Aku Seorang Penganggur

Wei wei sorok sikit double chin penganggur tu~



Assalamualaikum!

Lepas beraya, aku jadi penganggur kehormat. Heeee. Tanam anggur sambil tengok tv. Seronok gila wenggggg!

Cuti menganggur ni takde perkembangan yang best pun. Nope, belum berkahwin. Nope, belum bercuti di tempat yang best lagi (plan punya la baik alih alih kena postpone. Redha je lah aku. Bersalah dah aku kat kawan aku. Minta maaf banyak banyak nyah. Nanti I follow jadual you okey?). Takpelah, mungkin lain kali ada rezeki. Takpe kita tunggu monsoon berakhir ok!


Raya lunch date dengan family.




Hari tu dating dengan girls dua orang ni. Lama gila tak jumpa, lagi lagi Alyaa ni. Dia baru balik dari overseas, dan akan kerja jauh dari Penang so kitorang curi masa sikit untuk dating sebelum masing masing mula kerja nanti. Kitorang gosip tak hengat. Macam waktu hingusan kat sekolah dulu dulu. Eh aku sorang je hingusan. Pengawas mana boleh berhingus, pengawas kena smart macam Alyaa. Teringat dulu, aku sokmo terlupa potong kuku. Kalau pagi pagi nak ada spot check, Alyaa akan cakap kat kitorang. Memang dia tegur tegur kalau buat salah, tapi kawan kawan, boleh kowtim ma. Kitorang pulak yang buli dia suruh kowtim. Hahaha! Awww. Rindu life tu. To my girls, walaupun kita tak kerap contact untuk tahu perkembangan masing masing, I still wish you girls the best of luck. Kerja baik baik lepas ni noh. Next year boleh tukar tukar duit raya. Hang bagi aku, aku bagi hang. Gituuu. Hahaha.



Ke pantai lah  kite!


Eeee ape ni! Orang hensem mana boleh hisap pacifier! Tapi takpelah, tetap suke dan rindu awak!

Atotoooo. Comel gila tembam ni. Kitorang balik kampong kejap untuk bawak nenek aku operate katarak (ade jugak orang melawak masa aku cakap pasal ni. Ish ish). Masa ke Pasar Siti Khadijah cari baju kelawar dan batik, baby ni berkeliaran dekat kedai dengan basikal merah dia ni. Lepas tu datang ke kerusi tempat kitorang menunggu, tunjuk mainan dia, tunjuk basikal dia. Pertama kali tengok baby lelaki yang lawa macam ni. Baik, tak banyak meragam. Aihh. Ada kemungkinan tak dulu Izzue Islam rupa dia macam ni? Bahaaaaa. Masa dia sibuk tarik perhatian kitorang, bapak aku cakap besar nanti mesti baby ni jadi heartbreaker dan mulut manis. Well. Tak sangkal kebanyakan lelaki Kelantan memang macam tu, lagi lagi kalau hensem satu macam. Harap harap tak lah kan sebab budak ni hensem satu macam la untuk sorang budak. Hahaha.





Pi KMPP masa bila entah tarikhnya. Syok gila. Walaupun aku tak banyak benda nak dicakapkan dekat lecturer. Malu gila wengg crash raya partayy! Kite pemalu sikit orangnya. Ihikk >< Anyway, hari Khamis tu ada jamuan raya di kolej so sesiapa yang dekat dan tak sibuk dijemput datang oleh Cik Laila. So datang lah kami bertiga saja. Tapi ok apa. Dapat makan makanan dari kelas lain (ada sorang student tu peluk tangan aku ajak makan, gila terharu), dapat sembang sembang. Walaupun cuaca panas terik gila masa orang sibuk nak beraya tu. Tapi tetap seronok. Paihtu balik sakit kepala. Hahaha. Seronok sangaaaaat :P




Minggu lepas. Ini paling jauh aku pernah drive. Dengan sesatnya, dengan panasnya, dengan Waze tunjuk jalan bapak jauh. Ah geram aku. Boikot Waze lima hari -..- Lagi satu, biasa aku drive jalan besar, lebuh raya. Tapi ni masuk ladang kelapa sawit lah jalan kampung lah. Pastu aku terkejut sikit sebab Waze suruh lalu Lebuhraya Utara Selatan. Aku cakap kat Shu, weh hang bawak baju tak kita nak hala ke KL ni. Bahaaaa. Kaluttt. Walaupun sesat bagai, tetap gembira dapat rai pengantin-murah-rezeki. Heee. Tahniah Kak Ira dan suami, semoga bahagia sekeluarga sampai akhirat sana :)

Menganggur tu takdelah teruk sangat. Banyak masa boleh diluang dengan orang tersayang. Dan jugak untuk diri sendiri. Jadi jangan kalut kalut. Cari kerja, cari jugak Tapi selagi ada masa untuk family dan kawan kawan, be there ok?

So! Itu sajelah perkembangan seorang penganggur bertauliah. Papai!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible