Raya 2016

Assalamualaikum.

2-weeks delay is so so lame I knowwww arayooo. Tapi sebab takde masa langsung lepas raya tu, kena delay jugak heee.



Bulan puasa itu hari, was a normal, quiet Ramadhan month for me. Macam normal days je sebenarnya tapi upgrade sikit sebab puasa, buat aktiviti bulan puasa. Bila dah tua ni, nothing else matters to me dah melainkan myself and my family, also my relationship with my close friends. So I enjoyed every seconds with these important people walau renyah camna pun aku kat dorang hahahah. Yasssss I is a renyah person bahahah :P I feel so so lucky to have these people. Sangat berbeza dengan aku, pemikiran tak sama langsung, tapi kita tengok kat hati. I know they are all kind people. Moga moga baik baik aje semua kawan-kawan aku yang comey comey ni, panjang umur, murah rezeki, bertemu jodoh yang baik. Three are already taken btw. Tsskk. Sebaks T.T

I'd better plan for the whole group bachelorette party. Sekali harung hahaha omg cheapskate sungguh!


Ouh ya. Aku tak selalu keluar pun masa bulan puasa tu. Pegi cari baju raya pun dua kali (berturut-turut) je sebab malas dah nak mencari baju yang saiz fit dengan aku tak kunjung tiba. Don't get me wrong, I turun berat (sikitttt), tak naik berat macam tahun tahun sebelumnya. Tapi entahlah, manufacturers sekarang suka nak buat baju kecik kecik mana lah nak muat dengan rangka ku yang bezzzzarr ini. So memang give up dari awal. Cari baju untuk travel nanti saje dah sufficient. Lepas tu keluar buka puasa with the girls pun twice saja. Very the pemalas dan tak aktfi kan. Hahaha.












So! Raya! Raya raya raya. Tahun ni raya kat Kota Bharu memandangkan sepupus, family yang lain balik sini jugak, so abah kata next year jelah raya kampong dia walaupun tahun ni turn kampong abah. Bukan senang nak berkumpul semua macam ni jadi abah kasi chan. Hahahah. Tapi aku tau abah tak kisah pun mana mana asalkan anak beranak dia lengkap. Meskipun sure lepas ni bila balik Pahang, dia akan sambut besar besaran hehe. Untuk raya tahun ni, aku ambik cuti dua hari saje. Pekerja ape lah aku ni kan berdedikasi tak bertempat. Orang lain semua cuti direct seminggu, aku terkial-kial kerja hari Isnin tu. Aih. Nak buat macam mana, nak simpan cuti tahunan punya pasal. Tapi tak kisah sangat pun, takde banyak kerja Isnin tu sebab semua company dah start cuti, so aku duduk goyang kaki online jela hahaha. Anyhoo, Selasa pagi kitorang bertolak balik kampong. Perjalanan smooth sailing, takde insiden muntah memuntah macam tahun lepas sebab bapak aku yang drive hahahahah yessssss! Then malam tu lepas bukak posa, kitorang adik beradik, dengan sepupu aku dan suaminya pegi singgah pasaraya kejap untuk beli air minuman dan barang lain. Rumah nenek aku ni sentiasa ada masalah dengan air. Takde air lah, air merah lah, apelah. Pernah sekali tu, aku nak cuci muka. Memandangkan lantai dan dinding toilet warna merah gelap, tak boleh nak nampak warna air. So aku konfiden habis lah air takde masalah, cuci muka macam biasa tanpa tengok air yang aku tadah kat tangan tu. Sekali bukak mata, air merah koooooooo. Bertempiaran aku lari dalam rumah cari air mineral hahahaha. Nasib baiklah wajahku masih licin (puhahahaha!). Aduh lah Kelantan ni. Bila sistem pengairan nak maju niiiiiii.

Malam tu jugak, aku tak boleh tido. Excited ni esok nak raya ni. Semua bekas kuih dah terisi, pinggan mangkuk cawan dah tersedia, lauk dah dimasak. Rasa lengkap dah tunggu besok je. Perasaan ni mesti ada setiap kali, tak pernah miss so ku terasa seperti seorang budak kembali walau fizikal tak berapa nak budak. Mak budak hadoo muhuhuhuu. Sepupus sekalian pun semua tido lewat, dengan anak sepupu sekali. The kids (Fahim & Adlina), peh, mata ape entah dorang ni pukul 12 pun tak tido lagi celik je tengok TV. Aku pun naik heran. Kalau time kitorang dulu, mak aku mesti dah sogok suruh tido esok nak raya nak pakai barang kemas (rantai jewwww) lagi. Laaaagi kitorang excited nak tido hahah I know we were weirdddd.


*mata bersinar*


Rendang mak aku, DA BOMB. Sepuluh kali tambah pun tak bosan mihmih XD


Biarlah macam ni lama sikit kan :)


Sepupus.


Hari raya pertama, macam biasa bangun ready solat raya. Lepas dah makan, bermaafan, tetamu mula datang. Kali ni memang penuh rumah weh haha aku tak tahu ni semua buat meeting kata sepakat akan balik KB tahun ni ke ape. Nasib baik aku memang ready duit raya lebih. Tskkk. Then waktu orang dah ramai, aku masuk bilik, cari tripod terbest di abad ini yang dijual dengan murah dekat Harvey Norman itu hari, pasang kat ruang tamu, buat sesi tangkap gambar family. Pehhh jenuh aku tangkap entah berapa sesi ni. Sesi sepupu lah, sesi laki bini lah, sesi anak-anak bersama mak lah, sesi budak-budak tak reti duduk diam lah. Terasa famous sebentar diri ini jadi dambaan ramai. "Weh nak gambar". "Nanti whatsapp/facebook eh". Famous. Sangat. But still, it was nice to see people gathering here. Takyah ko susah susah nak keluar rumah dah, orang yang datang kat rumah ko hahahaha :P  hashtagpemalasberaya

Hari kedua raya, dah mula melangut kat rumah tak tahu nak buat ape. Kelemahan duduk kat kampong, ini lah dia hahahahaha. Kadang tu sampai mati kutu fikir. Jenuh jugak, aku bukan jenis reti melangut takde entertainment ni. At least ada board game ke, puzzle ke, buku ke. Tak bawak lah pulak semua tu. Haru betul. So keluar jalan sekitar kawasan rumah, tengok bunga, main dengan anak anak sepupu (nasib baik ada dorang ni haaa). Ko bayang selama ni takde pun nak tengok bunga. Tebiat en :P Third raya, kitorang keluar sekejap masuk bandar untuk celebrate birthday bapak aku. Haaa ni pun special. Tahun ni birthday abah jatuh pada hari raya, masa anak-anak semua ada, so aku suggest family untuk makan kat luar. Entah, aku suka Lugano ni, sedap pun sedap, price pun okay (pada aku affordable ler). Kitorang ni jenis celebrate macam ni je, makan sama-sama. Bapak aku happy, the rest of the family pun happy, aku pun happy. Heee.

Lepas makan, kitorang adik beradik singgah kampus USM Kesit (Kesihatan) untuk ambik barang adik aku. So saje lah singgah school dia nak tengok surrounding. Last aku pegi masa melawat dia time 1st year. Uih lama gila dah. Dia ambik kunci dengan pak guard, kitorang dapat masuk tempat dia buat servis gigi. I think this place is so cool. Jadi dentist tu sebenarnya cool #masihbelumterlambatambikdegreebaru #jangantebiatyam






Perasaan balik raya kali ni, rasa berbeza sikit. Rasa macam balik sebagai sorang dewasa instead of budak budak. Entah, nak kata sebab dah berumur ke, atau sebab aku memang dah mature sikit ke, tak pasti pulak. Tapi yang aku tahu, tahun ni memang tahun yang agak berat bagi aku. Macam macam aku dah lalui yang aku sendiri pun tak terbayang akan hadapi semua tu satu hari nanti. Nightmares weh. Tapi makan tetap lalu ahaks :P Seriously, I learnt alot these few months jadi mungkin experience tu bagi banyak pencerahan dan pengajaran so otak pun dah jadi lain sikit.

Lagi satu, aku rasa suasana raya bila dah dewasa ni, lagi seronok in a different way. Masa kecik pun seronok. Ko seronok makan, kutip duit raya, jalan jalan pegi ziarah rumah orang lain. Tapi bila dah tua ni, you value relationship with people. Bukanlah nak kata aku sembang dengan setiap orang yang aku jumpa tapi cuba buat conversation dengan family yang jauh jauh tu. Get connected through conversations, which I tend to do alot nowadays.

Well..glad things change :)



Bulan raya ni, few of my friends got/getting married. Tak dapat nak attend semua jemputan, I can only go to the ones yang dalam pulau je. The nearest is my primary school friend, Sonia. Her wedding was like a gathering for us SKBG girls. Lama gila tak jumpa Sonia, sejak keluar sekolah which is..14 years dah! Nama ja duk pulau sekali kan hahahaha. Anyway that night, I think she's the prettiest bride I've ever seen. Berseri koooo. Wedding pun simple je takde pun over over nak pentas bagai since buat kat rumah dia je. Aku ni kalau tengok wedding simple simple, mula lah nak awe. Hahahaha. Anyway, tahniah to the lovely bride, Sonia and husband, Daniel. Semoga sentiasa berbahagia dalam rumahtangga, dan dapat anak yang ramai I think they will be cute hahaks :P


Kerna ku rasa mekap pada hari tu adalah PERFECT,
especially eyeliner yang susah nak pakai tuu hahahaha XD


The same week, pegi open house Cikgu Azmah. Aduhhh lama gila tak jumpa, since habis sekolah rendah. Yes 14 tahun dah berlalu, duduk satu pulau pun tak berjumpa. Hahaha. I was worried sick, aduh nak sembang apelah ni dengan cikgu. Dengan malunya, dengan segannya. Sudahlah datang sorang haha omg kera sumbang ke apa asyik alone je ko ni Yam hahahahaha. Takdelah, the other girls semua tak boleh datang, ada yang takde kat sini. So aku sorang je available so of course I had to come. Tapi nasib baik lah dapat cikgu yang chatty begini, idok lah aku kekok langsung sebab tuan rumah setia duduk dengan aku teman makan soto walaupun tetamu keluar masuk hahaha. Family cikgu pun turun padang. Ramai weh, bukan satu family je. Masa makan, aku perhati je family cikgu ni. Aku rasa orang Perak ni menarik sungguh lah (yang perempuan ler), cakap tak berenti aku fikir eh tak letih ke haha. Tapi respek la, jauh jauh pun tetap turun padang lawat kaklong kawasan. Kalo aku memang duduk rumah mereput je hahaha omg Yam stop lah berkera sumbanggggg -..-'


Hantu raya buehehhe :P



Anyhoo, Selamat Hari Raya, drive lambat asalkan jiwa selamat *tetiba*. Good Bam!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment