|
Buyong lalu japppp >_< |
Assalamualaikum uols!
Yeayyy bersiaran kembali kita di tahun baru ni dengan penuh semangat kesukanan dari Pulau Pinang. Double yeay!!!! Lama sangat tinggal blog ni. Hal hal majlis kahwin aku dulu punnnn tak disiarkan lagi dah masuk setengah tahun pun haa ahakks. Malas sangat kerja edit gambar, menaip. Yelah sejak mengandung ni memang malas nak buat ape pun. Orang kata kalo malas tu anak boy, entahlah labu, mana mana jantina pun kami terima dengan hati terbuka. Cuma kalo girl lah kan, uii seronoknya nak main dress up, ikat rambut, pakaikan accessories. Hahaha 'terima mana mana jantina' sangat khennnnn.
Oh nampak tak header baru kamiiiiiiiii 👆 Adik ipaq kami buatkannnnnnn uuuu flower flower gituhhh. Maceh Wani!
Ok lah cerita sikit update terkini hidup aku. Takde update apa sangat pun. Sekarang ni cuba sebaik mungkin nak survive di negeri orang membela diri sendiri, baby, dan laki aku, dengan takde bantuan dari mak bapak. Oh well ada jugak bantuan sikit dari segi fulus haha yelah aku kan sekarang penganggur kehormat. Bukan aku pilih nak jadi surirumah, serius aku takmau. Tapi kat tempat orang ni, KL terutamanya, susah sangat orang nak terima rakyat marhaen yang mengandung. Mula tu aku fikir eh takde pun aku kacau kalo aku mengandung pun kan. Takde pengsan acapkali, muntah acapkali. I am fine by my own. Lepas fikir balik, oh lupa start tahun ni maternity leaves adalah sebanyak 60 hari (3 bulan you!), it might be a loss to the company so depa takmau la rugi rugi ni. Mak aku lah yang bukak mata aku. Ok lah foine, tunggu anak besar sikit memang aku cari kerja betul betul. Yelah, nak jugak pakai balik barang branded yang aku selalu dok pakai waktu shingle dulu. Dah terbiasa, ape boleh buat kan. Nasib baik ada la sikit lagi barang branded (mekap jew) yang aku beli siap sebelum dapat tahu mengandung ni. Boleh lah mengubat kerinduan.
Over kan mak buyong penganggur ni 🙄
Hidup kat negeri orang sensorang, mula tu susah sangat aku nak biasakan diri. I AM NEW IN THIS. Tetiba aku kena pegi pasar sendiri, masak sendiri, kemas rumah sendiri, urus kain baju sendiri, urus makan minum sorang lagi manusia bernama suami, fuh memang stress tambah lagi mengandung awal awal tu. Mabuk muntah takyah cakap, macam dah ruji. Aku setakat buat yang mampu je (tambah dengan kemalasan abadi), bila laki aku balik memang aku kerah dia buatkan selebihnya yang aku tak mampu. Bab memasak, ada mood dia. Tapi aku tetap make sure masak sendiri at least 3 kali untuk weekdays, supaya laki aku boleh bawak bekal ke tempat keja. Jimat dia kata. Aku pun ape lagi kalo benda jimat ni, tabahkan hati jelah kan. Tak sangka aku jadi gini hahahahaah surirumah sangat lah perangai pun. Sampai ke harini, aku still tak boleh nak atur duit belanja rumah. Macam overspend jugak untuk makan, tapi dok belajar lagi harap harap nanti ok lah sikit. Yelah nak ada anak ni kena jimat sikit dengan nak beli pampers lah ape lah. Sape takmau yang terbaik untuk anak, yedokk.
|
November tahun lepas, si bongsu ada graduation day kat Putrajaya. Mai singgah rumah aku sat, so aku decide nak celebrate birthday semua orang. Yelah kan nanti susah sikit nak jumpa, ni alang-alang berkumpul, why notttt |
|
First time laki buat burger katanya. Sedap weh emmmmmmmm terasa nak makan la pulakkk |
|
Anak cucu Haji Limah berkumpul |
|
First time drive masuk KL last year. Tobat tak pi dahhh hahahhaa punya susah nak cari parking + jem lagi! |
|
First time ngasuh laki sakit. Alolo shiannnnn. Tapi makan lalu 🤔 |
|
First time laki buang segala misai janggut. Aku gerammmmm je tengok dua tiga hari lepas cukur tu. Mihmih |
Hal hal pregnancy pulak, setakat ni semua ok. Mak sihat, anak sihat, insyaAllah. Aku tak lah jaga makan betul betul, kedarah jugak junk food sesekali bila terasa nak makan. Eh kalo mak aku tahu ni, arwah aku hahahhahaha. Kat rumah mak aku ni masa mula mula pregnant dulu, takde langsung junk food, serious talk wei. Peti dia tu sarat dengan buah, sayur, eh benda benda sihat lah. Dia masak pun benda sihat, berminyakkan olive oil jew. Tapi bila aku pindah keluar, rosak semua hahahahaha main bedal je segala benda. Cuma aku tetap make sure dalam peti rumah aku ada buah untuk kami laki bini. Kalo aku tak beli, memang laki aku tak makan buah lah jawabnya. Ish detu lahhh. Sekarang pun aku cuba yang terbaik kurangkan masak benda berminyak, kurang masin dan gula. Nak kasi sihat sikit la kang nak kejar anak pun tak terkejar sebab gemuk dempol. Haaa ni lah salah satu azam 2019 aku.
Btw aku dah scan gender baby dekat Az Zahran Bangi, kami happy dengan ape adanya pun. Kos scan tu RM200 hahaha bapak ahhhh nak scan pun mahalllllll. Cuma taktau kenapa hati aku cakap gender yang lagi satu ahaks. Konon la instinct kan puih entah entah takleh pakai 😂 Masa scan tu, lama sangat tunggu baby tunjuk ape yang patut. Tukang scan tu sampai tekan tekan perut nak usik baby ke position yang dia nak untuk tengok bahagian bawah, ada lebih setengah jam jugak tunggu. Eeeeh baby ni. Nak malu apa, tukang basuh berak hang jugak nak tengok haahahhahaha. Takpalah noh anak oi, kami tunggu hang keluaq ja dan sambut dengan kebahagiaan. Semoga sihat dan sempurna, dah cukup untuk kami si tukang basuh berak hang ni :P
|
Haiiiiii awakkkk. Hidung mancung wakkk >< |
Untuk persiapan baby, mungkin aku buat post satu lagi untuk ceritakan. Yeww lewww excited kan nak sambut baby pertama. Kalo rajin la baru aku buat hahaha aku tak janji boleh buat post sebegitu kuikui.
Psss..kepada kawan-kawan aku yang sama geng naik perut dengan aku, harap semua selamat untuk kalian ye. Ramai pulak nak jadi ibu tahun ni, atau jadi ibu lagi. Seronok ada geng tauuuu.
Haaa lupa pulak, aku dekat rumah parents aku sekarang. Balik naik ETS wehhh, sensorang pulak tu. Seronok jugak jauh dengan suami sesekali tu, aku rasa ada orang paham kot perasaan aku ni hahahahhahah. Bukan tak rindu dan sayang, rindu dan sayang tetap ada. Cuma macam me time jugaklah jauh sesekali ni. First time sejak aku pindah masuk dengan dia bulan September tahun lepas. Tetap tak sabaq nak balik rumah nanti nak gomol laki aku. Eh laki aku, biarlah aku nak tulis nak gomol dia. Khenn.
|
Perut sama naik khen :P |
Maka itu jelah update dari aku untuk pembukaan tahun ni. Aku harap start 2019 ni akan mai benda yang baik baik ja untuk aku, family dan kawan-kawan baik aku yang tinggal sejemput je tu bahaaaaa.
Toodles!
0 comments:
Post a Comment