Konvo 2014





Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Konvo jugak akhirnya pada 9 November 2014 yang lepas. Hari Ahad yang paling umphh dalam hidup aku setakat ni.

Pagi Ahad tu, semua jadi kelam kabut sampai tak sempat nak berdebar pun. Boleh lagi aku lari pegi giant beli pelapik kasut. Hahaha. Tapi lepas masuk kampus dalam 12+ tengahari macam tu, aku rasa macam nak pengsan. Ada suara dalam hati aku cakap, "ko bukan nak pi menikah, pi ambik ijazah ja rilek wey rilek". Emmph suara hati tak cukup menggoda. Tetap jugak berdebar macam nak pengsan.

Masa dok tunggu pukul 1.30 tiba, memang dah nazak dah keberdebaran (mende??) aku tu. Lepas pakai jubah semua, aku turun untuk daftar nama dan ambil tag. Dah lambat dah sebenarnya, orang lain dah siap ambik dah tunggu masuk dewan utama je. Aku ni je yang baru terkocoh cari dewan kuliah. Segala orang aku rempuh sebab tak ingat dewan kuliah aku tu duk tang mana hahaha.

Lepas tu, semua orang mula masuk dewan. Ya Allah memang tak boleh lupa lah perasaan tu. Sampai tak nak bercakap banyak dengan budak budak marketing yang duduk sama sama dengn aku dek terkedu dan berdebar. Haha. Akhirnya segala lelah terlepas untuk momen ni. Tak kisah dah ambil ijazah 4 saat ke apa ke. Syukur sangat. Kalau boleh tu, nak je aku lompat kijang atas pentas tapi memikirkan (kebanyakan) orang orang kat atas tu tak boleh tengok no manners ni, aku cancel plan. Hahaha.

Dah keluar dewan, aku cari family dulu. Dapat bunga weyy mak aku kasi. Pertama kali ni. Haha. Kemudian sementara tunggu photographer sampai, aku cari cari jugak kawan-kawan. Semua pakat hilang kecewa sungguh. Baru la ingat nak snap snap dengan diorang. Nasib baik pre-konvo ada backup walaupun ramai yang takda. Takpelah ada rezeki kita jumpa lagi.

Banyak lagi gambar yang ada sebenarnya, bukan ni saja. Aku je malas nak mengedit. Kitorang pegi Tasik Biawak sebab photog cakap tempatnya lawa. Aku ikut je asalkan gambar lawa walaupun balik ke kereta tu ada la 1km jugak tu dan berkaki ayam. Bahaa :P Photog of the day, Zul Ilias memang superb. Aku kan tak pernah nak bergambor gambor macam ni, so kekok gila aku sampai tak tahu nak pose macam mana. Dia la yang suruh aku pose macam ni macam tu. Tapi sebab aku ni kaku abadi, kena marah lah weh! Hahahaha. Takpa, there's a first time for everything. Thanks Zul!





















Psss..ku perasan yang ku nampak kuruih. Ku jela perasan. Bahaa :P




To my familia, thank you so much for all the support and tepuk-belakang-takpe-along-we-are-here-for-you.
To mi amor, thank you for giving me strength to stay sane while completing my studies. Pss...do you remember that insane BSG Game we did together? Hahaha.
To friends, thank you for your patience and for sharing many great vibes.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible