W48: Bye November!

Assalamualaikum.

I think kannn I'm going back to weekly post macam masa student dulu. Awww rindu!

Minggu ni aku mula fikir pasal bekerja dengan produktif. Aku taknak dah lah ada perasaan malas tu. Kadang-kadang rasa macam loser, macam orang takde kerja padahal ada je kerja. Aku terbaca yang kita kena kerja kuat. Kalau kerja tu lebih dari gaji, ada reward dia dalam macam-macam bentuk yang kita takleh bayang. So, aku pun terfikir ok Yam stop complaining, bersyukur ko ada gaji dan boleh pegi tengok wayang 2 kali sebulan.

Ahaa. Yang part last tu kira macam bribe untuk lagi bersemangat nak tunggu weekend XD

Semangat memang kena terus membara, tapi kalau dah takde progress dalam pekerjaan aku rasa elok sangat aku cari peluang baru. So lately ni aku makin aktif di Jobstreet. Ape saje yang nampak bagus job scope dia expecially Payroll/Benefits Analysis, memang aku mohon. Payroll ni something yang baru bagi aku. Takde pun berkenaan dengan Sales atau Marketing so memang aku nakkkk sangat sangat kerja ni. Bukan memilih tau, tapi aku rasa Sales dan Marketing bukan untuk aku. Kerja gomen? Nah. Setakat ni, masih belum perlu kerja gomen. Even mak aku bebel suruh mohon pun, aku taknak. I will stick to swasta for some time.

Serius aku takkan putus asa dengan Jobstreet dan lain-lain medium walaupun banyaklah kena reject atau ignore. Belum rezeki aku lagi, mungkin :)

Hari Sabtu semalam, kitorang ada weekly meeting dengan semua staf YH yang ada. Few of our customers nak tinggalkan kitorang. Bos aku ape lagi, kelam kabut lah dia telefon ofis semua. Kadang tak faham jugak. Memang kerja dari rumah tapi tak salah jugak datang ofis dua kali sebulan paling koman pun. Untuk motivasikan staf, kerja pun jadi laju nanti gerun punya pasal. Staf pun nanti datang awal je. Mungkin dia pun takde motivasi nak datang kot. Since kerja dia pun boleh buat dari rumah. Itulah assumption aku yang paling positif hahaha.






Hari ni pulak, pegi karnival di Penang Turf Club dekat town. First time aku datang tempat macam ni, rasa macam wow! Cantik gila. Aku dengan kawan aku IA saja nak membuang masa sebelum pegi Career Expo di SPICE. Ramai gila orang kat sana yang takleh blah tu, sampai aku boleh bau ketiak memasing sebab jalan rapat rapat je. Gila betul orang Penang ni memang tak suka duduk rumah ke apaa. Cakap kat diri sendiri ke Yamamotoo. Hahahaha. Aku rasa ni kali kedua aku tengok kuda live they are cute as heck! Mungkin boleh mintak bakal suami bagi kuda satu sebagai hantaran.

..sekali dapat kuda kepang dah mengada sangat. Nyiahahahaha :P





Lepas dah berpenat jerih di karnival tu, terus gerak ke SPICE untuk cari kerja baru. Patutlah takde kereta yang park kat tepi tepi SPICE macam selalu. Sebab event dia macam dapat sambutan yang kurang gah. Hahaha. Takpelah, not that bad for me. Aku kumpul banyak maklumat, banyak brochures dan jugak banyak goodie bags hahaha. IA lagi berminat nak teruskan study untuk Masters, tapi aku kurang ke arah tu sebab nak kerja dulu. Dah dah lah menyusahkan parents aku nak bayar akademik aku sampai ke tua. Tiba masa bayar sendiri. So aku tangguh dulu niat nak sambung study dan luaskan work experience. Rata rata tadi ramai yang nak pengalaman 3-4 tahun. Hah see! Aku dah agak dah. Takde experience, takde guna.

Aku berminat jugak dengan Bosch. Gaji of course tak berapa memberangsangkan tapi nak merasa kerja bahagian HR/selain Sales dan Marketing di kilang kilang. Dengar kata kerja teruk. I think that's what I need now. To work harder.

Ah sudah pengaruh Misaeng -.-

Anyway, harap diri aku terus bersemangat walaupun ada benda akan datang dan buat aku nak give up untuk hidup dengan baik. Pesanan penaja tiket wayang. Hahahahah!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment