W45: We Got Hitched!

Our friend here is pretty, isn't she!



Assalamualaikum.

Oh! By 'WE', I mean 'She'. Sorry buat suspenderrrr je. Suspender bahaaa 😂😂😂





But first lemme show you what suspender is. Oooo sexayyyy and nerdayyyyy.

This morning was so bad for me. Semalam dah la baru balik dari long-distance trip untuk wedding Azuani, pastu tambah lagi dengan tak boleh tido memikirkan benda yang entah ape ape haha. Pompuan kan, memang suka nak mikir. Mikirrrrrr je kerja dia. Sampai terbawak bawak time kerja. Tapi tulah, I think since the past has passed, gotta keep moving forward. I acknowledge my sadness in that process. Haila life, wai yu so complicateddd.




Friday, 10/11/2017

Niway! Back to our story! Let's story mory about our trip. Pagi Jumaat tu (iols tak kilijaaa!), bangun pagi buta untuk kemas baju semua. Aku memang stail kemas last minute kalau travel domestik. Lek lek je kann. Dah siap semua, bapak aku hantar pegi rumah Shu. Pastu kitorang gerak ke rumah mertua Efa kat seberang dalam pukul 8.20 pagi dah sampai. Lepas Shu park dan tinggalkan kereta dia kat situ, off we (me, Shu, Efa and family) go to Kuantan. Which is kinda a pain in the ass. Sebab bapak lama hahaha. Wei aku tempuh jem nak balik Kota Bharu pun takde laaa lama sampai 9 jam ko tahu tak! Tskk. Tapi ape boleh buat kan, kita ikut drebar lah. Drebar nak keluar, kita keluar. Drebar nak turun stretching, kita stretching. Satu benda yang aku kagum dengan suami si Efa (Wan) ni, dia boleh bawak direct 9 jam tu. Takde tukar drebar pun. Ekceli dia taknak bagi tu sebab tu kereta baru hahahha. Fuh kalau aku lah kan, memang aku kerah semua yang boleh drive tu bergilir ahahaha. Mampoih weii nak bawak sensorang. Tabah Wan ni.

Ni pertama kali aku travel dengan baby. O.M.G. Aku bukan nak kata baby ni menyusahkan, no tidakkk. It wouldn't be fair to babies cuz they can't take care of themselves so this is logic. Tapi kan banyak gila pancaroba nyahhhh aku cam...okei jadi parents ni memerlukan ketahanan fizikal mental yang tinggi. Ko kena layan crankiness dia, berak kencing dia kena basuh kena berenti kat R&R, breastfeed di tengah tengah highway. I feel tired on behalf of Anaqi's mom. Bila dia tido pulak, aman lah seisi kereta itew. Tapi sekejap sahaja hahahha I feel you baby, Kuantan jauh sangat ko pun bosan yedakk. Tido celik tido celik berapa kali pun tak sampai sampai lagi. Nasib ko ni cute dan masam Anaqi oii. Cayaq kami tauu.

Maybe I should rethink of having babies at such a later age. Not advisable. Energy depletion occurs rapidly ahahaha.


Amboi dia tuuu ngusik bapak dia tuuu. Manja sangat tuuuuuu 💓


You see that chunkiness bruh? Mana boleh tahan! Bila mak pak dia tak nampak, memang aku gomol puas puas hahaha tapi make sure mulut bersih dan takde saliva dulu laaa. You know, as a precaution. But he has lipstick all over his cheek one time tu sebab tak tahan sangat, I was so busted. Mak dia tanya eh apadia merah kat muka tu? Hahahahah kantuiiii.



Lepas 9 jam, sampai jugak di tanah Kuantan ni. Pastu kitorang cari rumah Azuani dulu sebab homestay yang dia tempahkan tu selang 5 rumah camtu je dengan rumah dia. Then Efa and family pegi hotel dorang untuk check-in dan rest. Malamnya tu, dengan busuk tak mandi, Azuani bawak kitorang pegi homestay family dia menginap untuk makan makan. Depa buat bbq weiii I laffff bbq! Walaupun rasa out of group sebab kitorang je non-family member, aku peduli hapaaa hahah nak makan punya pasal 😂 Dah settle makan dan lepak, Ezham tolong hantar kitorang gegirls balik homestay, dan ready for tomorrowh!





Saturday, 11/11/2018

The sun shines perfectly. Perfect weather  for a wedding. Aku bangun pagi, ingat nak syampu rambut kasi wangi semua hahahah tak dan wei sebab terperangkap dalam toilet. Semalam kurang gila minum air takut banyak berhenti dan taknak susahkan orang. So. Ni lah bahananya. Kemudian pengantin datang homestay untk makeup, kitorang yang noob ni intai intai jelah. Fuh. Lama jugak nak mekapnya tu sampai rasa macam aku yang kebas bontot bagi pihak pengantin hahah. She has been sitting for an hour or so ok. Dalam 9.30 pagi, kitorang semua bersiap siap mekap bagai, dan berkumpul kat masjid area rumah dia. I, as the second eldest in that group (and have the longest driving experience), bertindak sebagai driver pengantin. It is a precious moment, tak pernah pernah lagi lah jadi driver pengantin so thank you my friend for choosing my service! Gahahahaha.

Anyone else who wishes to get my drive-for-bride service, please do not hesitate to reach me yah! 😁


Sebelum bakal pengantin melangkah keluar rumah sebagai seorang single. Haaaa nasib baik aku tak mekap lebih lebih (paling simple dah ni) kang tersalah jadi bini pule. Kehkeh 😂 Anyway my friend here looks so gorgeous! Pandai MUA tu mekapkan.


Kitorang yang tunggu kat masjid semua berdebar tunggu masa nak akad nikah. Lama benerrrr. Macam macam hal yang berlaku kat depan tu aku perati je dari belakang. Menarik. Tak pernah tengok dekat camtu. Pastu tok kadi panggil pengantin perempuan ke depan sikit untuk buat apa entah lepas dah sah tu. Taklik ke apa hahah tak berapa dengar sangat. Entah lah the whole process tu memang buat aku sebak, tengok si bapak lagi, mak, memang emotional. Sepanjang event tu, aku video call Wani Bahari yang tak dapat datang sebab ada hal. Tercangak aku pegang phone 30 minit hahahhaa lenguh hoi. Tapi takpe, asalkan member aku dapat tengok live. Haa live okei jangan memainnnn.


Motif? Hahahaha. Ni photog yang suruh pose begini. Pelik pelik lah photog sekarang pun.


Alhamdulillah selamatt sudahh. Anaqi tu awattt 😂


Lepas nikah, majlis resepsi bermula pukul 11.30. Tapi kitorang ni penat sebab apa taktau, so kitorang pegi pukul 12.45 sekali tunggu dengan pengantin. Dewannya kat tepi pantai, yang 1 minit je dari homestay. Senang gila hidup ni hahahaha. Masalahnya tengahari tu panas dia menyegat gila sampai berpeluh sesampai kat meja makan tu. Anaqi pun berpeluh sampai basah kepala. Sementara tunggu mak ayah dia makan, aku bawak pegi jalan dalam dewan. Hoi patah pinggang den. Pusing balik ke tempat makan, aik dia dah lena. Eh patut la senyapppp tak bergerak je masa aku jalan jalan tu. Tido ghopenye dik yeee. Then aku pass ke mak dia semula (haha macam pass barang pulee) sebab nak makan, and dorang pun nak balik dah. Aku dan  Shu tunggu lama sikit sebab nak bergambar kat pelamin, gigih tau weols tau yelah dah datang dari jauh kan. I'm glad we wait.



With our cubemate/coursemate kat Tekun dulu, Min. Jauh datang dari KL on that day jugak. Fuh. Tak dekat okei. Omg she so gorgeous?


Sebelum tak merengek. Hug dia!


Anak tudung takleh depan lagi cik?
Selepas merengek dan bibik Yam bawak pi jalan merata sampai basah ketiak hmphh. Sedap ko tido ye dik. Empuk yeeee cushion belakang tu. Bahaa.
Yam:1, Anaqi:0


Upacara potong kek


Sampai hatimu Wani curang padaku dengan Hasan sobbsss 😔


Bersama pasangan kunyit of the year 😂 Jumpa jugak dorang ni




Sunday, 12/11/2017

Bangun awal pagi untuk kemas (sekali lagi pattern sama ihikss) dan caj phone. Boleh terlupa nak caj malam sebelumnya tu. Tsskk. Efa pepagi lagi dah call tanya dah bangun ke belum haha. Terharu sungguh lah. Sebab tu aku rasa sangat senang untuk travel dengan parents: dorang ni tepati masa, atau ready lagi awal. Memang terjamin. 10 minit sebelum nak gerak Wani call suruh datang homestay yang relatives dia menginap untuk breakfast dan jumpa kali terakhir sebelum kitorang gerak balik Penang. Dah settle makan (breakfast nasi lemak dengan nasi dagang. OMG nasi dagang wei so pantai timur haha), bersalaman semua, kitorang pun bertolak. Seperti biasa pass baton demok nii dari depan ke belakang pastu ke depan hahah. Yang penting baby happy, yang lain pun akan happy.



Harus laaa tangkap gambar sebelum balik


"Hai cikyam cikyam cikyam buat apetuewwww"


Beginilah keadaannya ada bayi dalam kereta. Ni tak tahan 2 minit pun hahaha attention span budak ni memang kong lahh I give up!


Bibik Anaqi dan Anaqi


Stop dekat R&R Rawang untuk pegi toilet, TERbeli ni pulak hahahha. Apani mahai gila! Tobat tak beli dah -.-


Alhamdulillah, lepas pejam celik pejam celik, sampai Penang pukul 4.45 petang, cepat sikit dari masa pegi ke Kuantan. Takpelah camna pun asal selamat sampai kami sekereta. Thank you sangat kat Wan dan Efa sebab sudi tumpangkan kitorang, tanpa korang memang kitorang takkan datang wedding Azuani ni huhu.



To my dear friend, Azuani, I am saddened by the fact that you are now a married lady, a wife, and have your own responsibilities for your own little family. Things will not be the same today onwards. But at the same time, the smile you put on your face on your wedding day is so valuable that I think it's okay to lose you and have you in good hands. Pepandailah Hasan handle ko yeee. Hahahaha. Tahniah my dearest, sorry nangis banyak for like 10 seconds masa peluk sejurus tamatnya majlis akad nikah hang. I emosi sikit. Okeyyy emosi banyakk. Kuikui. Semoga rumahtangga korang suami isteri harmoni sentiasa, penuh keberkatan dan kegembiraan, dapat anak-anak yang soleh dan solehah. Thank you untuk layanan tiptop dari korang sekeluarga walaupun sibuk melayan tetamu dan keluarga. You da bomb!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hello We are OddThemes, Our name came from the fact that we are UNIQUE. We specialize in designing premium looking fully customizable highly responsive blogger templates. We at OddThemes do carry a philosophy that: Nothing Is Impossible

0 comments:

Post a Comment