Egg Muffins





Assalamualaikum.

Hari tu masa buat kerja (ala yang bosan tuuu), aku saja google resipi mudah dan terjumpa resipi muffin tin. Uhummmm.. menarik! Nampaklah satu resipi egg muffin guna muffin tin yang sangatlah senang nak mamps. Bahan pun taklah teruk sangat nak dicari, so ape lagi, moh la masak egg muffin!


--------------------------------------
Bahan-bahan (2 orang):
3 biji telur
1/4 cawan susu
3 camb keju (parmesan/cheddar)
1 bawang kecil
Tomato/cendawan/ikut suka
Ayam (cincang)
1/2 bawang
4 roti wholemeal
Garam
Lada sulah
--------------------------------------



Cara-cara:

1. Cincang ayam, dan potong cendawan, bawang dan tomato dalam bentuk cube.

2. Pan fry ayam, cendawan, tomato dan bawang sampai masak. Ketepikan bahan-bahan tadi.

3. Untuk campuran telur, masukkan bersama susu dan lada sulah. Perasakan dengan garam.

4. Minyakkan muffin tin. Leperkan dan bahagi roti kepada dua. Ambil 1/2 bahagian roti dan buat satu cup dalam lubang gunakan roti tadi. Kemudia masukkan tomato, cendawan, ayam dan keju ke dalam lubang muffin tin. Letakkan campuran telur ke atas bahan-bahan tadi dan tabur keju sedikit di atas.

5. Panaskan ketuhar. Masukkan muffin tin dan masak selama 25 minit pada suhu 200 darjah.

6. Keluarkan dari ketuhar selepas masak, dan biar selama 3 minit sebelum dimakan.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment