W48

Assalamualaikum.


Hey heyyyyy bertemu lagi di Week 48! Week yang agak menyakitkan kepala dan badan dan kaki dan segala anggota badan ni. Masuk kerja minggu ni, tetiba rasa cam eh banyaknya kerja nak setel. I mean, domain registration lagi, phone inquiries lagi, hosting, benda benda admin yang remeh temeh tapi tak remeh pun, eh memacam lagi lah. Tambah pulak hujan lebat gila sepanjang hari. Nak balik petangnya tu memang aku lenjun hahha payung cam harammmmmmm dok bengkok bengkok pulak ditiup angin. So Isnin yang lepas, ada tanda nak demam sebab sakit badan. Lepas balik rumah, makan, terus aku tido. Aku jenis kena tido untuk fight off the fever. Ada 10 jam jugak aku tido malam tu hahahha emmm bila lagi nak dapat kannnn.


Hari pertama W48 ofis kitorang terima dua intern baru dari Politeknik. 2 malay girls, besties (I think). I...kinda regret my choice. Sebab start hari ketiga dorang masuk department (sebelum ni duduk kat meeting room buat hapa entah. Training la kut), baru la aku nampak kelemahan yang aku rasa banyak gila. What I can say is, my first impression on them was bad. First, tak reti communicate. Dalam bahasa melayu pun aku rasa lemah sangat skill dorang apatah lagi in English. Their English was so bad, sorry to say. Second, they just do not know what is right and wrong in working. One of the intern, M, she likes to go lepak with her friend kat department technical sebelah sana. Sekali tu, belum habis 5.30 dah kemas kemas, gi duduk kat member dia. Like wth? Sini banyak kerja kut? YOU tu ada banyak kerja kut sebenarnya?

This attitude  is a concern to me.

Aku nak tegur, tak pandai. Sekali tu aku tegur aku tanya buat apa kat sini? Sebab nampak dia dok melepet sebelah kawan dia takde buat apa, walhal kawan dia buat kerja. I WAS ANGRY. I asked her to go back to her place now. My colleague cakap garang, macam mak tiri. Haha adehh. I'm sure I received a lot of curses and disses afterward hahahahhaha whatever, I am their supervisor, not a friend. We shall see how lah minggu depan ni. Walaupun dah start sakit kepala balik mikir apelah aku nak ajar budak yang tak reti segala ni. Mampuih~~

Life had been busy towards the end of the week. Mecarah balik Khamis lepas untuk menyelesaikan tugas dayang dia. Fuh. Jadi dayang lonih. Macam aku dulu. Kawennya tak sampai sampai waktu jugak hahah. Emmm. Nanti aku kawen, aku suruh adik adik je jadi dayang. Dua orang cukup. Sebab kawan-kawan aku datang jauh jauh dan disuruh jadi dayang, cam kejam pulak. Dah la tak dapat duduk makan, takleh sembang dengan member lain yang lama tak jumpa, cam kesian la. Dayang aku pulak fully functional, bukan takat nak join photoshoot je. No. They will assist me in everything, macam lap peluh ke, touch up make up ke, ambik barang ke, etc. I will never make my dayangs non functioning. So adik beradikku, bersedialahhhh. Hehehehe. 😈


On Thursday, had lunch with abah at our fav spot, Bumbledee USM. Entah napa ni tempat fav kitorang tskkk. Sanggup aku datang dari jauh, redah setengah jam just nak makan pasta kat bawah ni. Gigih tak gigih.


Pasta and steak ya allllllll.


Petang hari yang sama pulak, Seming balik rumah. Maka complete lah keluarga kecik aku ni yeay! Bapak aku jenis suka keluar makan kalau anak dia yang merantau jauh tu balik Penang so dia ajak makan kat Kapitan Setia Triangle malam tu. Fuh orang ramai tak terkata, nasib ada tempat je tu kalau tak menunggu lah kitorang. I like their milani here, sebab dorang bagi satu bekas kuah cheese tu saja. Kat ayam memang dah ada dah, tapi dorang bagi lagi sebekas. PUAS MAKAN!


Jumaat pagi, bapak aku nak pegi pasar so ajak aku breakfast kat OldTown, our fav high end breakfast spot. Hahaha high end lah sangattt 😂 Anyway seminggu ni aku asyik laparrr aje so pagi tu aku order a big breakfast which was nasi lemak ayam goreng. I lafffff this. Sedap gils sambal pedas diaaaa cuma set ni pricey sikit. Bapak aku macam biasa, ambik peanut butter toast dan telur rebus. Fav dia la tuhh asyik makan hat tuuuu je hahahhaa.


Tengharinya tu, kitorang puak puak yang bekerja pada Maulidur Rasul ni rasa nak makan besar pulak (padahallll gaji tak masuk lagi hahahhaa) so untuk jimatkan masa, kitorang ambik port terdekat iaitu Roots. Aku rasa nak setahun jugak aku tak makan kat sini. Last dulu time buat party makan makan untuk Sheri. Sebab laparrrr (againnn), aku order carbonara pasta dorang (RM16 +), yang lain makan nasi. Si Farah (baju merah) taknak makan apa sangat, so dia order ice cream & churros. Mahey gak bagi aku order dia tu nak sama harga dengan pasta aku hhahahha. Pasta carbonara dia superb, aku suka walaupun muak (semua carbonara pun muak righttt). Nasib baik ada ayam goreng atas tu walaupun aku pelik gak lah kenapa ada ayam goreng seketui. We really had a fun lunch, I know I had a fun lunch.


Terubat kejap ketidakpuasan hati kena kerja time cuti public. Kan guys? Eh ke aku sorang? 🤔



So begitulah W48 aku. Imperfect just like other weeks, but I tried my best to make myself happy and survived the odds :)


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment