W5: Another Beautiful Memories





Assalamualaikum.

Iffariza dah kahwin guys! Akhirnya! Hahahaha. Dia ni la yang paling lama bertahan, serius. Bertahun dah rasa macam sejak first year kot, atau sebelum lagi. So untuk geng Tekun, 1 down, 3 more to go. Aku dapat rasa tahun depan, ada lagi sorang akan menyusul hahahah. Siapakah gerangannyaaaaa kita tungguuu.

Definitely not me guys!

Anyway, since kita semua tunggu wedding of the year ni (for us lah) dah lama, kitorang semua excited gila sebab nak tengok pengantin mulakan hidup baru, dan jugak kawan-kawan berkumpul beramah mesra anjer anjer macam waktu belajar dulu. Orang kahwin, barulah boleh nak berkumpul macam ni. Kalau takde orang kahwin, jangan harap nak nampak batang hidung or bulu mata haha.

My girls, semuanya tak berubah. Tetap macam yang aku kenal masa degree dulu so I never feel we are getting any older. It makes me happy, because some people change after they end their degree life. But these girls, dok tara tu jugak. Syabas bettey syabas!


Jumaat, 5 Februari 2016

Hari ni, aku kerja dengan penuh semangat kesukanan. Because tomorrow cuti dan kenduri! Semua kerja aku habiskan, takde nak bengang dengan sape sape, kerja tenang tenang aja. Hahahaha. Seharian ni memang aku senang hati dan tak sabar nak jumpa kawan-kawan. Balik rumah, aku siapkan bilik, lepak tengok TV dan laptop then cuba tido sekejap. Tapi tak smooth sailing perjalanan nak tido tu sebab excited sangat ahaaha. Akhirnya tido tido ayam jugak. Bila dah tido kena pulak bangun pukul 4 haha hadoii. Aku rasa maybe aku tak tido sangat sebab takut tak sedar and ter-miss ambik dorang dari stesen bas. Takpelah aku pun takdelah mengantuk sangat esoknya tu. Masih energetic entah mana dapat pun aku tak tau aahaa.



Sabtu, 6 Februari 2016

Lepas ambik Azuani dan Atiqah pagi buta tu, kitorang rehat sekejap. Atiqah tido lepas Subuh, aku dan Azuani lepak kat dapur dengan mak aku bergosip pasal hidup ni. Hahaha. Sembang tak ingat sampailah pukul 9 pagi. Dalam 9.30 pagi kitorang bersiap dan kemas kemas barang, around 10.40 pagi bertolak ke seberang. Malangya, dah dekat SPICE baru aku teringat yang aku tak bawak baju untuk kenduri besoknya. Huahuahuaa. Punya nyanyuk orang tua ni. Sudahlah lewat, Ika dah tunggu kami lama dekat stesen bas Sg. Nibong, terlupa bawak baju pulak. Terpaksa patah balik sebab aku tak sanggup la nak masuk ke pulau balik semata nak ambik baju. So lepas dah ambik baju, kami teruskan perjalanan ke homestay untuk ambik kunci rumah. Then sambung perjalanan ke rumah Iffa yang ambik masa lebih kurang 15 minit dari homestay.

Sampai sampai je kat rumah Iffa, terus kitorang masuk ke rumah untuk jumpa pengantin. Gojes sangat Iffa hari ni! Berseri seri, well biasalah seri pengantin orang kata. Heee. Aku rasa happy tengok kawan sendiri dah bahagia. Tumpang bahagia sekali dan buatkan aku lagi bersemangat untuk teruskan hidup dan tunggu someone yang dah tertulis untuk aku.

Iffa bagi aku, sorang yang tabah. Walaupun dia takdelah nak cerita sangat kat kawan-kawan, aku dapat rasa yang dia dah lalui benda yang sangat berat sebab kahwin tanpa mak dia di sisi. Aku ada pada hari mak dia tinggalkan dunia ni. Takde setitis pun air mata yang aku nampak kat mata dia. Bagi aku, orang yang jenis macam ni bukan tak sedih tapi taknak tunjuk sedih kat depan orang. Umpama biar dia sorang yang tanggung semua sedih dan sakit tu. So bila aku nampak dia senyum bahagia dengan suami disisi hari ni, aku rasa sebak. "Syabas Iffa. Ni waktu kau".

But Alhamdulillah everything went well for her :)

Kami lepak kat ruang legar rumah entah berapa lama. Bersembang dan diselang selikan dengan makan. Aiskrim Malaysia bertukar ganti, roti jala berpinggan pinggan, laksa bermangkuk mangkuk. Hahahaha. Weh makanan kenduri Iffa ni memang aku bagi 5 bintang weh sebab macam macam pilihan ada. Kau ambik makanan dan duduk je diam diam kat meja. Takde orang ganggu atau tengok kau. Even ada teh tarik kot! Orang tua suka lah kalau ada teh tarik ni.

Then nak dekat pukul 5 petang, kami ke Bukit Bintang untuk photoshoot dengan pengantin. Kami pun bukan reti sangat hal hal photoshoot pengantin ni so harap sangatlah gambar lawa lawa belaka. Hahahaha. Aku rasa macam tak je sebab mimik muka aku lately ni ada masalah sikit. Cam retard sikit. Bahahaaa :P

Lepas photoshoot, kitorang berempat gerak ke homestay sebab nak kejar solat. Masa masuk dalam rumah tu, rasa macam, WOW CANTIK GILS RUMAH NI! Semua kemudahan ada, kecuali gas tapi kitorang tak kisah pun sebab takde plan nak masak masak. Dah letih macam ni, elok sangatlah makan kat luar yang sure sure lagi sedap dari masakan kitorang ahahaha. Sementara nak tunggu pukul 8.30 malam, kitorang makan megi dulu. Habis licin empat mangkuk weh jangan main main. Nampak kan kebuluran maksimum di situ haha.

Andddd something good happened tonight. They celebrated my birthday in advance like weehooooo! Post birthday, kita kasi asing. Hehehe.





















Ahad, 7 Februari 2016

So we slept like a log last night. Hahahaha. Letih weh, aku pun tak pasti letih sebab ape. Tapi lega la sikit dapat tido lama pagi ni. Lepas gosok gigi dan basuh muka, kitorang berkumpul kat meja makan dan habiskan stok megi dan kek Secret Recipe yang dibeli malam tadi sambil sambung sesi bersembang malam semalam. Very non traditional breakfast kan hahahahah! But it was such a fun breakfast session that I will never forget.

Dalam pukul 12 tengahari, kami rush ke Seberang Jaya untuk kenduri belah lelaki. Again, makanan sedap hahahhaa. I'm a sucker for good fooddddd now I can see thattttt ><  Kitorang makan dulu, tunggu pengantin sampai then terus balik ke pulau. Dorang semua lepak kat rumah aku sekejap sampailah hantar Atiqah dan Azuani ke stesen bas.

Jujur aku kata, semua yang terjadi dua hari ni memang indah dan membahagiakan aku. Tahniah kepada Iffa sebab dah menamatkan zaman bujang dengan rasminya. Semoga jadi isteri yang baik dan sentiasa bahagia di samping suami yang loqlaq itu. Hahahaha. Dannnn terima kasih kawan-kawan, moga moga kita semua tak boleh move on yeah? Hahahahhaha!







Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment