W51: Kenduri & Trip Padang Besar




Assalamualaikum.

*LONG POST AHEAD*


Kenduri Mira, coursemate aku berlangsung 19 Disember yang lepas di Jitra. Ini kira satu event yang agak besar untuk kelompok management yang rapat dengan dia. Bukanlah aku terlalu rapat dengan dia, tapi selalu lah lepak sama-sama masa zaman nak-hingus-tak-hingus dulu. So kitorang memang ambik serius hal gathering ni dari A sampai Z sebab kira life event yang penting untuk kawan kita. Hahhh serius amende semua last minitttttt hahah.

Ini pertama kali aku organise orang, walaupun tak lah 100%. Kalau nak tahu, organising skill aku memang tercorot sekali. Aku tak dapat skill tu dari mak aku. Bahaaa. Tapi kira satu pencapaian yang aku banggakan jugaklah sebab mungkin lepas ni boleh organise reunion family pulak since trip ni berlangsung dengan jayanya. Lepas tu jadi wedding planner mungkin? *berangan*



18 Disember 2015

Wani dan adik dia datang dari Kuantan, sekali dengan coursemate kitorang, Syafiq. Tabah dorang datang dari jauh, nak dekat Asar baru sampai Penang. Then aku bawak balik ke rumah untuk dorang (the girls jerrr) makan, mandi, solat dan rehat sat. Lepas Isyak kitorang keluar, ke Pesta Pulau Pinang since adik dia tak pernah pegi lagi. Aku mula mula tu excited lah sebab hari tu tak enjoy diri aku puas puas. Tapiii bila teringatkan Vortex tempoh hari, aku jadi gugup, sakit perut, anxious on the spot masa jejak tapak pesta tu bahaaa. Lepas tengok ke-scary-an kebanyakan games, dorang decide untuk main game kereta ni berdua. Aku tengok dari tepi je sebab no way aku naik benda ni. It goes forward fast, then backward. Boleh mengundang muntah nii. Tapi dorang cakap best, so ok lah since they had fun, I had fun too :)

Kebetulan pulak di tempat aku menunggu tu, ada carousel. Oh. My. Aku nakkk sangat naik tapi dorang cakap budak-budak je yang dok naik benda tu. And yes, aku nampak kids dengan parents je so ok batal niat den tapi masih kena ambik selfie sebab tak mai dah ke tapak pesta ni jenuh woi nak cari parkingggg. Kitorang tunggu setengah jam baru boleh masuk parking lot tskk T.T











Pagi Sabtu tu dalam pukul 5 pagi, aku ambik Atiqah dari stesen bas Sg. Nibong. Sakit kepala habaq hang sebab aku tak boleh tido pagi tu, tetiba nak pukul 3 baru ada rezeki nak lelap. Angin kus kus datang hahaha. Nasib baik semua tido sekejap lepas subuh so pening tiada lagiii. Btw, it's gonna be a long day ahead (memang punnn) so kena cukup tido taknak ada yang cranky cranky kalau tak campak keluar kereta. Driver cranky tak apeeeeeeee. Aku yang campak orang, takde masalah kan hahahaha *berat sebelah* :P



19 Disember 2015

Penang -----> Jitra -----> Changlun -----> Padang Besar -----> Kuala Perlis -----> Changlun


Pagi tu, kitorang bertolak dalam 10 lebih. Semua pakat lambat sebab berdandan lama sangat hahahaha. Ini  pertama kali aku drive jauh sikit dari Alor Setar. Dulu paling jauh takat Alor Setar je elehh kacang pis je tu. Excited gila la mula mula tu. Macam ohhh dewasa sudah diri ini dan rasa berkebolehan dah nak drive sampai ke Johor pun. Alih alih... lepas 1 jam lebih kaki aku dah mula rasa nak sepak orang asyik dok tekan minyak je. Eh penat jugak weh travel lama lama memang salute orang perempuan yang boleh drive jauh jauh. Kaki urat dawai!

Lepas bersesat, berhenti kat tepi jalan entah berapa kali, akhirnya jumpa jugak rumah Mira. Fuh sikit punya jauhhhh Kampung Natoi ni rupanya. Dalam Google Maps cakap 1 jam lebih je cis tertipu hakakkk T.T Tapi lega sebab dah sampai, boleh berlunjur kaki ni, boleh makan sedap sedap. Heee. Masa sampai tu, Mira baru je sudah bersiap dan tunggu belah lelaki sampai. Kiranya she's all ours la for less than an hour. Amboi amboi berseri kemahen pengantin ni. Suaminya pun nampak baik, sangat friendly dengan kawan-kawan isteri yang dia tak kenal pun. I'm glad, dia dah dapat bahagia lepas dah lama jatuh dulu. Dia bahagia, aku pun tumpang bahagia :)

Dah selesai makan dan tangkap gambar dengan pengantin (lama gila tunggu datin datin makannnn), kitorang decide untuk singgah tengok lokasi homestay dan terus ke Padang Besar. Tak dan dah nak tukar baju sebab dah lewat. Padang Besar hmm? Bapak jauh dan macam padang jarak padang terkukur. Rasa macam eh aku kat mana ni?? Apsal jalan raya hujung sana macam takde ending? Toilet mana toilet? Scary gila, serious. Di Padang Besar tu, nothing much to do/buy pun. Tapi sempat la aku rembat satu baju hehe. Baju cap Padang Besar pun pedulik hape akuuu asal lawa dan selesa untuk aku pakai. Dan murah. Yang lain-lain, dorang beli barang masing-masing. Tapi semua tak membeli sangat pun. Sekadar nak tengok tempat, rilek rilek, makan angin je kitorang ni.

Lepas selesai berjimba (berjimba sangatt) di Padang Besar, Iffa ajak ke Kuala Perlis pulak. Waktu ni aku dah serupa zombi dan semangat pun semangat zombi. Aku pasrah je haha. Dah lah penat, loya lagi. Aku memang surrender nak bawak kereta jad serah tanggungjawab tu kat Atiqah. Lepas tu lena tak ingat apa. Hehehe. Bila terjaga tu, dah maghrib. Mak aih jauh gila Kuala Perlis ni Iffa kata dekat je. Aku punya stail bila penat, mulalah merungut tapi still ikut je. Sebab tak biasa travel macam ni, it's kinda tiring for me. Tapi keletihan tu terus hilang bila dah sampai restoran di Kuala Perlis. Mengada kan aku ni, kena jejak kaki atas tanah baru nak legaaaa.

Oh no serius aku kena keluar dari kereta baru hilang mabuk. Hahah.

Bila semua dah kenyang, kitorang gerak balik ke Changlun untuk end the day. Memang hari yang panjang bagi kitorang semua since aku tengok masing-masing muka dah selebet je. But anyhoo I'm glad that we had such a great day.

















20 Disember 2015

Gerak ke rumah Mira pukul 9 pagi untuk pulangkan kunci dan say byebye kat Mira dan keluarga. Terhutang budi kat dorang sebab izinkan duduk kat rumah family, kalau tak entah kat mana laa kitorang duduk berhimpit 6 orang satu bilik. Lepas dah keluar dari Kampung Natoi, terus kitorang ke RnR Gurun tanpa breakfast sebab dah lewat sangat takut orang KL dan Kuantan lambat sampai ke rumah. Aku pelik jugak apsal lah kitorang asyik nak lewat je hahahaha. Tapi Alhamdulillah, perjalanan smooth sailing pergi dan balik walaupun aku paling slowwwww omomomo gila kau kalau laju tak pasal pasal kena saman kang. Dah sampai di Penang, terus ke kedai Jeruk Pak Ali untuk yang lain beli jeruk. Then ke Pecel Relau untuk makan tengahari. Ah. Terubat mengidam pecel ayam selama berbulan-bulan ni. Semua orang tau, bukan aku sorang hahahaha.





Aku rasa, Kedah trip ni yang terbaik aku pernah join dengan kawan-kawan. Kita bergaduh masa konvoi, bertelagah pendapat tu, membebel merungut kat satu sama lain tu, benda biasa. Nama pun kawan kan. Dari dulu lagi pun kitorang yang perempuan ni berbalah pendapat je sebab semua keras kepala. Mungkin tak aku sorang sebenarnya? Bahaaa :P Yang penting semua bagi kerjsama dan enjoy setiap moment yang ada walau letih macam nak mamps. Aku yakin, akan susah untuk berkumpul ramai-ramai macam ni lagi sebab tu aku enjoy dan rasa seronok datang ke Kedah kali ni. Lepas ni, konvoi ke rumah Iffa pulak. Ish ceq tak sabaqqq!



*Update 21/12/2015: Ku telah jatuh sakit hahah!!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment