Apa Dalam Beg Saya (What's in My Bag)




Assalamualaikum.

So aku google google itu hari, tiba tiba ternampak ramai orang buat What's in My Bag (WIMB) atau bahasa melayu dia, Apa Dalam Beg Saya (hodoh en ha ha). Teringin pulak nak cuba hee. Gambar diorang, fuh cantik cantik, macam pictorial magazine dah aku tengok. Aku buat biasa biasa jer. Tak reti pakai kamera, campak la kamera ape pun kat aku ha ha.

Eh cantik pulak gambar. Terima kasih Nikon-bukan-DSLR-tapi-compact-jerrrrrrr. Hehe.

Nampak tak barang pelik pelik kat situ? Plastik tu, aku siap sedia takut ada kena bawak barang basah. Mana tahu kena beli ayam ke ikan ke. Pastu berfungsi sebagai penadah muntah. Itu hari aku naik kereta senior ke sekolah kat seberang nun. Uii tak tahan. Aku rasa aku telan balik muntah kot? Ha ha! Memang kereta tu tak busuk tapi bau leather seat dia tu satu machiam sampai pening gajah. Sekarang dah ada plastik, boleh lah aku muntah di mana saja aku berada. Takyah telan telan. Kakakaka :P

Tu kunci hostel Desa Tekun. Aku masih pegang bilik sem lepas untuk sem ni. Last dah, kena pulangkan balik minggu ni. Tapi ok lah sebab merasa jugak duduk kat hostel semester ni. Heee. Terima kasih roomate sebab layankan je kerenah I itu hari! Muahh sikittt ><

Aku rasa berbeza gila isi kandungan beg lepas jadi intern. Dulu beg tempat taruk buku. Urhh please, dulu tak bawak lah beg kecik kecik ni. Aku lagi selesa bawak beg sandang macam beg sekolah tu. Dari sekolah, matrik, sampai lah universiti. Tapi sekarang sebab dah besar, dah perempuan perempuan orang kata, kena pakai handbag lah ape lah. Oh pleaseee kecik sangat awak ni. Sakit mata saya. Ha ha. Tapi dalam masa terdekat ni, memang tidaklah kau orang nak tengok aku pakai beg kecik kecik yang muat purse aku tu je. Sangat menyusahkan beg kecik ni dan aku pun tak reti lah pakai benda benda yang mini ni. Tengok telepon aku tu pun dah tau. Hahaks. Ni pun aku rasa nak upgrade beg jadi lagi besar. Biar muat dengan aku sekali. Bahaha.

Ok itu sajelah Apa Dalam Beg Saya. Bye!



Pssss..dah nak masuk bulan Julai. Tak sabor ^^



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment