Lu bikin gua gila

Assalamualaikum.

Aku mengalami satu situasi yang dah biasa aku alami dan tak pelix, sejak zaman SPM. Bak kata orang 'alah bisa tegal biasa'. Sokmo berlaku dalam bulan peperiksaan. Bulan yang aku panggil, hell. Amboi janganlah siryes. Hell literally aje.

Semester ni aku alami stress tahap dewa dewi. Aku ni kalau stress, umpama bencana kecik 0.000001 degree. Beberapa hari sebelum paper pertama, kena demam selesema. Kau, kalau demam boleh gila tau tak. Tak boleh nak study apa pun. Aku tak pasti apa punca sakit sebelum peperiksaan ni. Jangkit dari orang lain, atau aku sendiri yang menggatal nak stress macam cikun. Akulah mungkin. Bersangka baik (tununnn). Penyakit migrain pun datang menjelma untuk dua paper terakhir. Amboi mentang mentang dah lama tak tarik tarik kepala ni sampai nak pitam, waktu genting ni lah kau nak membalas ye. Korajaq -.-

Kemudian aku alami penyakit malas. Ya kawan-kawan, makin stress, makin rasa malas. Aku malaaaaas gila nak study tapi gagahkan jugak. Setiap 3 jam aku akan tonton Gu Family Book satu episod. Kemudian sambung membaca. Macam ni lah kalau tak ada entertainment lain selain wi-fi universiti, tak macam kat rumah ada LCD, LED, katil-D, dan macam-macam jenis TV... dan katil. Dah makin tua, makin tak mampu nak pulun terus-terusan sampai 6 jam straight macam nak telan dengan meja sekali. Ni cara baru aku study lepas kena brainwash 50% dengan dettol.

Kemudiannya aku perasan yang aku dah ternak beberapa kilo. Tiga, empat mungkin. Nak berenang sekarang pun segan takut nampak perut I. Cheesedale betul. Nafsu makan aku mesti akan bergelojak setiap kali musim ni datang. Kenapa? Kenapa??? Tapi yang pasti, lepas exam, akan turun jugak anak-anak aku ni. Terima kasih anak-anak. Sebab tinggalkan mommy. Jasa anak-anak mommy, mommy akan kenang :')

Tunggu lah aku kurus. Tungguuuuuuuuu..guu...guuu...uuuuuuuu.



p/s: kenapa ni blog aku semacam je asyik cerita pasal diri aku? eh ke itu normal? eh yeke? eh? hahaha!



meja sepah. macam tuan, sepah. ooh oooh tu aku tengah tonton Dad Where Are You Going. serius comel > <
pertama kali aku mintak seorang kawan masakkan sesuatu untuk aku. kepingin. jadi aku mintak Pana Yasin buatkan.
kerana hanya anak jati pahang yang mampu masak tempoyak patin dengan rasa yang macam tempoyak patin.
dan dia siap bawak naik flight dari Kuantan, pack nasi lagi untuk aku. terharu sobs kau tahu. sebab sedaaaaaap nak mati
tempoyak patin mek ni. boleh berguru nanti
ahad esoknya tu aku ke kfc sebab kepingin. kata orang, multigrain ni sedap. fine. serius sedap
dating dengan bakal ibu malam hari lepas selesai pulun mengira untuk managerial accounting.
seronok jugak ni dating dengan ibu mengandung. ihikkk > <
ibu mengandung harus jugak check-up memalam macam ni lepas dinner. tegas
nah aku tempek wajah gembira. kita dah tamat sem enam hoyeah hoyeah!


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment