan. Haku dok tulis ni pun rasa kelakar tapi harus dicatat untuk tatapan somi. Bahaaa bayang somi pun tak nampakkk acano? Anyway semalam rasa letih gila, banyak kerja aku setelkan dalam short time span. Hari Jumaat memang camtu, rushing satu macam. So memandangkan aku tau ada pasar malam, aku dah target 100% ok hari ni nak beli ayam goreng untuk self reward. Whaaaaat? Ayam is good whaaaat. Not bad lah kan? Dari dok mintak benda benda aneh macam rantai, cincin seketoi, melampau pulek. Plus aku pun tak koser nak melayan kehendak diriku yang sebegitu rupa tebiat je lebih. Hahahhaa.

Ok takpelah, target beli ayam sedap tu kat pasar malam lepas balik keja. Dalam hati ni dah kosong, tinggal ayam je. Hahahha. Omg rakus gila sampai hati pun dikosongkan demi ayam -.-' Tapi yelah aku kalau dah target nak makan something, itu je aku nak tak kira jauh camna kena berjalan atau bayaran dia janji perut gembira dan hati pun senang. Dah siap keja, pecut menuju ke pasar malam favourite yang aku takkan pernah malas untuk pegi. Tapi nasib aku pun tak berapa baik, balik rumah dengan plastik yang takde ayam goreng. Sedih. Hiba gila rasa hati tu. Kita nak makan ayam goreng, tengok tengok ayam goreng takde. Masa set up pinggan semua, aku tercebik cebik sorang sorang kat dapur. Aih? Ni air mata ni? Ape pesen pulak ni?

Then barulah aku tahu. Sebab aku ni nakkkkkk sangat makan, dah plan nak beli, dah berangan nak makan, tiba-tiba pulak takde, maka secara automatik aku rasa frustrated, rasa marah, rasa sedih. Sama macam bila aku nak someone, dah bagi yang terbaik, tapi tak jadi macam ape yang aku nak, aku jugak rasa benda yang sama.

Aih. Pelik pelik dah tua tua ni.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment